Berita Terkini Penemuan Kubur Besar Beramai-Ramai Di Padang Besar

Berita Terkini Penemuan Kubur Besar Beramai-Ramai Di Padang Besar. Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan mengenai pembongkaran mengejutkan berhubung penemuan kubur beramai-ramai yang memuatkan hampir 17 mayat di kem tahanan penyeludupan di Padang Besar. Penemuan kubur-kubur besar berdekatan dengan 17 khemah yang dipercayai digunakan untuk menempatkan pelarian di Padang Besar, Perlis

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Pasukan Gerakan Am (PGA) dan unit Komando VAT 69 menemui 14 khemah besar dan tiga khemah kecil yang terletak di sempadan Malaysia dan Thailand.
Penemuan Kubur Besar Beramai-Ramai Di Padang Besar
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihaknya akan mencari individu atau kumpulan yang bertanggungjawab membina kubur besar yang dipercayai digunakan untuk menempatkan mayat pelarian.

Dalam posting Twitternya kira-kira jalam 12 malam tadi, beliau turut meluahkan rasa bimbang terhadap penemuan kubur-kubur tersebut.

"Saya amat bimbang dengan penemuan kubur-kubur di bumi Malaysia yang dikatakan ada kaitan dengan penyeludupan manusia. Kami akan mencari mereka yang bertanggungjawab," tulis beliau.
Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kerajaan akan mengesan dalang yang terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia, susulan penemuan kubur beramai-ramai di sempadan Malaysia-Thailand, minggu lalu. Perdana Menteri berkata, beliau mengambil serius penemuan kubur beramai-ramai di satu kawasan terpencil di antara Wang Kelian dan Padang Besar, Perlis itu. SUMBER - mStar online dan BH online

Berita terkini 25 Mei 2015
WANG KELIAN : Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan penemuan 139 kubur pelbagai saiz di kawasan seluas kira-kira 11 kilometer persegi di Gunung Perlis, susulan Ops Wawasan Khas dijalankan pihaknya sejak 11 Mei lalu - dipetik dari BH online. Selain kubur yang dipercayai mengandungi ratusan mayat, beliau berkata operasi dijalankan pasukan komando VAT69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) itu turut menemui 28 khemah dan satu mayat mangsa yang dipercayai meninggal dunia kira-kira dua atau tiga minggu lalu,"

No comments :

No comments :

Post a Comment