Ayat Seribu Dinar - Kelebihan Dan Maksud

Ayat Seribu Dinar - Kelebihan Dan Maksud. Ayat 1000 Dinar banyak kelebihan dan hikmahnya. Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎

‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.


Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎
Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.

Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎

Pendapat Ulama

Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.

Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.

Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.

Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya.‎ Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.

Ayat Seribu Dinar
Ayat seribu dinar di dalam rumi
WAMAN YATTA QILLAHA YAJ’AL LAHU MAKHROJA WA YARZUQUHU MIN HAITHU LA YAHTASIBU WA MAN YATAWAKAL ‘ALALLAHI FAHUWA HASBUHU INNALLAHA BAALIGHU AMRIHI QAD JA’ALALLAHU LIKULLI SYAI IN QADRAN.

Maksud ayat seribu dinar
Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya. Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3)


SUMBER . Shafiqolbu & FB Brunei Islam
No comments :

Kitar Semula - Kepentingan Kepada Manusia Dan Alam Sekitar

Kepentingan Kitar Semula Kepada Manusia Dan Alam Sekitar. Kitar semula adalah    merupakan    satu    kaedah    dalam    pengurusan    sisa    untuk mengurangkan penghasilan sisa pepejal. Biarpun terdapat beberapa bahan-bahan yang tidak boleh diguna semula atau dikitar semula, namun dalam tempoh dua dekad yang lalu, plastik adalah  bahan  yang  sering  dikitar  semula.

DEFINISI
Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru. 

Kitar Semula

MENGAPA PERLU KITAR SEMULA
Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa.  Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana : 


1.   Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .
2.   Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .
3.   Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).
4.   Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak. 


KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi. 


1.   Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
2.   Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.
3.   Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.

KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA
Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya. 


1.   Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
2.   Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
3.   Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.
 

3R
Program Kitar Semula Kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember 2000 di Pusat Membeli-belah Mid Valley oleh YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
Pelbagai pihak turut terlibat dalam program ini seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Syarikat Konsesi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat swasta, Institut Pengajian Tinggi, sekolah dan sebagainya. 


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan bahawa 11 November pada setiap tahun merupakan Hari Kitar Semula Kebangsaan. Pada masa kini , kadar kitar semula di Malaysia ialah pada kadar 5%. Kadar ini adalah rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti negara German ( 74 % ), Belgium ( 71 %), Austria ( 67 % ) dan Belanda ( 66 % ). Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah mensasarkan pencapaian kadar kitar semula di Malaysia pada kadar 22 % menjelang tahun 2020. Bagi memastikan program kitar semula mencapai matlamat yang telah ditetapkan maka pengurusan sisa pepejal yang menekankan konsep dan amalan 3R perlu dilaksanakan dengan berkesan.

Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal. Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hirarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan.
 

Pengurangan:
•Memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan. 
Penggunaan semula:
•Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang mana masih boleh digunakan lagi. 
Kitar semula:
•Memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.  


Pengurangan penghasilan sisa pepejal dapat dicapai melalui kaedah yang efektif dengan memfokuskan kepada 3R yang pertama iaitu, “pengurangan” diikuti “penggunaan semula” dan akhirnya “kitar semula”


SUMBER

No comments :

Semakan Keputusan Ke UPSI Program Diploma Sesi Jun 2015 Online

Semakan Keputusan Ke UPSI Program Diploma Sesi Jun 2015 Online. Dipetik dari Laman Web Rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), semakan keputusan kemasukan ke UPSI untuk Program Diploma Lepasan SPM dan Setaraf Sesi Kemasukan Jun 2015 akan diumumkan pada 6 Mei 2015. 

Semakan boleh di buat di link applikasi di bawah :-

HEBAHAN JAYA KEMASUKAN PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF
http://www.upsi.edu.my/online @ http://upu.moe.gov.my


UPSI Program Diploma Sesi Jun 2015 Online
Untuk makluman, pendaftaran pelajar baru adalah pada 28 Mei 2015 manakala minggu Orientasi pelajar baru akan berlangsung pada 2 hingga 6 Jun 2015. Berikut adalah tarikh-tarikh penting untuk permohonan kemasukan ke UPSI Diploma lepasan SPM dan Setaraf sesi 2015/ 2016 :-
1
e- RAYUAN KEMASUKAN DIPLOMA LEPASAN SPM
15 Mei - 25 Mei 2015
2
HEBAHAN JAYA e-RAYUAN http://www.upsi.edu.my/kemasukan/tawaran
12 Jun 2015
3
PENDAFTARAN PELAJAR RAYUAN
14 Jun 2015
No comments :

Sinopsis Drama Bidadari Slot Lestary TV3 Mei 2015

Sinopsis Drama Bidadari Slot Lestary TV3 Mei 2015. Drama Bidadari akan mengisi slot Lestary, TV3 setiap hari Rabu dan Khamis jam 9 malam bermula 30 April 2015. Drama Bidadari Slot Lestary TV3 yang menarik ini membariskan pelakon hebat seperti Amyra Rosli, Shahz Jaszle, Nonny Nadirah, Syazwan Zulkifly, Sherie Merlis, Zamarul Hisham, Azhan Rani dan ramai lagi. 

