Sinopsis Dan Baca Novel Bukan Isteri Sempurna Secara Online
Sinopsis Dan Baca Novel Bukan Isteri Sempurna Secara Online. Drama Bukan Isteri Sempurna adalah drama terbaru yang menggantikan drama Bencinta di Slot Samarinda TV3 adalah adaptasi dari novel Bukan Isteri Sempurna karya Tulip Ungu. Pelakon utama bagi drama Bukan Isteri Sempurna ialah Dazrin Kamaruddin dan Atikah Suhaime. Tayangan akan bermula pada 5 Mei 2015, Selasa di Slot Samarinda TV3.INFO DRAMA BUKAN ISTERI SEMPURNA SLOT SAMARINDA TV3
NOVEL : Bukan Isteri Sempurna karya Tulip Ungu
PENGARAH : Azmi Hatta
TERBITAN : A.Aida Production / Kaki Novel
PELAKON : Atiqah Suhaime, Dazrin Kamaruddin, Mimi Ernida, Aleza Shadan, Arash Mohd, Khatijah Tan, Zulkifli Ismail, Afzan Rahman, Aishah Atan
WATAK PELAKON
Atikah Suhaime sebagai Nina
Dazrin Kamaruddin sebagai Danish Arham
Mimi Ernida sebagai Azura
Aleza Shadan sebagai Datin Rogayah
LAGU TEMA / OST BUKAN ISTERI SEMPURNA
Lagu : Bukan Isteri Sempurna
Artis : Mila Jirin
Lagu : Eddie Hamid
Lirik : A.Aida
Terbitan : Nova Music
SINOPSIS DRAMA BUKAN ISTER SEMPURNA
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.
Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.
Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.
Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.
BACA NOVEL BUKAN ISTERI SEMPURNA SECARA ONLINE
- Bab 1
- Bab 2 dan 3
- Bab 4 dan 5 (a)
- Bab 5b
- Bab 6
- Bab 7
- Bab 8 dan 9
- Bab 10
- Bab 11
- Bab 12
- Bab 13
- Bab 14
- Bab 15
- Bab 16
- Bab 17
- Bab 18
- Bab 19
- Bab 20
- Bab 21
- Bab 22
- Bab 23
- Bab 24
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment