Sinopsis Drama Cik Bunga Dan Encik Sombong Slot Drama Astro

Sinopsis Drama Cik Bunga Dan Encik Sombong Slot Drama Astro. Sebuah lagi drama terbaru adaptasi dari sebuah novel berjudul Cik Bunga dan Encik Sombong telah bersiaran di Astro pada 15 Jun 2015. Novel adalah karya nukilan oleh Airisz yang menetap di Taiping, Perak. Ada dialek Perak Utara ditulis dalam novel ini....... macam bahasa orang Kedah juga.

Nampaknya drama ini akan bersaing dengan beberapa drama lain yang juga diadaptasi dari novel menarik iaitu MAID dan Eksperimen Cinta


Drama berjudul 'Cik Bunga Dan Encik Sombong' ini menampilkan gandingan pelakon meningkat naik yang semakin serasi iaitu Amar Baharin dan juga Amyra Rosli. Sebelum ini mereka pernah bekerjasama untuk drama Suamiku Encik Sotong. Drama ini adalah terbitan Global Station & Karya Seni serta mendapat sentuhan pengarah berkaliber, Keoi Hj Khalid. 

Cik Bunga Dan Encik Sombong

Drama Cik Bunga dan Encik Sombong Astro 
NOVELIS : Airisz
PENGARAH : Keoi Hj Khalid 
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Amar Baharin, Amyra Rosli, Jasmin Hamid, Sasqia Dahuri, Roy Azman, Sura Sojangi, Farisha Irwayu
 

WATAK PELAKON
  • Amar Baharin sebagai Harris Isqandar
  • Amyra Rosli sebagai Intan Asnidar
  • Sasqia Dahuri sebagai Erny Humairah
  • Jasmin Hamid sebagai Datin Nora
  • Roy Azman sebagai Datuk Zahari
  • Sura Sojangi sebagai Olin
  • Farisha Irwayu Ghali sebagai Kak Yan

SINOPSIS DRAMA CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG 
Aku? Aku Intan Asnidar. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, Harris Isqandar. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang ke kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

Asal-asalnya,
Intan Asnidar yang bekerja di kedai bunga secara tiba-tiba diajak bertunang oleh seorang CEO syarikat besar, Harris Isqandar. Harris terpaksa mencari pengganti bakal pengantin perempuan bagi menggantikan Erny Humairah yang menghilangkan diri. Walaupun Intan Asnidar bukanlah seorang gadis yang cantik tetapi tetap menjadi pilihan Harris. Kasih sayang dipupuk hinggalah lahirnya rasa cinta.  

Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap, “Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”

Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”

Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bertahan atau benarkah Intan Asnidar itu hak milik kekal Harris Isqandar?


Erny Humairah muncul semula menagih cinta Harris. Manakala Datin Nora memaksa Harris meninggalkan Intan dan mengugut Intan dengan pelbagai cara agar Harris berkahwin dengan Erny. Walaubagaimanapun Harris bertegas mempertahankan rumahtangga yang dibina. Seterusnya, Harris Isqandar membuat keputusan melepaskan jawatan CEO dan tinggal dikampung membina kehidupan baru bersama Intan.

No comments :

No comments :

Post a Comment