Showing posts with label HIBURAN. Show all posts
Showing posts with label HIBURAN. Show all posts

Baca Novel Cik Bunga Dan Encik Sombong Karya Airisz Secara Online

Baca Novel Cik Bunga Dan Encik Sombong Karya Airisz Secara Online. Drama terbaru di Astro Prima yang menarik berjudul Cik Bunga dan Encik Sombong akan memasuki Episod ke 5 awal minggu ini.  Drama 'Cik Bunga Dan Encik Sombong' yang menampilkan gandingan pelakon yang sepadan dan serasi iaitu Amar Baharin dan juga Amyra Rosli. Sebelum ini mereka pernah bekerjasama untuk drama Suamiku Encik Sotong. 

Drama ini adalah terbitan Global Station & Karya Seni serta mendapat sentuhan pengarah berkaliber, Keoi Hj Khalid. Sinopsis drama Cik Bunga dan Encik Sombong boleh dilayari di Cik Bunga.

Peminat drama ini juga boleh membaca novel Cik Bunga dan Encik Sombong karya Airisz di link di bawah ini. Novel setebal 590 muka surat ini adalah terbitan Karyaseni.

Baca Novel Cik Bunga Dan Encik Sombong Baca Online Novel : Cik Bunga Dan Encik Sombong












Sinopsis Drama Cik Bunga Dan Encik Sombong Slot Drama Astro

Sinopsis Drama Cik Bunga Dan Encik Sombong Slot Drama Astro. Sebuah lagi drama terbaru adaptasi dari sebuah novel berjudul Cik Bunga dan Encik Sombong telah bersiaran di Astro pada 15 Jun 2015. Novel adalah karya nukilan oleh Airisz yang menetap di Taiping, Perak. Ada dialek Perak Utara ditulis dalam novel ini....... macam bahasa orang Kedah juga.

Nampaknya drama ini akan bersaing dengan beberapa drama lain yang juga diadaptasi dari novel menarik iaitu MAID dan Eksperimen Cinta


Drama berjudul 'Cik Bunga Dan Encik Sombong' ini menampilkan gandingan pelakon meningkat naik yang semakin serasi iaitu Amar Baharin dan juga Amyra Rosli. Sebelum ini mereka pernah bekerjasama untuk drama Suamiku Encik Sotong. Drama ini adalah terbitan Global Station & Karya Seni serta mendapat sentuhan pengarah berkaliber, Keoi Hj Khalid. 

Cik Bunga Dan Encik Sombong

Drama Cik Bunga dan Encik Sombong Astro 
NOVELIS : Airisz
PENGARAH : Keoi Hj Khalid 
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Amar Baharin, Amyra Rosli, Jasmin Hamid, Sasqia Dahuri, Roy Azman, Sura Sojangi, Farisha Irwayu
 

WATAK PELAKON
  • Amar Baharin sebagai Harris Isqandar
  • Amyra Rosli sebagai Intan Asnidar
  • Sasqia Dahuri sebagai Erny Humairah
  • Jasmin Hamid sebagai Datin Nora
  • Roy Azman sebagai Datuk Zahari
  • Sura Sojangi sebagai Olin
  • Farisha Irwayu Ghali sebagai Kak Yan

SINOPSIS DRAMA CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG 
Aku? Aku Intan Asnidar. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, Harris Isqandar. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang ke kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

Asal-asalnya,
Intan Asnidar yang bekerja di kedai bunga secara tiba-tiba diajak bertunang oleh seorang CEO syarikat besar, Harris Isqandar. Harris terpaksa mencari pengganti bakal pengantin perempuan bagi menggantikan Erny Humairah yang menghilangkan diri. Walaupun Intan Asnidar bukanlah seorang gadis yang cantik tetapi tetap menjadi pilihan Harris. Kasih sayang dipupuk hinggalah lahirnya rasa cinta.  

Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap, “Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”

Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”

Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bertahan atau benarkah Intan Asnidar itu hak milik kekal Harris Isqandar?


Erny Humairah muncul semula menagih cinta Harris. Manakala Datin Nora memaksa Harris meninggalkan Intan dan mengugut Intan dengan pelbagai cara agar Harris berkahwin dengan Erny. Walaubagaimanapun Harris bertegas mempertahankan rumahtangga yang dibina. Seterusnya, Harris Isqandar membuat keputusan melepaskan jawatan CEO dan tinggal dikampung membina kehidupan baru bersama Intan.

