Intipati Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) Tahun 2016 - 2020

Intipati Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) Tahun 2016 - 2020. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang menjadi landasan hala tuju pembangunan lima tahun negara, di Dewan Rakyat pada pukul 11.30 pagi Khamis tadi, 21 Mei 2015. RMK11 merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.

Wawasan yang dilancarkan pada tahun 1991 itu menggariskan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dalam semua aspek, iaitu ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya menjelang tahun 2020. 

rmk 11
Berikut adalah inti pati Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020), yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di Dewan Rakyat hari ini:

* Tema : Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat.

* Rancangan 5 tahun memperkukuh komitmen kerajaan terhadap rakyat dan  keyakinan bahawa pertumbuhan tidak boleh diukur dengan kejayaan ekonomi semata-mata;

* Rancangan memperakui kesejahteraan rakyat, dan komitmen   untuk pertumbuhan inklusif dan mampan, perlu sebagai sebuah  negara maju;

*  Ekonomi Malaysia mendapat manfaat daripada prospek ekonomi dunia yang lebih kukuh, pemulihan harga komoditi dan inflasi  global yang rendah;

* RMK-11 juga melihat pasca 2020 dengan Malaysia kekal sebagai sebuah ekonomi terbuka dan lebih bersepadu di peringkat  serantau dan global;

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini! 

* KDNK Malaysia mencecah RM2.6 trilion pada 2030 (RM1.4 trilion pada 2020);

* Lebih 40 peratus daripada jumlah guna tenaga akan terdiri  daripada pekerja mahir pada 2030 (2020: 35 peratus);

* KDNK per kapita dijangka meningkat lebih dua kali ganda kepada RM117,260 pada 2030 (2020: RM54,890);

* Perdagangan dunia dijangka meningkat kepada US$44 trilion pada 2030 (US$26 trilion diunjurkan pada 2020);

* Sasaran RMK-11 menyasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar  sebenar berkembang 5.6 peratus setahun;

* Produktiviti pekerja meningkat kepada RM92,300 pada 2020 (2015: RM77,100)

* Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita mencecah RM54,100 (US$15,690) pada 2020;

 

* Purata pendapatan bulanan isi rumah meningkat kepada   RM10,540 pada 2020 (2014: RM6,141);

* Sumbangan pampasan pekerja kepada KDNK meningkat kepada sekurang-kurangnya 40 peratus pada 2020, (2015: 34.9 peratus)

* Indeks Kesejahteraan Malaysia (IKM) meningkat 17 peratus setahun, petunjuk peningkatan kesejahteraan rakyat;

* Inflasi kekal rendah di bawah 3.0 peratus;

* 1.5 juta pekerjaan akan diwujudkan pada tahun 2020;

* Pertumbuhan akan dipacu oleh sektor swasta dengan pelaburan  swasta berkembang pada 9.4 peratus setahun;

* Sektor pembuatan dan perkhidmatan menyumbang lebih  daripada 75 peratus KDNK;

* Imbangan pembayaran dijangka kekal dalam lebihan sebanyak  2.6 peratus PNK;

* Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan terus berkurangan kepada kurang daripada 45 peratus pada 2020;

* Hasil berkembang sebanyak 7.9 peratus setahun dan pergantungan kepada hasil berkaitan minyak berkurangan kepada 15.5 peratus pada 2020;

* Pengenalan GST akan menyumbang pendapatan sebanyak RM31.4 bilion setahun dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding RM15.5 bilion yang dikutip menerusi cukai jualan dan perkhidmatan dalam RMK-10;

* RMK11: Enam teras strategik: -

  • Pertama: Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang  saksama
  • Kedua: Meningkatkan kesejahteraan untuk semua
  • Ketiga: Mempercepat pembangunan modal insan untuk negara   maju
  • Keempat: Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan
  • Kelima: Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong                   perkembangan ekonomi
  • Keenam: Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan   kemakmuran
- Bernama

No comments :

No comments :

Post a Comment