DRAMA : BIDADARI
EPISOD : 18 episod
TARIKH :  30 April 2015 (Rabu & Khamis, 9 malam)
SIARAN : Slot Lestary TV3
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Orange Tree Production
Bidadari Slot Lestary TV3  
WATAK PELAKON
Shah Jaszle sebagai Adie
Amyra Rosli sebagai Suria
Nonny Nadirah sebagai Tengku Tia
Syazwan Zulkifly sebagai Lukman
Sherie Merlis sebagai Delima
Sharif Sleeq sebagai Iwan
Fizo Omar sebagai Indra
Zamarul Hisyam sebagai Tuan Iskandar
Iieka Simon sebagai Mimi
Shakilla Khoriri sebagai Balqis
Amyza Aznan sebagai Mak Rock
Zarina Zainuddin sebagai Melati
Azhan Rani sebagai Anjang

LAGU TEMA / OST DRAMA BIDADARI
Tajuk Lagu: Melepaskanmu
Artis: Sakura Band
Video : https://youtu.be/CsFPjgErUB4

SINOPSIS BIDADARI SLOT LESTARY TV3
Bidadari mengisahkan Suria (Amyra Rosli) anak kepada seorang penyanyi kelab, Delima (Sherie Merlis) yang terpaksa menempuh keperitan hidup dengan bapa tiri, Anjang (Azhan Rani). Anjang yang suka berjudi dan berfoya sentiasa mengambil kesempatan untuk mempergunakan dua beranak itu. Diherdik dan sering didera membuatkan Suria sukar menerima kehadiran lelaki di dalam hidupnya.

Malah kepolosan dirinya sering mengundang niat jahat daripada insan bergelar lelaki. Ibunya, Delima pula bagaikan menyimpan rahsia terpendam. Walaupun Suria sentiasa menyayangi dan melayan ibunya sebaik mungkin, Delima pula sentiasa beranggapan anak gadisnya itu tidak lebih daripada sekadar menambah beban dalam hidupnya.

Namun pada suatu hari, anak-beranak itu nekad meninggalkan rumah yang umpama neraka bagi mereka dan dipertemukan dengan takdir baharu. Tengku Iskandar (Zamarul Hisham), pemilik Restoran Melati yang tertarik dengan nyanyian Delima sebelum ini memberikan mereka tempat berteduh untuk memulakan hidup yang lebih baik. Pertemuan singkat itu juga berjaya membuka hati Tengku Iskandar memperisterikan Delima. Jauh di hati Delima, dia hanya menginginkan kemewahan dan sanggup berbuat apa saja demi mencapai impiannya. Suria kini memiliki seorang adik tiri bernama Tia, (Nonny Nadirah) yang ikhlas menerima kasih sayang Delima dan Suria.

Namun ketamakan Delima bakal memusnahkan segala-galanya apatah lagi mengetahui rahsia bahawa Tengku Iskandar menyimpan isteri pertamanya bernama Melati yang koma dan dirawat di sebuah bilik rahsia. Sebuah harapan keluarga bahagia bakal berubah menjadi satu lagi dugaan besar buat Suria dan Tia. Pada masa sama, Suria didekati dua insan istimewa dalam hidupnya, Adi (Shahz Jaszle) yang ikhlas mencintainya dan Lukman (Syazwan Zulkifli), abang tirinya yang sanggup berubah bagi memenangi hati Suria. Mampukah Suria berhadapan dengan segala rintangan dan kekal sebagai insan berhati bidadari? Apakah rahsia di sebalik kebencian Delima terhadap Suria? Bidadari disiarkan setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam menerusi slot Lestary di TV3 bermula 30 April 2015.

No comments :

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Bulan Mei 2015

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Bulan Mei 2015. Berikut dikongsikan jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) untuk bulan Mei 2015. Moga jadual ceramah dan maklumat yang sangat berguna ini bermanfaat bagi mereka yang berminat dengan ceramah UAI yang penuh dengan informasi semasa dan humor ini. Dan yang pasti ianya tidak membosankan.

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Mei 2015

4/5 lsnin Masjid Rusila, Marang Terengganu
5/5 Selasa (tiada kuliah)
6/5 Rabu Surau Al-Iman Kg Losong, Kuala Terengganu
7/5 Khamis Masjid Batu 6, Kuala Terengganu
8/5 Jumaat Surau Pok Tuyu, Kuala Terengganu
9/5 Sabtu (tiada kuliah)
10/5 Ahad Surau Flat Gelung Bilal Pasir Panjang, Kuala Terengganu
11/5 Isnin Surau Wan Esah Simpang Tokku, Kuala Terengganu
12/5 Selasa Surau Ladang, Kuala Terengganu
13/5 Rabu Masjid Kg Butut Kuala Berang, Hulu Terengganu
14/5 Khamis Masjid Titian Baru Kedai Buluh, Kuala Terengganu
15/5 Jumaat (tiada kuliah)
16/5 Sabtu Masjid Putih Seri Ampangan, Nibong Tebal Pulau Pinang
17/5 Ahad Masjid Jami' Syeikh Yusof Datok Keramat, Georgetown Pulau Pinang
18/5 Isnin (tiada kuliah)
19/5 Selasa Masjid Kg Pasir Putih Merchang
20/5 Rabu Masjid Batu Buruk, Kuala Terengganu
21/5 Khamis Masjid Kg Gelugor Haji Tahir Kuala Terengganu
22/5 Jumaat Surau Taman Rakyat Gong Pasir Dungun
23/5 Sabtu Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu (9.30 mlm)
24/5 Ahad Masjid Al-Fatah Batu 3 Jln Gambang-Kuantan Pahang
25/5 lsnin Masjid Simpang 4 Cendering, Kuala Terengganu
26/5 Selasa Padang Simpang Santong Paka (9.30 mlm)
27/5 Rabu Masjid Pulau Ketam, Kuala Terengganu
28/5 Khamis Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan
29/5 Jumaat (tiada kuliah)
30/5 Sabtu Masjid Fatimah Az-Zahra Taman Kosas, Ampang Selangor
31/5 Ahad Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Bandar Cyberjaya Sepang 


Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Bulan Mei 2015
Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Bulan Mei 2015
No comments :

Jadual TTA Plus Sempena Hari Pekerja Dan Wesak 2015

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan TTA Plus Sempena Hari Pekerja Dan Wesak 2015. Sempena cuti umum yang panjang, Hari Pekerja dan Hari Wesak dari 30 April hingga 5 Mei ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan orang ramai yang bercadang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan supaya merancang perjalanan seperti dipetik dari BERNAMA.

