Kumpulan Pro Ulama Menang Besar Di Pemilihan PAS 2015
Kumpulan Pro Ulama Menang Besar Di Pemilihan PAS 2015. Keputusan pemilihan jawatan Presiden PAS dan jawatan utama lain baru sahaja diumumkan lewat malam tadi di mana kumpulan konservatif pro ulama di lihat menguasai hampir kesemua jawatan dalam Pemilihan Jawatan PAS 2015-2017. Sebanyak 29 jawatan telah dipertandingkan pada Muktamar Tahunan PAS 2015 ke 61 pada 4 hingga 6 Jun 2015 yang diadakan di Kuala Selangor, Selangor. Kesemua pertandingan jawatan itu melibatkan jawatan presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden dan 24 jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.Pemilihan barisan Pemuda PAS juga menyaksikan penguasaan kumpulan Pro Ulama apabila Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz (429 undi) mengalahkan penyandang Suhaizan Kaiat (262 undi) dengan majoriti 167 undi.
Bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda, masing- masing Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Khairil Nizam Khirudin mengekalkan jawatan mereka. Khalil, yang juga merupakan anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mendapat 435 undi, menewaskan pencabarnya Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob yang memperoleh 257 undi.
Keputusan penuh pemilihan PAS 2015- 2015 boleh dilayari di Muktamar PAS 2015.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment