Berita Terkini Pesawat MAS MH148 Berpatah Balik Enjin Terbakar
Berita Terkini Pesawat MAS MH148 Berpatah Balik Enjin Terbakar. Sebuah pesawat MAS dari Melbourne ke Kuala Lumpur berpatah balik dan mendarat cemas kerana kebakaran satu enjin dipetik dari Flight Radar. Penerbangan Malaysia (MAS) dipetik dari BH online, mengesahkan tiada kebakaran luaran berlaku terhadap pesawat MH148 dari Melbourne ke Kuala Lumpur yang berpatah balik awal pagi tadi.MAS dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, ia adalah hasil pemeriksaan awal yang dilakukan jurutera dan kakitangan lapangan syarikat berkenaan. "Sebanyak 300 penumpang pesawat berkenaan mendarat dengan selamat dan keselamatan sentiasa menjadi keutamaan MAS. Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian," katanya.
Gambar dari Twitter Flight Radar 24 yang menunjukkan pesawat MH148 mengelilingi lapangan terbang beberapa kali. |
Menurut BBC, laman web Flight Radar 24, menunjukkan pesawat tersebut menunjukkan pesawat tersebut mengelilingi lapangan terbang beberapa kali.
Menurut jurucakap Lapangan terbang Melbourne berkata, jentera bomba dikerahkan ke tempat kejadian dan pesawat tersebut berjaya mendarat dengan selamat pada pukul 3 waktu tempatan.
Berita Terkini
Dipetik dari BH online, Sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Melbourne setelah menerima amaran palsu daripada sistemnya mengenai kebakaran di bahagian enjin. Seorang jurucakap Biro Keselamatan Pengangkutan Australia memberitahu ABC News bahawa pemeriksaan yang dilakukan terhadap pesawat jenis Airbus 330 itu tidak menemui bukti ia mengalami sebarang kebakaran.
Katanya, ketika dalam penerbangan, sistem pesawat itu menunjukkan berlaku kebakaran di bahagian enjinnya. Penerbangan MH148 dari Melbourne ke Kuala Lumpur itu membawa kira-kira 300 penumpang dan anak kapal. Seorang jurucakap bomba berkata, pesawat itu membuang bahan bakarnya sebelum melakukan pendaratan kecemasan pada kira-kira jam 3 petang. - BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment