Hukum Dubsmash Menurut Islam

Hukum Dubsmash Menurut Islam. Applikasi DUBSMASH kini menjadi kegilaan orang ramai masa kini. Tetapi benarkah ianya adalah gejala yang tercela lagi celaka. Aplikasi Dubsmash menjadi kegilaan netizen sehingga akaun Facebook dan Instagram kita dibanjiri dengan video ini. Apakah itu Dubsmash sebenarnya?

Dubsmash adalah aplikasi ‘lip syncing’ yang membolehkan pengguna telefon pintar memilih petikan lagu ataupun petikan rakaman audio terkenal dari filem, rancangan TV dan lain-lain dalam berbagai bahasa untuk rakaman video sendiri.

Hukum Dubsmash Menurut Islam
Klip itu kemudian boleh dikongsi melalui WhatsApp, Facebook, dan Instagram. Nak jadi personaliti sesiapapun aplikasi ini boleh menjadikannya kenyataan!

Jadi apakah hukum Dubsmash Menurut Islam?

Menurut Ustaz Fashan yang telah membuat komen di laman Facebook ‘Malaysian Footbal Team’, Gejala DUBSMASH dikenali dalam istilah bahasa arab sebagai Al-Muhaakah (المحاكاة). Ia bermaksud meniru-niru gerakan atau suara orang lain kebiasaannya bertujuan untuk mengejek, menghina dan merendah-rendahkan orang lain.

Hukumnya haram, sekiranya dilakukan bagi tujuan untuk mentertawakan orang lain dan ianya bertambah haram jika ia dilakukan bertujuan untuk mentertawakan orang lain ia termasuk dalam bentuk istihza' (mengejek), sindiran dan ghibah yang diharamkan syarak,bertambah haram apabila ia disertai muzik dan nyanyian.

Nabi Sallallahu'alaihiwasallam pernah menegur Ummul Mukminin Aisyah r.a ketika Aisyah r.a meniru gaya dan gerakan seseorang dalam ucapannya, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:

ما يسرُّني أني حكيتُ رجلًا وإنَّ لي كذا وكذا
"Aku tidak suka meniru-niru (gaya) seseorang walaupun aku diberikan dengan seperti ini dan ini (sesuatu apa pun (yang bernilai)"
[ HR At-Tirmidzi:hasan shahih ] 

Para Ulama menjelaskan perbuatan tersebut adalah perbuatan haram lagi tercela. Imam An-Nawawi rahimahullah mengkategorikan perbuatan Al-Muhaakah ini termasuk dalam perbuatan ghibah (mengumpat) yang diharamkan.

Ia juga termasuk perkara sia-sia,tambahan jika ia dilakukan bertujuan membuat orang ramai ketawa ia termasuk dalam kategori DUSTA yang dilarang dan didoakan kecelakaan bagi pelakunya oleh Nabi kita Sallallahu'alaihiwasallam dalam sabdanya:

ويلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ بالحدِيثِ لِيُضْحِكَ بِهِ القوْمَ فيَكَذِبُ ويلٌ لَهُ ويلٌ لَه
ُ
"Celakalah orang yang bercakap sesuatu percakapan bertujuan dengannya untuk membuat orang lain ketawa,lantas dia berdusta,celakalah dia,celakalah dia!!."
[ HR Abu Daud:hasan ]

Apakah segala keseronokan DUBSMASH itu boleh ditebus dengan kecelakaan yang didoakan Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam?

Sebagai nasihat, tidak selayaknya seorang muslim berpelakuan seperti ini, seorang muslim wajib menjaga akhlaknya dan menggunakan masanya untuk perkara yang boleh memberi manfaat untuk agama dan dunianya,bukan dengan perkara yang tercela lagi hina seperti DUBSMASH ini.

Semoga Allah memberikan hidayah petunjuk kepada semua kaum muslimin...

No comments :

No comments :

Post a Comment