Sinopsis Penuh Drama Dia Isteri Luar Biasa Slot Akasia TV3

Sinopsis Penuh Drama Dia Isteri Luar Biasa Slot Akasia TV3. Umum peminat hiburan tanahair sedia maklum yang drama "Dia Isteri Luar Biasa" akan bersiaran bermula Isnin, 18 Mei 2015 ini menggantikan drama Hati Perempuan yang telah tamat pada minggu lepas. Berikut adalah sinopsis drama Dia Isteri Luar Biasa yang dilakonkan oleh pelakon utama, Syukri Yahya dan Fathia Latif

Drama ini mengisahkan kehidupan Dewi Yusra yang mencari suami sementara bertujuan untuk mendapatkan anak, walaupun dia beranggap mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. 
Dia Isteri Luar Biasa Slot Akasia TV3

Sahabat baiknya, Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi. Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya. Kehadiran Dr. Raden Amzar dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. 

Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dewi mewarisi perniagaan Nasi Ayam Bonda tersebut. Seterusnya, Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi Suami sementara. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Mereka bernikah secara rahsia di Kota London.
  
Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Apakah yang terjadi seterusnya?


JUDUL : DIA ISTERI LUAR BIASA

TARIKH : Bermula pada 18 Mei 2015 ?
SIARAN : Slot Akasia TV3
NOVELIS : Umie Nadzimah
PENGARAH : Jamal Khan (Khan Mancung)

TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Fathia Latiff, Keith Foo, Elizad Sharifuddin, Nonny Nadirah, Uqasha Senrose, Ardell Aryana, Ziela Jalil, Syatilla Melvin, Raja Farah, Afiq Muiz, Leez Rosli, Alexx Yanz, Lia Asmizza, Azza Elite , Supyan kepoh, Liza Abdullah, Nurul Aini, Shah Rezza

LAGU TEMA / OST
Tajuk Lagu: Potret
Artis : Akim And TheMagistrate


WATAK PELAKON :
Shukri Yahya- Raden Amzar
Nur Fathia- Dewi Yusra
Keith Foo - Kamarul (Cik Kim)
Siti Elizad- Kak Long
Datin Ziela Jalil - Umi


No comments :

No comments :

Post a Comment