"PLUS menjangkakan jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan akan meningkat berbanding hari-hari biasa dan PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan mengikut jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA)," katanya dalam kenyataan di sini.

TTA ialah jadual perjalanan berperingkat bagi destinasi tertentu di lebuh raya kendalian PLUS, bertujuan bagi mengelakkan orang ramai terperangkap dalam kesesakan di laluan utama, kawasan rehat dan plaza tol.

Di samping itu PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mendapatkan maklumat trafik di talian bebas tol PLUSLine 1800-88-0000, laman Twitter PLUSTrafik atau memuat turun aplikasi 'PLUS Mobile' menerusi telefon pintar.

tta plus wesak and labour day 2015
Right Klik dan Open link in a new tab untuk imej yang besar
Antara cadangan waktu perjalanan pada 30 April hingga 2 Mei, orang ramai dari Lembah Klang yang ingin menuju ke Perlis dan Kedah (Kangar dan Alor Setar) serta ke Johor Selatan (Johor Baharu dan Kota Tinggi) dinasihatkan memasuki lebuh raya antara 6 pagi hingga 8 pagi.

Dari Lembah Klang menuju ke Pulau Pinang (Kepala Batas, Butterworth, Georgetown dan Bayan Lepas) dan Johor Utara (Batu Pahat, Segamat dan Muar) dicadangkan memasuki lebuh raya antara waktu 8 pagi hingga 11 pagi.

Pengguna dari Lembah Klang menuju ke Perak Utara (Taiping, Kuala Kangsar dan Gerik) dan Melaka (Jasin dan Bandaraya Melaka) antara 11 pagi hingga 2 petang manakala pengguna dari Lembah Klang menghala ke Perak Tengah (Ipoh) dan Melaka (Alor Gajah) dari 2 petang hingga 6 petang.

Pengguna yang ingin memasuki lebuh raya dari Lembah Klang menghala ke Perak Selatan (Bidor, Tapah, Teluk Intan, Lumut dan Tanjung Malim) dan Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Port Dickson dan Seremban) dinasihatkan melakukan demikian selepas 6 petang.

Bagi perjalanan kembali ke Lembah Klang pada 3 Mei hingga 5 Mei, cadangan waktu bagi memasuki lebuh raya dari Perlis dan Kedah (Kangar dan Alor Setar) serta dari Johor Selatan (Johor Baharu dan Kota Tinggi) bermula dari 6 pagi hingga 8 pagi.

Orang ramai dari Pulau Pinang (Kepala Batas, Butterworth, Georgetown dan Bayan Lepas), Perak Tengah (Ipoh), Johor Utara (Batu Pahat, Segamat dan Muar) serta dari Melaka (Alor Gajah) dicadangkan memasuki lebuh raya antara waktu 10 pagi hingga 2 petang.

Pengguna dari Perak Utara (Taiping, Kuala Kangsar dan Gerik), Perak Selatan (Bidor, Tapah, Teluk Intan, Lumut dan Tanjung Malim) dari Melaka (Jasin dan Bandaraya Melaka) serta dari Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Port Dickson dan Seremban) dicadangkan memasuki Lebuh raya Utara-Selatan antara 6 petang hingga 12 tengah malam.

Namun jadual perjalanan yang tidak disenaraikan dan kenderaan komersial tidak tertakluk dengan cadangan tersebut, katanya.


No comments :

Ops Warta Buru Pesalah Trafik Bermula Pertengahan Mei 2015

Ops Warta Buru Pesalah Trafik Bermula Pertengahan Mei 2015. Ops Warta bagi mengesan individu yang mempunyai 1.59 juta waran tangkap yang belum diselesaikan pada pertengahan Mei depan akan dilancarkan oleh Polis. Sehubungan itu, seperti dipetik dari BH Online, pesalah trafik diberi tempoh dua minggu mulai 5 Mei untuk menyemak dan menyelesaikan saman mereka. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff, berkata selepas tempoh dua minggu itu polis akan melakukan operasi sekatan jalan raya dan tangkapan terhadap individu di seluruh negara, termasuk pergi ke premis mereka bekerja. 
"Kita mempunyai senarai penuh nama dan alamat pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap, selain nama mereka juga sudah diserahkan kepada ketua trafik daerah seluruh negara bagi membantu mengesan mereka sebelum dibawa ke mahkamah," katanya pada sidang media mengenai Ops Warta di Bukit Aman, hari ini.
Ops Warta mei 2015
Fuad berkata, semua balai trafik di seluruh negara akan dibuka bagi memberi kemudahan kepada individu yang ingin menyemak atau menyelesaikan saman dengan masa operasi dilanjutkan sehingga 10 malam.


Saman juga boleh disemak secara online. klik Semakan Saman Trafik, JPJ & AES Online.

