Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2015 Online

Permohonan Biasiswa JPA PIDN PDDN 2015 Secara Online. Dipetik dari FB JPA, memaklumkan yang Tawaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam negara di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) dan Program Diploma Dalam Negara (PDDN) untuk tahun 2015 akan dibuka secara atas talian melalui http://esilav2.jpa.gov.my mulai 18 Mei hingga 24 Mei 2015.

Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) merupakan penajaan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang yang ditetapkan. Penajaan peringkat Diploma dinamakan Program Diploma Dalam Negara (PDDN) manakala pengajian Peringkat Ijazah Pertama dinamakan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).

Maklumat lanjut mengenai syarat-syarat permohonan, bidang tajaan dan cara memohon boleh diperolehi dengan melayari portal eSilav2 semasa permohonan dibuka.
Biasiswa JPA PIDN 2015 Online
Applikasi Permohonan

Tarikh permohonan 
  • 18 Mei bermula 1030 pagi hingga 24 Mei 2015.

Siapakah calon yang layak memohon?(i) Permohonan adalah dibuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA),    Universiti    Tenaga    Nasional    (UNITEN),    Universiti    Teknologi
Petronas (UTP) dan Universiti Multimedia (MMU) yang telah melengkapkan
sekurang-kurangnya  satu  (1)  semester  pengajian  atau  mempunyai  baki
tempoh  pengajian  tidak  kurang  dari  satu  (1)  tahun  di  peringkat  Ijazah
Pertama.
(ii) Permohonan  juga  dibuka  kepada  pelajar  IPTA  dan  Politeknik  yang  telah melengkapkan   sekurang-kurangnya   satu   (1)   semester   pengajian   atau mempunyai  baki  tempoh  pengajian  tidak  kurang  dari  satu  (1)  tahun  di peringkat Diploma. IPTA Tajaan JPA


Syarat-Syarat Permohonan PIDN
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Umur belum mencapai 25 tahun pada tarikh permohonan (26 tahun bagi  
pelajar peralihan);
(iii) Mempunyai kesihatan yang baik;
(iv) Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ SPMV;
(v) Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat Ijazah Pertama;
dan
(vi) Telah  melengkapkan  sekurang-kurangnya  satu  (1)  semester  pengajian
atau  mempunyai  baki  tempoh  pengajian  tidak  kurang  dari  satu  (1) tahun.


Syarat-Syarat Permohonan PPDDN
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Umur belum mencapai 21 tahun pada tarikh permohonan (22 tahun bagi pelajar peralihan);
(iii) Mempunyai kesihatan yang baik;
(iv) Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ SPMV;
(v) Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif   (PNGK)
3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat Diploma; dan
(vi) Telah  melengkapkan  sekurang-kurangya  satu  (1)  semester  pengajian
atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.


Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541, 03-8885 3453,  03-8885  3552. Talian -talian telefon ini dibuka setiap hari dari jam 8.00
pagi  hingga 5.00 petang mulai 18 Mei 2015 hingga 24 Mei 2015.
 

No comments :

No comments :

Post a Comment