Keputusan Pemenang Juara Qu Puteh Bintang Bersama Bintang Final 2015

Keputusan Pemenang Juara Qu Puteh Bintang Bersama Bintang Final 2015. Rancangan lawak komedi Qu Puteh Bintang Bersama Bintang 2015 (BMB 2015) akan melabuhkan tirainya malam ini. Setelah sembilan minggu bertarung di atas empat kumpulan berjaya mara ke Final Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang.

Mereka akan berentap pada pukul 9 malam ini Ahad, 14 Jun 2015 di TV3 bagi merebut hadiah utama berjumlah RM50,000.
Peserta yang layak ke akhir adalah
  1. Achey
  2. Titan
  3. Bocik 
  4. Chilok
Final Qu Puteh Bintang Bersama Bintang 2015
Konsert akhir pada malam ini turut menampilkan komposer terkenal Ajai bersama Fauziah Ahmad Daud selaku juri jemputan. Peserta pada malam ini turut dinilai berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga juri awam (50-50). Live streaming QPBBB di Qu Puteh


Berikut adalah Keputusan Pemenang Juara Qu Puteh Bintang Bersama Bintang 2015 :-
  • Juara - Kumpulan Chilok (Chuwan dan Achok)
  • Hadiah RM50,000 dan trofi


Keputusan Juara Final Ceria Popstar 3 Tahun 2015

Keputusan Juara Final Ceria Popstar 3 Tahun 2015. Final Ceria Popstar 3 akan berlangsung malam ini untuk menentukan siapakah Juara Ceria Popstar 3 tahun 2015 kali ini. Siaran langsung konsert Ceria Popstar 3 malam ini akan bermula pada jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ceria (saluran 611) dan Maya HD (saluran 135). Konsert kemuncak Ceria Popstar 3 dibawakan khas dari Studio 1, Astro Bukit Jalil.
 
Lima peserta akhir Konsert Final Ceria Popstar 3 2015 adalah seperti berikut :-

  1. Adinda - 10
  2. Vanessa - 15
  3. Fikry - 11
  4. Zack - 13 
  5. Dayang - 15
* Senarai peserta Ceria Popstar 2015 klik Ceria Popstar.
Final Ceria Popstar 3 Tahun 2015
Peserta yang diramal untuk menjadi juara kali ini adalah Zack dan Fikry. Untuk konsert akhir, sistem pemarkahan adalah berdasarkan 50% oleh juri tetap dan 50% lagi akan ditentukan berdasarkan undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Berikut adalah keputusan rasmi Keputusan Juara Final Ceria Popstar 3 Tahun 2015 :- 

  • Juara Ceria Popstar 3 - Dayang : wang tunai RM20,000 beserta trofi sumbangan Astro
  • Naib juara - Zack : wang tunai RM15,000 beserta trofi
  • Pemenang tempat ketiga - Fikry : Wang tunai RM10,000 beserta trofi
  • Pemenang tempat keempat - Vaneesa : Wang tunai RM5,000 beserta trofi
  • Tempat Kelima - Adinda


Baca Novel M.A.I.D Karya Suri Ryana Secara Online

Baca Novel M.A.I.D Karya Suri Ryana Secara Online. Drama terbaru M.A.I.D lakonan Zul Ariffin dan Ayda Jebat bakal menemui penonton di Astro Ria dan Astro MAYA HD setelah tamatnya drama Isteri Separuh Masa minggu ini. Drama MAID diadaptasi dari Novel pertama karya Suri Ryana atau nama sebenarnya Sharifah Nurilyana Syed Fesal. Novel setebal 753 muka surat ini telah terpilih sebagai Pemenang ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR BERITA HARIAN 2012. 

Sinopsis Ringkas Drama M.A.I.D Astro
MAID mengisahkan seorang gadis bernama Noorul (lakonan Ayda Jebat) bekerja sebagai pembantu rumah di rumah majikannya Harris Tan Sri Hamdan (lakonan Zul Ariffin). Harris, seorang jejaka yang kacak dan kaya serta berkerjaya namun sikapnya yang cerewet sering membuatkan Noorul rasa sakit hati. Dan kerana itu juga Noorul menggelarnya Mr. F (fussy) si cerewet tahap gaban.

Baca Novel M.A.I.D Online
Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Noorul terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu, Elisa - perempuan 'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F. Nurina iaitu bekas kekasih Mr. F dan si petualang yang mengharu-birukan hidupnya. 