No comments :

Permohonan Menyambung Pengajian Bagi Pelajar Evakuasi Yemen 2015 Online

Permohonan Menyambung Pengajian Bagi Pelajar Evakuasi Yemen 2015 Online. Sukacita dimaklumkan seperti dipetik dari Portal Rasmi KPM, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membantu pelajar-pelajar Malaysia yang terlibat dalam evakuasi Yemen dan berminat untuk menyambung pengajian dengan cara berikut:
  • Pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke IPTS dalam negara
  • Pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke negara Mesir
  • Pelajar-pelajar di bawah umur iaitu di bawah 17 tahun boleh memohon untuk memasuki sekolah kerajaan seperti sekolah harian, sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah menengah kebangsaan agama dengan terus menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Sambung Pengajian Evakuasi Yemen 2015
Pelajar yang berminat boleh melayari portal KPM di laman sesawang berikut: Applikasi Permohonan http://yemencrisis.moe.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  1. Pelajar-pelajar Malaysia yang berminat untuk menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara perlu mengisi Borang Maklumat Diri Pelajar Yang Terlibat Dalam Evakuasi Yemen (Untuk Permohonan Dalam Negara) tertakluk kepada syarat dan prosedur yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar yang berjaya akan dihubungi oleh Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi urusan pengambilan dan pendaftaran masuk.
  2. Borang tersebut boleh dimuat turun di laman sesawang http://yemencrisis.moe.gov.my. Link Borang - klik Evakuasi Yemen 2015
  3. Tarikh tutup permohonan dan penyerahan borang adalah pada 15 Mei 2015 (Jumaat) jam 5.00 petang. Borang perlulah dikemukakan ke alamat seperti berikut;
    Bahagian Education Malaysia
    Jabatan Pendidikan Tinggi
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6
    Presint 5, 62200 Putrajaya

Untuk makluman, KPM tidak menaja pelajar untuk menyambung pengajian di dalam atau luar negara. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6627/6226.KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

No comments :

Konsert Kilauan Emas 5 Minggu 3 Online

Tonton Video Konsert Kilauan Emas 5 Minggu 3 Online 29 April 2015. Konsert Kilauan Emas Musim Kelima Minggu 3 tahun 2015 telah berlangsung malam tadi. Saksikan Konsert Kilauan Emas 5 'Otai Masih Berbisa' setiap Rabu jam 9 malam di saluran Astro Prima & Maya HD.  Rancangan hiburan Kilauan Emas Musim Kelima ini telah bermula dengan Episod 1 - Konsert Prolog Kilauan Emas Minggu 1 pada 15 April 2015. 

Juri Tetap untuk Kilauan Emas Musim 5 Tahun 2015 ialah Datuk Hattan dan Erra Fazira dengan tenaga pengajar - Ayai (Ilusi) dan guru vokal iaitu Siti Hajar dan Syafi. Format rancangan adalah melalui pemarkahan iaitu 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus undian penonton. Juara KE5 ini bakal memenangi hadiah utama wang tunai RM100,000. Senarai peserta sila rujuk di Kilauan Emas 5.


Senarai Peserta Tersingkir
1. Minggu Pertama - Tiada
2. Minggu Kedua - Ann terkeluar. Mustar masuk
3. Minggu Ketiga - Asmah terkeluar
Konsert Kilauan Emas 5 Minggu 3 Online
 Tonton Konsert Kilauan Emas 5 (2015)
1. Konsert Prolog Minggu 1 (Tiada penyingkiran)
2. Konsert Kilauan Emas Minggu 2
(Tersingkir - Ann (Nurashikin Ibrahim))

Video Minggu ke 3
No comments :

Harga Terkini Kad Top Up Prabayar Telefon Bermula 1 Mei 2015

Harga Terkini Kad Top Up Prabayar Telefon Bermula 1 Mei 2015. Isu top up prepaid dikenakan GST menjadi isu hangat kembali apabila terdapat 2 kenyataan yang bercanggah di antara pihak Kastam dan SKMM. Jika menurut arahan Kastam ianya merupakan berita baik kepada pengguna perkhidmatan telefon yang menggunakan kad prepaid atau prabayar apabila Kastam Malaysia telah mengarahkan semua syarikat telekomunikasi (telcos) untuk mengekalkan harga top up telefon sama seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 Mei 2015. 

Dipetik dari BH online, Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad, turut mengarahkan supaya syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan kaedah penggunaan GST sama seperti kaedah pengenaan cukai perkhidmatan sebelum ini.  
Harga Terkini Kad Top Up prepaid 2015
"Kelmarin saya keluarkan surat kepada semua syarikat telekomunikasi bagi mengekalkan harga asal berdasarkan konsep termasuk cukai (tax inclusive) berkuatkuasa 1 Mei ini.

"Jika mereka bayar RM10, maka nilai kredit sama seperti apa yang pengguna bayar. Jika ada yang mengambil kesempatan, tindakan susulan akan diambil," katanya dalam sidang media yang diadakan di sini hari ini.
Melalui arahan terbaharu itu setiap harga kad prabayar telah dimasukkan dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan kaedah itu sama seperti penguatkuasaan cukai perkhidmatan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan.

Namun jika merujuk kepada kenyataan terkini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Yang Menjelaskan Kedudukan Isu GST Bagi Top Up Prepaid yang mana SKMM menjelaskan harga isian semula prabayar kekal dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas harga isian semula.

Ini bermaka isian semula RM10 akan dijual pada harga RM10.60.

KENYATAAN MEDIA: MCMC PERJELAS KEDUDUKAN GST BAGI ISIAN SEMULA PRABAYAR
CYBERJAYA, Rabu, 29 April --- Isian semula prabayar akan terus dijual dengan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) ditambah kepada amaun isian semula. Sebagai contoh, isian semula RM10.00 akan dijual pada harga RM10.60 termasuk GST 6%, perjelas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Dato’ Sri Dr Halim Shafie.

“Seperti kenyataan kami pada 3 April 2015, satu kajian akan dijalankan oleh pembekal komunikasi untuk menilai sama ada pelanggan memilih nilai isian semula yang lebih rendah selepas GST dikenakan. Sebagai contoh, isian semula RM10.00 boleh dijual pada harga RM10.60 (isian semula RM10 dengan tambahan 6% GST) atau RM10.00 (isian semula dengan nilai RM9.43 dengan tambahan 6% GST),” kata Dr Halim.

