Berita Terkini Pusat Membeli Belah Runtuh Di Melaka 22 Jun 2015

Berita Terkini Pusat Membeli Belah Mydin Runtuh Dalam Pembinaan Di Melaka 22 Jun 2015. Sebuah pasaraya atau pusat membeli belah besar (difahamkan Pasaraya Mydin) telah runtuh semasa dalam pembinaan pada jam 215 petang tadi di Pulau Sebang, Melaka iaitu berhampiran Tampin iaitu di sempadan Melaka dan Negeri Sembilan. Dipetik dari BH online, dua pekerja binaan telah maut dan tiga parah, manakala 15 lagi dikhuatiri tertimbus. 

Dalam kejadian itu, mangsa warga negara Bangladesh dan Indonesia dikatakan sedang bekerja sebelum struktur di bahagian belakang bangunan pasar raya besar setinggi tiga tingkat itu tiba-tiba runtuh. Seorang pekerja binaan warga Bangladesh, Sakhoat Alif Khan, 33, berkata ketika kejadian dia berada di aras bawah bangunan yang terletak di bahagian depan pintu masuk.

Kerja-kerja menyelamat sedang giat dilaksanakan oleh anggota bomba, JPAM, hospital Tampin dan polis.


Berikut antara gambar kejadian runtuhan pasaraya Mydin di Pulau Sebang Melaka 22 Jun 2015 :-
* Gambar kredit BH online 
mydin runtuh 1

mydin runtuh 2

mydin runtuh 3


No comments :

No comments :

Post a Comment