Sinopsis Drama Eksperimen Cinta Slot Dahlia TV3

Sinopsis Drama Eksperimen Cinta Slot Dahlia TV3. Sebuah lagi drama dari adaptasi novel yang berjudul Eksperimen Cinta akan disiarkan di slot Dahlia TV3 Jun 2015 ini. Pelakon utama adalah pelakon yang baru berkahwin iaitu Fahrin Ahmad yang akan bergandingan dengan Izreen Azminda. Novel Eksperimen Cinta adalah karya Anjell dan dramanya diarahkan oleh Emi Suffian, terbitan Zeel Production.

SINPOSIS DRAMA EKSPERIMEN CINTA
Drama Eksperimen Cinta mengisahkan kisah seorang lelaki ego dan kaya yang melamar seorang gadis semata-mata hanya untuk membuat eksperimen mengenai cinta.

Drama Eksperimen Cinta

Bagi menunjukkan yang dia juga boleh hidup bahagia terutama kepada kembarnya Tengku Andrean yang telah merampas kekasihnya, Seri, Tengku Aaron mengahwini seorang gadis bernama Damia bagi mengaburi mata semua orang. Mampukah perkahwinan sedemikian berkekalan? Saksikannya dalam drama terbaru TV3 yang berjudul Eksperimen Cinta.

JUDUL : EKSPERIMEN CINTA
GENRE : Komedi / Romantik
EPISOD : -
TARIKH : 13 Jun 2015 (Sabtu & Ahad - 7.00pm)
SIARAN : Slot Dahlia TV3
SKRIP : Mufid Shuhaimi
NOVELIS : Anjell
PENGARAH : Emi Suffian Sabhe
TERBITAN : Zeel Production
PELAKON : Fahrin Ahmad, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim, Ammar Alfian Aziz, Mira Filzah, Faye Kusairi, Mimi Lana, Ryiena Ismail, Mei Fenlim, Amyza Aznan
Kyra Wardina

WATAK PELAKON:
Fahrin Ahmad sebagai Tengku Aaron
Izreen Azminda sebagai Damia Farisha
Ammar Alfian Aziz sebagai Adam Haris
Mira Filzah sebagai Suraya
Faye Kusairi sebagai Salmi
Mimi Lana sebagai Mellisa
Ryiena Ismail sebagai Nana
Sherry Ibrahim as Seri
Mei Fenlim as Lucy


No comments :

No comments :

Post a Comment