“Sukacita saya maklumkan bahawa kajian yang dimaksudkan hampir selesai dan keputusannya akan dipersembahkan kepada pihak-pihak yang berkaitan pada minggu hadapan. Jabatan Kastam dan Eksais Diraja telah bersetuju untuk membenarkan kajian ini dilaksanakan sebelum apa jua keputusan selanjutnya dibuat.”

“Pun begitu, terdapat kekeliruan sama ada isian semula prabayar akan kembali kepada kadar pra-GST bermula 1 Mei. Harus difahamkan, agak mustahil untuk pembekal perkhidmatan melaksanakan perubahan seperti yang diminta dalam masa dua hari. Keduanya, keputusan kajian belum lagi tercapai dan ianya terlalu awal untuk memutuskan apa-apa pada masa ini.”

Masalah untuk kembali kepada kadar pra-GST adalah kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem-sistem, bukan hanya di pihak pembekal perkhidmatan bahkan juga bagi ejen-ejen pihak ketiga seperti institusi kewangan, pembekal pembayaran elektronik, pasar-pasar raya, stesen minyak dan ejen-ejen jualan lain yang kesemuanya berjumlah lebih kurang 30,000.

Kos untuk melaksanakannya juga besar, baik bagi pembekal perkhidmatan mahupun ejen-ejen pihak ketiga. Tambahan lagi, stok baharu kad prabayar perlu dikeluarkan dan diagihkan ke seluruh negara.

“Kos-kos ini juga harus dipertimbangkan dengan teliti sebelum keputusan muktamad dibuat,” kata Dr Halim.

“Seperti yang dipersetujui oleh semua pihak sebelum ini untuk menunggu sehingga kajian selesai, MCMC menggesa agar keputusan lanjut terhadap perkara ini hanya dibuat setelah memberi pertimbangan sewajarnya dari segi implikasi teknikal serta kewangan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, isian semula prabayar akan terus dijual dengan GST ditambah kepada amaun isian semula. Contohnya, isian semula RM10.00 akan berharga RM10.60 termasuk GST.
Tamat
Sumber FB SKMM

Berita Terkini Penangguhan Jual Harga Asal Kad Prabayar - 30 April 2015
Keputusan mengenai harga kad tambah nilai prabayar telefon bimbit yang akan dijual semula pada harga asal seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), ditangguhkan. Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad, berkata ia selaras dengan pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memaklumkan bahawa kajian mengenai layanan cukai GST ke atas perkhidmatan kad prabayar masih dijalankan syarikat telekomunikasi.

Terkini 13 Mei 2015
Kerajaan hari ini mengumumkan pembelian kad prabayar tidak akan dikenakan caj barangan dan perkhidmatan, GST dalam tempoh enam bulan lagi.

Kenyataan itu dibuat setelah menerima pakai maklum balas orang ramai khususnya pengguna yang merasa terbeban dengan dengan caj berkenaan. Namun Shabery menegaskan caj GST akan dikenakan bila pengguna mengaktifkan kad prabayar mereka.
No comments :

Pahang Umum Cuti Peristiwa 5 Mei 2015

5 Mei 2015 Cuti Peristiwa Buat Pahang. Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob mengumumkan yang hari Selasa, 5 Mei 2015 adalah cuti peristiwa bagi membolehkan orang ramai keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin. Keputusan ini telah diputuskan dalam mesyuarat EXCO di Majlis Daerah Rompin di mana PRK Rompin 2015 bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasan Arifin dan calon PAS, Nazri Ahmad.

Tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin 
Hari Pengundian - 5 Mei 2015
Hari penamaan calon - 22 April 2015
Pengundian awal - 30 April 2015

Cuti Peristiwa 5 Mei 2015 Pahang
Tarikh PRK Parlimen Permatang Pauh 2015 Pulau Pinang
Hari Pengundian - 7 Mei 2015
Hari penamaan calon - 25 April 2015

Pengundian awal - 3 Mei 2015

Dipetik dari BH online, PRK Rompin diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor, pada 4 April lalu. Pada pilihan raya umum lalu, Jamaluddin menang dengan majoriti 15,114 undi menewaskan calon PAS, Nuridah Salleh. Seramai 53,294 pengundi membabitkan 52,744 pengundi biasa manakala 545 pemilih awal yang mengundi esok dan lima pengundi tidak hadir luar negara akan mengundi pada PRK Rompin.

No comments :

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (LPM) telah mengeluarkan Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk tahun 2015. Peperiksaan UPSR akan dilangsungkan selama 3 hari bermula dari 8, 9 dan 10 September 2015. UPSR, dahulunya Ujian Penilaian Sekolah Rendah merupakan peperiksaan yang dikhususkan dan diambil oleh pelajar-pelajar Tahun Enam pendidikan sekolah rendah.

