Kelantan Umum 24 Mei 2015 Cuti Peristiwa Final Piala FA 2015

Kelantan Umum 24 Mei 2015 Cuti Peristiwa Final Piala FA 2015. Tahniah kepada Kelantan yang berjaya layak dan akan menjadi wakil Malaysia untuk mengekalkan Piala FA daripada terlepas ke seberang Tambak. Di petik dari Sinar Harian, Kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan 24 Mei depan sebagai cuti peristiwa sempena perlawanan akhir Piala FA 2015 antara The Red Warriors dengan Lions XII di Stadium Nasional Bukit Jalil. Informasi tiket Final di SINI.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, cuti tersebut bertujuan untuk  memberi keselesaan khususnya kepada anak-anak Kelantan untuk pulang dan tidak tergesa-gesa.

24 Mei 2015 Cuti Peristiwa Kelantan
“Saya sarankan agar jaga keselamatan di jalan raya dan jangan berlumba-lumba untuk cepat sampai memandangkan ruang masa masih panjang untuk perjalanan pulang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam masa yang sama, Ahmad  berharap agar penyokong Kelantan dapat membawa riuh rendah dan bersukan secara sihat tanpa terlibat dengan sebarang pelanggaran etika dan insiden yang tidak bermoral.

“Saya sendiri menaruh harapan agar pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors dapat mempersembahkan aksi yang mantap pada perlawanan akhir nanti dan seterusnya menjuarai Piala FA 2015, insya-ALLAH,” katanya.

TRW layak ke aksi final setelah menumpaskan Pahang dengan agregat 3-2

No comments :

No comments :

Post a Comment