Pemohonan Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Secara Online

Pemohonan Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Secara Online. Dipetik dari FB Rasmi Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pemohonan Rumah PPR boleh dibuat secara online. Jabatan Perumahan Negara/ Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.  

PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu 
  • PPR Disewa (PPRS) 
  • PPR Dimiliki (PPRM)
Pada asalnya program PPRM hanya dilaksanakan di negeri Pahang tetapi mulai Rancangan Malaysia ke-10, Program PPR Dimiliki telah diperluaskan di negeri Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah dan yang terkini di Johor melalui Projek Perumahan Rakyat Melana Indah, Taman Perling, Johor Bahru.
permohonan rumah ppr online
Untuk makluman, Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah satu program kerajaan untuk :-
permohonan rumah ppr online

Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada paras harga antara RM30,000.00 dan RM35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500.00 di Sabah dan Sarawak.

Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

PROJEK PPR (DISEWA) 

Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.

PROJEK PPR (DIMILIKI)
Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Buat masa ini program ini hanya dilaksanakan di negeri Pahang. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM30,000 dan RM35,000 seunit.


CARA BUAT PERMOHONAN PPR SECARA ONLINE
PEMOHON BARU
Dokumen Wajib Dimuatnaik (pdf atau jpeg sahaja) :

  •     Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  •     Salinan Kad Pengenalan Suami/Isteri Pemohon
  •     Salinan Kad Pengenalan/MyKid/Sijil Kelahiran Anak-anak Tanggungan
  •     Salinan Slip Gaji/Surat Pengesahan Pendapatan(suami/isteri)
  •     Salinan kad OKU (sekiranya berkenaan)
Klik Untuk Mendaftar PPR Baru Pendaftaran Dan Permohonan Baru

PEMOHON BERDAFTAR
Pemohon diminta menyemak :

  •     Semua dokumen wajib telah dimuatnaik
  •     Semua maklumat adalah lengkap
Klik Kemaskini Permohonan
* Sila masukkan No KP dan kata laluan


Ciri-ciri Rumah PPR 
  • Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat di kawasan bandar-bandar besar
    Landed properties di pesisir dan pinggir bandar
    Keluasan - Tidak kurang 700 kps
    Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kriteria Dan Ciri-Ciri Asas lain sila klik PPR

Syarat-Syarat Layak Permohonan PPR
Berikut adalah syarat-syarat untuk layak memohon PPR :-
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pembelian rumah pertama
  • Memenuhi syarat-syarat kelayakan pendapatan bulanan isi rumah seperti di gambarajah 
syarat kelayakan rumah ppr


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Jabatan Perumahan Negara
Aras 30-38, No 51
Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya

Pusat Panggilan MyHome :
03-8891 4315 / 03-8891 4316 / 03-8891 4312 / 03-8891 4311


No comments :

No comments :

Post a Comment