Dapatkan novel M.A.I.D karya Suri Ryana terbitan Kaki Novel di pasaran jika anda ingin tahu kisah selanjutnya. Harga novel M.A.I.D adalah Semenanjung (RM26), Sabah / Sarawak (RM29)

BACA NOVEL M.A.I.D SECARA ONLINE

Bab 1 
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6, 7 & 8
Bab 9 & 10 

Sinopsis Novel MAID Drama Baru Lakonan Zul Ariffin Dan Ayda Jebat

Baca Novel MAID Online Drama Baru Lakonan Zul Ariffin Dan Ayda Jebat. Drama terbaru lakonan Zul Ariffin dan Ayda Jebat bertajuk M.A.I.D bakal ditayangkan ke kaca TV selepas drama Isteri Separuh Masa yang baru sahaja tamat minggu ini. Drama MAID diadaptasi dari  Novel pertama Suri Ryana atau nama sebenarnya Sharifah Nurilyana Syed Fesal yang cukup santai bertajuk M.A.I.D. Novel setebal 753 muka surat ini telah terpilih sebagai Pemenang ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR BERITA HARIAN 2012. 

Sinopsis dari kulit novel
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Sinopsis Novel MAID
Daripada berbalas-balas  nota berkaitan dengan kerja  pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.
Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? 


Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?
 

Biodata Kumpulan Bora Juara Projek Komedi Warna 2015

Biodata Kumpulan Bora Juara Projek Komedi Warna 2015. Tahniah kepada Kumpulan Bora yang  berjaya membuat kejutan dengan menjuarai Projek Komedi Warna 2015 yang berlangsung Jumaat lalu, 5 Jun 2015 di Studio Pinewood, Nusajaya, Johor. Bora yang dianggap sebagai pasukan 'non-favourite' telah berjaya menewaskan empat kumpulan yang lain iaitu Awok, Ekzos, Puteh dan XOXO. 

Sebagai juara Projek Komedi Warna 2015, Bora membawa pulang hadiah kemenangan dengan wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi. Bora juga secara automatik layak untuk bersaing di gelanggang Maharaja Lawak Mega 2015.
kumpulan bora
Tempat kedua diraih oleh kumpulan Puteh yang mengondol hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 dan trofi. Satu-satunya wakil kumpulan wanita iaitu Awok, mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM25,000 serta trofi. Kumpulan Ekzos dan XOXO yang gagal meraih tiga tempat teratas pula pulang dengan hadiah berupa wang tunai sebanyak RM15,000 dan trofi. 

Berikut adalah serba sedikit Biodata Kumpulan Bora Juara Projek Komedi Warna 2015 :-
  • Asal Singapura
  • Bekerja dengan Badan Kerajaan Singapura
  • Tempat Ketiga Raja Lawak 7 tahun 2013

1. Biodata Mamat Bora
Nama Penuh  :  Muhammad bin Abdul Rahim Shah
Nama Pendek  :  Mamat
Umur  :  30 Tahun
Status  :  Berkahwin
Pekerjaan  :  Pegawai Latihan (Training Officer)

2. Biodata Yan Bora
Nama Penuh  :  Muhammad Hanafiah bin Azman
Nama Pendek  :  Yan
Umur  :  28 Tahun
Status  :  Berkahwin
Perkerjaan  :  Koordinator Keselamatan Marin (Marine safety coordinator)

3. Biodata Isa Bora
Nama Penuh  :  Muhammad Isa bin Jaffar
Nama Pendek  :  Isa
Umur  :  31 Tahun
Status  :  Berkahwin
Perkerjaan  :  Pegawai Immigrisen


Siaran Langsung Final Projek Komedi Warna 2015

Live Streaming Projek Komedi Warna Final 2015. Rancangan lawak Projek Komedi Warna 2015 akan sampai ke penghujung minggu akhir pada Jumaat ini, 5 Jun 2015. Lima kumpulan yang layak ke akhir akan berentap untuk merebut hadiah wang tunai sebagai Juara sebanyak RM100,000 dan juga tiket automatik masuk ke Maharaja Lawak Mega 2015. Saksikan Final Projek Komedi Warna 2015 jam 1000 malam di saluran Astro Warna dan Astro Maya HD.

