Berita Terkini Kontroversi Festival Johor for Jesus Jun 2015

Berita Terkini Kontroversi Festival Johor for Jesus Jun 2015. Dipetik dari FB Exco Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Ayuh bantah!...kepada Seluruh Umat Islam kita tidak boleh biarkan mereka memesongkan Aqidah Umat Islam di Johor... Dipetik dari Ismaweb, semalam telah tersebar di kalangan pengguna internet dan media sosial video trailer persidangan Kristian yang menyiarkan kata-kata seperti ‘Johor for Jesus’, ‘Take possession of the land (Johor Bahru)’ dan ‘Johor never be the same’.

Persidangan agama Kristian “MforJ 2015 Take Possession of The Land Kingdom Conference” dijadual berlangsung di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru, pada 3 hingga 5 Jun ini.

“Johor for Jesus (Johor untuk Jesus), Take possession of the land (Johor Bahru) (Ambil hak milik tanah Johor Bahru), Johor never be the same (Johor tidak akan sama seperti yang dahulu)”.
Ini adalah antara kenyataan ‘panas’ yang disiarkan dalam video trailer persidangan agama Kristian “MforJ 2015 Take Possession of The Land Kingdom Conference” akan berlangsung di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru, 3 hingga 5 Jun ini.

Video yang tersebar di internet di youtube, walau bagaimanapun telah ditarik balik.

Kontroversi Festival Johor for Jesus Jun 2015
Berita terkini
Seperti dipetik dari FB Hj Abd Latif  Bin Hj Bandi, Exco Perumahan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Festival God's Power Healing Night telah di batalkan.
Tiada penganjuran Festival God's Power Healing Night kerana berunsur provokasi dan boleh menimbulkan ketegangan antara masyarakat berbilang agama di negeri ini
Sementara itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi amaran kepada orang luar supaya tidak mengganggu keharmonian negeri Johor dengan menyentuh isu-isu agama.

Tunku Ismail berkata rakyat Johor juga jangan terlalu mudah terpengaruh dengan hal seumpama itu kerana ia merupakan strategi pihak tertentu untuk memecahbelahkan bangsa Johor.

"Maklumat yang diterima dan dikenal pasti berkenaan video 'Johor For Christian' yang sedang menjadi viral di laman sosial Facebook, didakwa didalangi sebuah kumpulan berasal dari Negeri Sembilan," katanya menerusi laman sosial Facebook Johor Southern Tigers, di sini, Selasa.
Justeru, baginda meminta rakyat Johor supaya tidak berpecah belah antara kaum kerana anasir-anasir luar takut sekiranya bangsa Johor bersatu.

"Kita sentiasa menghormati semua kaum dan setiap kaum juga berhak mengamalkan agama masing masing," katanya.


No comments :

No comments :

Post a Comment