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015 (Calon Biasa)
* Jadual boleh dimuat turun dengan klik LPM UPSR 2015
UPSR 2015
SELASA - 8 SEPTEMBER 2015
WAKTUKOD KERTASNAMA KERTASMASAJENIS KERTAS
815 - 905 Pagi011 *
021
031

Bahasa Melayu Pemahaman (SK)
Bahasa Melayu Pemahaman (SJKC)
Bahasa Melayu Pemahaman (SJKT)

50 MinitObjektif aneka pilihan
1005 - 1120 Pagi012 *
022
032
Bahasa Melayu Penulisan (SK)
Bahasa Melayu Penulisan (SJKC)
Bahasa Melayu Penulisan (SJKT)

1 Jam 15 MinitSubjektif
1220 - 100 Tengahari015/2
025/2
035/2
Mathematics Kertas 2 (SK)
Mathematics Kertas 2 (SJKC)
Mathematics Kertas 2 (SJKT)
40 MinitSubjektif
* Kertas ini juga diambil oleh calon SJK

RABU - 9 SEPTEMBER 2015
WAKTUKOD KERTASNAMA KERTASMASAJENIS KERTAS
815 - 915 Pagi015/1
025/1
035/1

Mathematics Kertas 1 (SK)
Mathematics Kertas 1 (SJKC)
Mathematics Kertas 1 (SJKT)

1 JamObjektif aneka pilihan
1030 - 1120 Pagi026

036
Bahasa Cina Pemahaman (SJKC)
Bahasa Tamil Pemahaman (SJKT)

50 MinitObjektif Aneka Pilihan
1215 - 130 Tengahari027
037

Bahasa Cina Penulisan (SJKC)
Bahasa Tamil Penulisan (SJKT)
1 Jam 15 MinitSubjektif

KHAMIS - 10 SEPTEMBER 2015
WAKTUKOD KERTASNAMA KERTASMASAJENIS KERTAS
815 - 930 Pagi018 *
028
038

Sains (SK)
Sains (SJKC)
Sains (SJKT)

1 Jam 15 minitObjektif aneka pilihan dan Subjektif
1030 - 1120 Pagi014/1
024/1
034/1
Bahasa Inggeris Kertas 1 (SK)
Bahasa Inggeris Kertas 1 (SJKC)
Bahasa Inggeris Kertas 1 (SJKT)

50 MinitObjektif aneka pilihan
1220 - 135 Tengahari014/2
024/2
034/2
Bahasa Inggeris Kertas 2 (SK)
Bahasa Inggeris Kertas 2 (SJKC)
Bahasa Inggeris Kertas 2 (SJKT)
1 Jam 15 MinitSubjektif
245 - 415 Petang013
023
033
Ujian Aptitud Tahun Enam (SK)
Ujian Aptitud Tahun Enam (SJKC)
Ujian Aptitud Tahun Enam (SJKT)
1 Jam 30 MinitObjektif Aneka Pilihan

Semoga berjaya. Doa menghadapi peperiksaan klik Doa Peperiksaan
No comments :

Jadual Perlawanan AFC Cup 2015 Pusingan Kedua

Jadual Perlawanan AFC Cup 2015 Pusingan Kedua. AFC Cup 2015 edisi ke-12 tahun 2015 kini memasuki perlawanan kelima peringkat kumpulan. AFC Cup atau dikenali sebagai Piala AFC 2015 adalah kejohanan kelab bola sepak Asia yang dianjurkan oleh Gabungan Bola Sepak Asia (AFC). Pasukan Al-Qadsia dari Kuwait adalah juara bertahan. Pada kejohanan AFC Cup 2015, Malaysia di wakili oleh dua pasukan iaitu, JDT (Juara Liga Super 2014) dan Pahang (Juara Piala FA 2014). 

afc cup 2015
Sebanyak 32 pasukan pasukan layak yang diletakkan dalam 8 kumpulan iaitu A hingga H. JDT diletakkan dalam kumpulan F manakala Pahang di Kumpulan G. JDT telah berjaya layak ke pusingan kedua (2nd round) setelah mengumpul 12 mata daripada 5 perlawanan dengan kemenangan terkini malam ini menewaskan East Bengal FC 1-0. Pahang pula masih bergelut dan akan bertemu dengan kelab Myanmar, Yadanarbon FC malam ini untuk misi mengutip 3 mata.

Berikut adalah jadual undian dan perlawanan AFC Cup 2015 Pusingan kedua seperti dipetik dari Laman Web Rasmi AFC.

CARTA KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN AFC CUP 2015
carta terkini afc cup 2015

JADUAL PERLAWANAN PUSINGAN KEDUA AFC CUP 2015 (ROUND OF 16)
* Jadual perlawanan sebenar akan diketahui selepas perlawanan peringkat kumpulan iaitu perlawanan keenam tamat. Jadual di bawah adalah berdasarkan kedudukan pasukan setakat 28 April 2015 jam 1130 malam.

Perlawanan Pada 26 Mei 2015       
Winner Group A  - Al Wahda vs  Al Qadisiya - Runner Up Group C


Winner Group C  - Istiqlol Dushanbe vs  Al Wehdat - Runner Up Group A


Winner Group E  - Persipura Jayapura vs  Pahang - Runner Up Group G


Winner Group G  - South China vs  Bengaluru - Runner Up Group E

Perlawanan Pada 27 Mei 2015       
Winner Group B  - Al Jazeera Amman vs  Al Kuwait - Runner Up Group D


Winner Group D - Al Jaish vs  Al Shorta - Runner Up Group B


Winner Group F - JDT  vs  Ayeyawady - Runner Up Group H


Winner Group H  - Persib Bandung  vs Kitchee - Runner Up Group F

Jadual Perlawanan AFC Cup 2015 Pusingan Kedua

No comments :

Siaran Langsung Pahang Vs Yadanarbon 29 April 2015 AFC Cup

Live Streaming Pahang Vs Yadanarbon FC 29 April 2015 AFC Cup. Pahang tiada pilihan lain kecuali perlu turun habis-habisan bagi meraih tiga mata penuh ketika berdepan wakil Myanmar, Yadanarbon FC dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC Cup 2015), di Stadium Darul Makmur malam esok. Perlawanan yang akan bermula jam 845 malam ini amat penting bagi skuad Tok Gajah kerana hanya kemenangan akan dapat melayakkan pasukan berkenaan untuk mara ke pusingan seterusnya. 