Live Streaming Projek Komedi Warna Final 2015
Senarai Peserta Akhir
  • Awok
  • Bora
  • Ekzos
  • Puteh
  • XOXO
Tema - Parodi Dan Muzikal 
Live streaming Final Projek Komedi Warna 2015


Baca Novel Eksperimen Cinta Online Slot Dahlia TV3

Baca Novel Eksperimen Cinta Secara Online Drama Slot Dahlia TV3. Drama adaptasi novel berjudul Eksperimen Cinta akan disiarkan slot Dahlia TV3 pada Jun 2015 ini. Fahrin Ahmad akan bergandingan dengan Izreen Azminda sebagai watak pelakon utama. Novel karya Anjell ini diarahkan oleh Emi Suffian, terbitan Zeel Production. Anda boleh baca sinopsis Drama Eksperimen Cinta ini di Drama online.

SINPOSIS NOVEL EKSPERIMEN CINTA
Kali pertama bertentang mata, Tengku Aaron Shah sudah mula tertarik dengan perwatakan Damia Farisha Razak yg lain daripada perempuan lain di sekelilingnya. Sangat tak terduga sikapnya. Tengku Aaron mengugut Damia untuk menerima lamarannya, semata-mata hanya untuk eksperimen cinta. Hakikatnya, perkahwinan itu adalah untuk mengaburi mata semua orang terutamanya kembarnya Tengku Andrean yang dianggapnya telah merampas kekasihnya, Seri. Aaron mahu tunjukkan yang dia juga boleh hidup bahagia.

Baca Novel Eksperimen Cinta
Kehidupan mereka berubah apabila duduk serumah. Cemburu menguatkan rasa hati. Berjauhan membuaikan rasa rindu. Kehadiran Salmi yangg cuba menuduh Tengku Aaron menghamilkannya mengganggu kebahagiaan rumahtangga mereka. Bagi Damia,selagi lafaz talaq tidak terucap, selagi itu maruah Aaron akan dijaga.

JUDUL : EKSPERIMEN CINTA
GENRE : Komedi / Romantik
EPISOD : -
TARIKH : 13 Jun 2015 (Sabtu & Ahad - 7.00pm)
SIARAN : Slot Dahlia TV3
SKRIP : Mufid Shuhaimi
NOVELIS : Anjell
PENGARAH : Emi Suffian Sabhe
TERBITAN : Zeel Production
PELAKON : Fahrin Ahmad, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim, Ammar Alfian Aziz, Mira Filzah, Faye Kusairi, Mimi Lana, Ryiena Ismail, Mei Fenlim, Amyza Aznan
Kyra Wardina

 
Baca Novel Online Eksperimen Cinta Bab 1 Hingga Bab 40.

Bab 1 Bab 2 Bab 3 Bab 4 Bab 5 Bab 6 Bab 7 Bab 8 Bab 9 Bab 10

Bab 11
Bab 12 
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20

Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30

Bab 31 Bab 32 Bab 33 Bab 34 Bab 35 Bab 36 Bab 37 Bab 38 Bab 39 Bab 40


Koleksi Lagu Ramadhan Popular Dan Terkini Sepanjang Zaman

Koleksi Lagu Ramadhan Popular Dan Terkini Sepanjang Zaman. Umat Islam di Malaysia akan menyambut awal Ramadhan pada 18 Jun 2015.  Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, berikut disenaraikan koleksi lagu Puasa Ramadhan terbaik dan terkini sepanjang zaman.

Koleksi Lagu Ramadhan Popular Dan Terkini Sepanjang Zaman
Ramadan - Maher Zain
Taubat Ramadan - If-One 
Harapan Ramadhan - Raihan feat Man Bai
Ramadhan Tiba - Opick 
Ramadhan - Ramli Sarip
Di Ramadhan Ini   - Ramli Sarip
Ramadhan Bulan Mulia - Lagu Buka Puasa - Fadzil Ahmad 
Koleksi Lagu Ramadhan Popular Dan Terkini Sepanjang Zaman
Bulan Puasa - El-Surayya
Ramadhan Bulan Berkat - Hijjaz
OST Diari Ramadhan Rafique
Ramadhan Dua Zaman - Inteam dan Nazrey Raihan
Ramadhan Datang - Tompi
Sesunguhnya   - Ungu
Ramadhan Dan Syawal - Ramli Sarip
Hidupkan Ramadhan - Nada Murni
Astaghfirullah  - Opick
Pertama Ramadhan - Fotograf
Nasihat Ramadhan - Hijjaz
Alhamdullilah - Opick feat Amanda
Tak Mungkin ke Surga - Sixth sense
Berkat Ramadhan    - Imad
Mulianya Ramadhan  - Rem
Para PencariMu    - Ungu
Kembali pada Allah - Opick
Ramadhan Bulan Puasa - Ae-man 

