Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2016 Online

Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2016 Online. Dipetik dari makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, Permohonan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2016  melalui e-SSeMboleh dibuat mulai 26 Mei 2015 jam 12 .01 malam  sehingga 5 September 2015 jam 11.59 malam. 

Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Unit Pengurusan Sekolah Seni di talian 03-88721620/ 1647 atau layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my.  


Klik Applikasi Permohonan e-SSeM
 
e-ssem Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2016 Online
Sekolah Seni Malaysia
Sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.
 
Tarikh Permohonan Dibuka
26 Mei 2015

Tarikh Tutup Permohonan
5 September 2015

Permohonan Online
Sila layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia http://essem.moe.gov.my/


Syarat Permohonan
1.     Warganegara Malaysia
2.     Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
3.     Sihat tubuh badan / Tidak cacat / Bukan dalam kalangan murid OKU
4.     Hanya permohonan secara 'Online' akan diproses
 

Syarat Kemasukan
1.    Lulus semua mata pelajaran dalam UPSR sekurang-kurangnya 3B dalam UPSR
2.     Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat
3.     Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
4.     Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
5.     Mengemukakan rekod kesihatan murid
6.     Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga
7.     Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temuduga

No comments :

No comments :

Post a Comment