Pahang sekarang menduduki tangga kedua Kumpulan G dengan 4 mata sama dengan wakil Filipina, Global FC. Yadanarbon FC pula mengutip 3 mata dan perlu menang untuk menghidupkan peluang ke peringkat pusingan kedua AFC Cup 2015.
Live streaming Pahang Vs Yadanarbon FC

Untuk rekod, pada perlawanan yang berlangsung 15 April lepas, Pahang tewas 1-3 kepada South China, manakala skuad Tok Gajah itu kalah 0-1 kepada kelab sama pada 18 Mac lepas. Pahang hanya mencatat keputusan seri 0-0 berdepan Global FC pada 11 Mac lepas, dan menang 3-2 ke atas Yadanarbon FC, 25 Feb lepas.

Saksikan perlawanan ini secara langsung melalui rangkaian TV9 jam 845 malam, Khamis, 29 April 2015.

Link Live streaming - TV9


No comments :

Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat. Dipetik dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Tema Umum bagi Kertas 3 Sejarah SPM 2015 adalah : Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan, Persekutuan Malaysia berjaya dibentuk dan telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Malaysia terus maju walaupun masih banyak rintangan yang terpaksa dilalui.

TEMA 11: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA
MALAYSIA BERDAULAT
Tema ini memfokuskan konsep negara dan bangsa melalui rentetan peristiwa di Malaysia. Konsep pembinaan negara dan bangsa juga berlaku di Eropah melalui pembentukan negara Jerman dan Itali. Sejarah pembinaan negara Malaysia bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kesinambungan pembinaan negara dan bangsa Malaysia dapat dilihat dengan jelas pada zaman kerajaan Johor dan Terengganu dengan perlembagaan bertulisnya, kerajaan Kelantan dengan sistem Jemaah Menterinya dan Negeri Sembilan dengan prinsip demokrasi dan konsep persekutuan.
tema umum sejarah spm 2015 kertas 3
Kemuncak kesedaran tentang pembinaan negara dan bangsa dapat dilihat melalui penentangan terhadap Malayan Union 1946 yang membawa kepada penubuhan Persekutan Tanah Melayu 1948, kemunculan negara berdaulat pada 31 Ogos 1957 dan seterusnya pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Pengenalan kepada sistem pemerintahan dan pentadbiran yang cekap melalui demokrasi berparlimen telah memberi inspirasi untuk membangunkan ekonomi. Perpaduan negara dipupuk melalui ideologi dan dasar negara seperti  Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar
Pembangunan Nasional.

Kesedaran tentang Pembinaan Negara dan Bangsa
a.  Latar belakang konsep negara-bangsa: Pembinaan negara dan  bangsa Jerman dan Itali
b.  Kesultanan Melayu Melaka
c.  Warisan negeri-negeri Melayu
d.  Malayan Union 1946 dan Persekutuan Tanah Melayu 1948
e.  Kemunculan negara berdaulat 31 Ogos 1957
f.   Pembentukan Malaysia 16 September 1963
 

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Selepas Merdeka
a. Ciri-ciri demokrasi berparlimen
b. Kerajaan Persekutuan
c. Lambang-lambang negara
 

Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
a. Pembangunan ekonomi
b. Pembangunan dan perpaduan bangsa
 

Malaysia ke Arah Negara Maju
a.  Wawasan 2020


Memahami latar belakang pembinaan negara dan bangsa
Aras 1
•  Mentakrifkan konsep negara dan bangsa
•  Menyenaraikan ciri-ciri negara dan  bangsa
Aras 2
•  Menerangkan latar belakang pembinaan negara Jerman dan Itali
•  Menghuraikan ciri-ciri negara dan bangsa
Aras 3
•  Menilai kepentingan pembentukan  negara dan bangsa
• Membandingkan proses pembinaan negara dan bangsa kerajaan Madinah, Itali dan Jerman

Memahami ciri-ciri negara dan bangsa yang wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan negeri-negeri Melayu selepas Melaka
Aras 1
•  Menyenarai ciri-ciri asas negara dan bangsa pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
•  Menyatakan ciri-ciri warisan Kesultanan Melayu Melaka dalam undang-undang Kerajaan Johor dan Terengganu
•  Menyatakan Sistem Jemaah Menteri di Kelantan
•  Memerihalkan prinsip demokrasi dan konsep Persekutuan di Negeri Sembilan

Aras 2
•    Menghuraikan ciri-ciri negara dan bangsa yang diamalkan pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka
•    Membandingkan sistem pentadbiran yang diwarisi oleh negeri-negeri Melayu selepas Kesultanan Melayu Melaka

Aras 3
•     Menghuraikan ciri-ciri negara dan bangsa di negara kita yang diamalkan masa kini
•     Merasionalkan  ciri-ciri negara dan  bangsa yang terdapat pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka yang  diwarisi oleh  negeri-negeri Melayu
•     Membandingkan amalan demokrasi dalam adat pepatih dengan amalan demokrasi
masa kini 

Memahami proses  pembentukan Malayan Union dan Perlembagaan Tanah Melayu 1948 ke arah pembinaan negara dan bangsa
Aras 1
•     Menyatakan ciri-ciri Gagasan Malayan Union 1946 
•     Menceritakan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union 1946
•     Menyenaraikan bantahan orang Melayu, Raja-raja Melayu dan sokongan orang dagang kepada Malayan Union 1946
•    Menyenaraikan isi-isi Perjanjian Persekutuan 1948
•     Menyenaraikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam proses membentuk Persekutuan Tanah Melayu 1948
• Menyenaraikan langkah-langkah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Aras 2
• Menghuraikan isi-isi Perjanjian Malayan Union 1946 