Ramadhan Ini - Sohaimi Meor Hassan
Janji Ramadhan - Acha Septriasa dan Irwansyah
Kemuliaan Ramadhan - In Team feat Unic 
Marhaban Ya Ramadhan - Haddad Alwi feat Anti
Salam Ramadhan - Hadad Alwi feat Gita Gutawa
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan - Rabbani
Puasa Dulu Baru Raya - Raihan- lagu niat puasa..
Marhaban Ya Ramadhan - D Baginda
Wali - Abatasa


Sinopsis Drama Eksperimen Cinta Slot Dahlia TV3

Sinopsis Drama Eksperimen Cinta Slot Dahlia TV3. Sebuah lagi drama dari adaptasi novel yang berjudul Eksperimen Cinta akan disiarkan di slot Dahlia TV3 Jun 2015 ini. Pelakon utama adalah pelakon yang baru berkahwin iaitu Fahrin Ahmad yang akan bergandingan dengan Izreen Azminda. Novel Eksperimen Cinta adalah karya Anjell dan dramanya diarahkan oleh Emi Suffian, terbitan Zeel Production.

SINPOSIS DRAMA EKSPERIMEN CINTA
Drama Eksperimen Cinta mengisahkan kisah seorang lelaki ego dan kaya yang melamar seorang gadis semata-mata hanya untuk membuat eksperimen mengenai cinta.

Drama Eksperimen Cinta

Bagi menunjukkan yang dia juga boleh hidup bahagia terutama kepada kembarnya Tengku Andrean yang telah merampas kekasihnya, Seri, Tengku Aaron mengahwini seorang gadis bernama Damia bagi mengaburi mata semua orang. Mampukah perkahwinan sedemikian berkekalan? Saksikannya dalam drama terbaru TV3 yang berjudul Eksperimen Cinta.

JUDUL : EKSPERIMEN CINTA
GENRE : Komedi / Romantik
EPISOD : -
TARIKH : 13 Jun 2015 (Sabtu & Ahad - 7.00pm)
SIARAN : Slot Dahlia TV3
SKRIP : Mufid Shuhaimi
NOVELIS : Anjell
PENGARAH : Emi Suffian Sabhe
TERBITAN : Zeel Production
PELAKON : Fahrin Ahmad, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim, Ammar Alfian Aziz, Mira Filzah, Faye Kusairi, Mimi Lana, Ryiena Ismail, Mei Fenlim, Amyza Aznan
Kyra Wardina

WATAK PELAKON:
Fahrin Ahmad sebagai Tengku Aaron
Izreen Azminda sebagai Damia Farisha
Ammar Alfian Aziz sebagai Adam Haris
Mira Filzah sebagai Suraya
Faye Kusairi sebagai Salmi
Mimi Lana sebagai Mellisa
Ryiena Ismail sebagai Nana
Sherry Ibrahim as Seri
Mei Fenlim as Lucy


Biodata Wak Mustar Juara Kilauan Emas 5

Biodata Wak Mustar Juara Kilauan Emas 5. Tahniah kepada Wak Mustar atau nama sebenar, Mustaffa Rasyid Abd Jabar yang telah berjaya mengondol Juara Kilauan Emas Musim 5 Tahun 2015 yang baru tamat sebentar tadi. Beliau yang menyanyikan lagu solo "Cukup Di Sampai Disini dan lagu duet "Cahaya Bulan Di Air Tenang" berjaya mengondol wang tunai RM100,000 sebuah trofi berserta sebuah motorsikal dan set kerusi urut sumbangan Proshop.

Dalam final malam tadi, Wak Mustar menewaskan 3 finalis lain iaitu Elji, Lina dan Aling, Keputusan penuh Konsert Akhir Kilauan Emas 5 sila klik di KE 5.

