Sinopsis Andai Bumi Tulip Takdirku Slot Drama TV Al-Hijrah

Sinopsis Andai Bumi Tulip Takdirku Slot Drama TV Al-Hijrah. Drama siri terbaru di TV Al Hijrah berjudul Andai Bumi Tulip Takdirku (ABTT) sudah bersiaran pada 19 Mei 2015 yang lalu. Drama menarik ini adalah lakonan mantap beberapa pelakon hebat yang terkenal sperti Wawa Zainal, Keith Foo, Aeril Zafrel, Syazwan Zulkifli, Faye Kusairi dan ramai lagi. ABTT akan bersiaran setiap hari Selasa, 10 malam bermula 19 Mei 2015.
  • Tayangan: TV Al Hijrah (Channel 114 Astro)
  • Siaran : Setiap Selasa, 10 malam (Mulai 19 Mei 2015)
  • Jumlah Episod: 14

Andai Bumi Tulip Takdirku
ABTT ini menggantikan drama Dalam IradatMu yang baru sahaja selesai ditayangkan baru-baru ini.

Sinopsis Andai Bumi Tulip Takdirku Slot Drama TV Al-Hijrah

 
Keluarga Najwa dan Sufian baru sahaja merancang hari perkahwinan mereka. Namun sebalik berlaku apabila Sufian dan keluarga meninggal akibat kemalangan jalan raya. Pertemuan di antara Peter dan Najwa, membuat Peter tertarik dengan personaliti Najwa sebagai seorang muslimah. Tidak lama kemudian Peter mula tertarik untuk mempelajari ilmu agama Islam. Dengan hidayah Allah, Peter memeluk agama Islam. Disamping itu Peter mencari seorang wanita yang selalu ada disampingnya. Sementara itu, Bakhtiar yang kecewa dengan kekasihnya, Mila setelah berkahwin dengan pilihan orang tuanya membuat keputusan membawa diri ke Eropah. Apa yang berlaku seterusnya? Dapatkah Peter bertemu dengan wanita pilihannya nanti?

No comments :

No comments :

Post a Comment