Berikut adalah serba sedikit biodata dan latar belakang Wak Mustar, Juara Kilauan Emas Musim 5 :-
Biodata Wak Mustar Juara Kilauan Emas 5

Biodata Wak Mustar Juara Kilauan Emas 5
Nama Penuh : Mustaffa Rasyid Abd Jabar
Nama Panggilan : Wak Mustar
Umur : 47 tahun
Asal : Selangor
Pekerjaan : Tukang Rumah
Status : Berkahwin
Anak : Lima
Isteri : Hazelinda Zainal Abidin, 34

Isteri Wak Mustar Juara Kilauan Emas 5
Isteri Wak Mustar Kilauan Emas 5

 

Tahniah sekali lagi kepada Wak Mustar. Memang sedap suara Wak Mustar ini, jom layan video di bawah ini.

Keputusan Konsert Akhir Kilauan Emas 5 Final 27 Mei 2015

Keputusan Konsert Final Akhir Kilauan Emas 5 Rabu 27 Mei 2015. Malam ini 27 Mei 2015 akan berlangsung Konsert Akhir Kilauan Emas 5 Final 27 Mei 2015 jam 930 malam. Empat peserta finalis akan berentap untuk merangkul Juara Kilauan Emas 5 dengan membawakan lagu bertemakan ' Menuju Persada'. Nantikan persembahan 4 peserta di Konsert Akhir ‪#‎kilauanemas‬ 5 malam ini di saluran Astro Prima & Maya HD.

Berikut adalah senarai peserta akhir beserta dengan lagu yang akan di nyanyikan pada Konsert Final Kilauan Emas 2015 malam ini :-
Konsert Akhir Kilauan Emas 5 Rabu 27 Mei 2015

Lagu Solo

1. Aling (Mursalim Muhidin) - Lagu "Mungkinkah Terjadi"
2. Elji (Wan Muhammad Logan) - Lagu "Dipenjara Janji"
3. Mustar (Mustaffa Rasyud Abd Jabar) - Lagu "Cukup Di Sampai Disini)
4. Lina (Hazlina Wati Zainuddin) - Lagu "Jerat Percintaan"

Lagu Duet
1. Aling - Lagu "Ada Cinta"
2. Elji - Lagu "Pasti Sempurna"
3. Mustar - Lagu "Cahaya Bulan Di Air Tenang"
4. Lina - Lagu "Jiwaku Sayang"

Senarai Pemenang Dan Hadiah Kilauan Emas Musim 5

Anugerah Nestle Omega Plus (Pengurangan tahap kolestrol yang paling tinggi) - Hadiah RM15,000 
  • Dr Ann
Pemenang Khas Juri (Markah Tertinggi Dari Juri) - RM10,000 dan sebuah trofi 
  • Mustar
Pemenang Tempat Keempat - RM10,000 dan sebuah trofi 
  • Lina
Pemenang Tempat Ketiga - RM30,000 dan sebuah trofi 
  • Aling
Pemenang Tempat Kedua - RM50,000, perkakasan memasak dan sebuah trofi
  • Elji
Pemenang Tempat Pertama & Juara Kilauan Emas 5 - RM100,000, kerusi urut, sebuah motosikal dan sebuah trofi 
  • Mustar. Biodata beliau di SINI

Sinopsis Andai Bumi Tulip Takdirku Slot Drama TV Al-Hijrah

Sinopsis Andai Bumi Tulip Takdirku Slot Drama TV Al-Hijrah. Drama siri terbaru di TV Al Hijrah berjudul Andai Bumi Tulip Takdirku (ABTT) sudah bersiaran pada 19 Mei 2015 yang lalu. Drama menarik ini adalah lakonan mantap beberapa pelakon hebat yang terkenal sperti Wawa Zainal, Keith Foo, Aeril Zafrel, Syazwan Zulkifli, Faye Kusairi dan ramai lagi. ABTT akan bersiaran setiap hari Selasa, 10 malam bermula 19 Mei 2015.
  • Tayangan: TV Al Hijrah (Channel 114 Astro)
  • Siaran : Setiap Selasa, 10 malam (Mulai 19 Mei 2015)
  • Jumlah Episod: 14

Andai Bumi Tulip Takdirku
ABTT ini menggantikan drama Dalam IradatMu yang baru sahaja selesai ditayangkan baru-baru ini.

Sinopsis Andai Bumi Tulip Takdirku Slot Drama TV Al-Hijrah

 
Keluarga Najwa dan Sufian baru sahaja merancang hari perkahwinan mereka. Namun sebalik berlaku apabila Sufian dan keluarga meninggal akibat kemalangan jalan raya. Pertemuan di antara Peter dan Najwa, membuat Peter tertarik dengan personaliti Najwa sebagai seorang muslimah. Tidak lama kemudian Peter mula tertarik untuk mempelajari ilmu agama Islam. Dengan hidayah Allah, Peter memeluk agama Islam. Disamping itu Peter mencari seorang wanita yang selalu ada disampingnya. Sementara itu, Bakhtiar yang kecewa dengan kekasihnya, Mila setelah berkahwin dengan pilihan orang tuanya membuat keputusan membawa diri ke Eropah. Apa yang berlaku seterusnya? Dapatkah Peter bertemu dengan wanita pilihannya nanti?

Sinopsis Padamu Aku Bersujud Slot Azalea TV3

Sinopsis Padamu Aku Bersujud Slot Azalea TV3. Drama Padamu Aku Bersujud akan mengisi Slot Azalea TV3 bermula 26 Mei 2015 ini setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.00 petang di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikan drama bersiri ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Drama Padamu Aku Bersujud akan bersiaran secara bersiri selama 24 episod dengan membariskan pelakon handalan seperti Syazwan Zulkifly, Leez Rosli, Bil Azali dan Shenty Feliziana. 

Informasi Padamu Aku Bersujud  
Penerbit : A - Ten Alliance (M) Sdn Bhd
Arahan - Raja Ahmad Alauddin 
Episod - 24
Slot - Azalea TV3 (Isnin hingga Khamis bermula 400 petang)
Padamu Aku Bersujud Slot Azalea TV3
Watak Pelakon
  • Syazwan Zulkifly (Amin)
  • Leez Rosli (Sakinah)
  • Bil Azali (Khairi)
  • Shenty Feliziana (Rihanna)
  • Shiqin Kamal (Ika)
  • Reza Hasbi (Iqram)
  • Mubarak Majid (Pak Leman)
  • Ku Fridah Ku Shafie (Mak Siah)
  • Zaidi Omar (Datuk Jamil)
  • Aleeza Shahdan (Datin Zulaika)
  • Fikhree Bakar (Taufiq)

Sinopsis Padamu Aku Bersujud Slot Azalea TV3
Drama ini mengisahkan mengenai Pak Leman yang meletakkan harapan tinggi di atas anaknya, Amin untuk mengubah nasib keluarga mereka. Selama ini, Pak Leman bekerja keras di bendang yang dipajak kepada abangnya, Datuk Jamil. Bagi Pak Leman, hanya dengan pelajaran saja dapat mengubah kehidupan mereka. Sayangnya, Amin gagal memperoleh keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan juga tipis. 

Pak Leman amat kecewa dengan keputusan SPM Amin yang hanya meraih pangkat dua. Dia mula mengungkit bahawa Amin memang tidak boleh diharap. Amin meninggalkan kampung untuk mencuba nasib di Kuala Lumpur. Mak Siah memintanya pergi berjumpa dengan Datuk Jamil, adik kepada Pak Leman tetapi Amin ralat dengan permintaan Mak Siah kerana Datin Zulaika memang memandang rendah atas keluarga. Selama ini, Datin Zulaika tidak suka apabila anaknya, Ika rapat dengan sepupunya, Amin. Tambahan pula Datin Zulaika masih berdendam dengan Mak Siah. 

Datin Zulaika menuduh Mak Siah menggunakan khidmat bomoh untuk memisahkan hubungannya dengan Datuk Jamil. Datin Zulaika dan anaknya, Ikram selalu berlagak dan menghina keluarga Amin. Amin meminta tolong secara rahsia daripada Ika. Malangnya, Iqram sudah melakukan sabotaj dan Amin tidak dapat menghubungi Ika setelah tiba di Kuala Lumpur. Amin mati akal dan bercadang mahu pulang ke kampung sahaja. 

Ketika itulah Amin sedar bahawa Pak Leman telah menyelitkan duit dalam beg pakaiannya. Terharu dengan perbuatan bapanya, Amin mula mencari kekuatan untuk menempuh hari-hari baharu di dunia yang sangat asing baginya. Perkenalannya dengan Taufiq merupakan titik perubahan hidupnya apabila Amin diberikan peluang bekerja di bengkel kereta milik Mr Ooi. 

Berjayakah Amin mengecapi kejayaan yang diidamnya? Bagaimanakah Amin berhadapan dengan pelbagai dugaan dan godaan nanti?