• Menghuraikan sebab-sebab penentangan orang Melayu dan sokongan orang dagang kepada Malayan Union 1946
• Menghuraikan langkah-langkah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 (pembubaran Malayan Union 1946)
• Membincangkan peranan tokoh-tokoh utama dalam proses pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 


Aras 3
•    Menghubungkaitkan Malayan Union 1946 dengan pembinaan negara dan bangsa
• Menganalisis kepentingan Malayan Union 1946 kepada politik orang Melayu
• Menghuraikan kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembentukan negara dan bangsa
• Menghubungkaitkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dengan Perjanjian Merdeka 1957

Memahami usaha-usaha ke arah kemunculan negara dan bangsa yang berdaulat
Aras 1
•    Menyatakan maksud Sistem Ahli
•    Menyatakan hasil pakatan murni
•    Menyatakan syarat perjanjiaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
•    Menceritakan pergerakan politik di Sarawak dan Sabah
Aras 2
•    Menghuraikan kepentingan Sistem Ahli dan pakatan murni
•    Menghuraikan kepentingan pakatan murni
•    Menjelaskan usaha ke arah kemerdekaan negara
•    Menjelaskan senario pergerakan politik di Sarawak dan Sabah
Aras 3
•    Menghubungkaitkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dengan kedaulatan  negara dan bangsa
•    Membincangkan kepentingan kemunculan pergerakan politik di Sarawak dan Sabah ke arah pembentukan kerajaan negeri.

Memahami matlamat pembentukan Malaysia
Aras 1
•    Menyatakan idea pembentukan gagasan Malaysia
•    Menyenaraikan sebab pembentukan Malaysia
•    Menyatakan reaksi dalam negara terhadap pembentukan Malaysia
•    Menyatakan reaksi negara-negara luar  terhadap pembentukan Malaysia
•    Menyenaraikan syarat perjanjian Malaysia 1963
Aras 2
•    Menghuraikan sebab-sebab pembentukan Malaysia
•    Menyusun secara kronologi peristiwa pembentukan Malaysia
•    Menjelaskan reaksi negara luar terhadap pembentukan  Malaysia
Aras 3
•    Menganalisis usaha pemimpin negara menangani reaksi luar bagi mengekalkan negara Malaysia yang berdaulat

Memahami ciri-ciri Demokrasi Berparlimen di Malaysia
Aras 1
•   Mentakrif Demokrasi Berparlimen
•   Menyenaraikan ciri-ciri Demokrasi Berparlimen
•   Menjelaskan konsep keluhuran perlembagaan
•   Menyenaraikan kuasa Yang Di Pertuan Agong
•   Menyenaraikan badan-badan pemerintah dan fungsinya
•   Menyatakan proses pilihanraya
•   Menyatakan pihak yang terlibat dalam pilihanraya
•   Menyenaraikan parti politik yang ditubuhkan sehingga tahun 1963

Aras 2
•   Menjelaskan ciri-ciri Demokrasi Berparlimen
•   Menjelaskan kepentingan perlembagaan
•   Menjelaskan proses pindaan perlembagaan
•   Membandingkan fungsi badan-badan pemerintah
•   Menghuraikan proses pilihanraya
•   Menggalurkan perkembangan parti politik di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah selepas Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1963
Aras 3
•   Menjelaskan kepentingan pindaan perlembagaan
•   Merasionalkan perlembagaan memperuntukkan perkara-perkara yang tidak boleh dipersoalkan
•   Mewajarkan peranan rakyat dalam menentukan pemerintahan negara

Memahami bidang kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri

Aras 1
•  Menyatakan kerajaan persekutuan
•  Menyatakan senarai kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri
•  Menyatakan bidang kuasa senarai bersama
Aras 2
•  Menghuraikan bidang kuasa kerajaan pusat, kerajaan negeri dan senarai bersama  
Aras 3
•  Menghuraikan kepentingan kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri bagi mewujudkan sebuah kerajaan persekutuan yang kukuh
• Merasionalkan kepentingan pembahagian kuasa

Memahami kepentingan memartabatkan lambang-lambang negara
Aras 1
•   Menyenaraikan lambang- lambang negara
•   Menyatakan makna yang terdapat pada lambang-lambang negara
Aras 2
•   Mentafsir lirik lagu kebangsaan
•   Menghuraikan fungsi lambang-lambang negara
Aras 3
•   Mengaplikasikan cara-cara menghormati lambang- lambang negara
•   Menganalisis peranan lambang-lambang negara ke arah pengukuhan jati diri bangsa
Malaysia

Menilai rancangan-rancangan pembangunan ekonomi negara untuk kesejahteraan rakyat
Aras 1
• Menyenaraikan rancangan pembangunan ekonomi negara
• Menyatakan matlamat dan usaha-usaha yang dilaksanakan dalam Rancangan  Lima Tahun
• Menyatakan dasar-dasar ekonomi negara
Aras 2
• Menghuraikan matlamat dan usaha-usaha yang dilaksanakan dalam Rancangan Lima Tahun
•  Mengelaskan objektif, matlamat dan usaha-usaha yang dilaksanakan  dalam Dasar
Ekonomi Baru
•  Menjelaskan dasar-dasar Pembangunan Ekonomi Negara
Aras 3
• Membincangkan kejayaan Dasar Ekonomi Baru DEB) ke arah perpaduan dan kesejahteraan rakyat

Memahami usaha-usaha ke arah pembangunan dan perpaduan bangsa
Aras 1
•  Menyenaraikan usaha ke arah pembangunan dan perpaduan bangsa
•  Melafazkan prinsip-prinsip Rukun Negara
•  Menyatakan langkah-langkah ke arah pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan
•  Menyatakan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
•  Menyatakan kandungan penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan
•  Menyatakan prinsip-prinsip Dasar  Kebudayaan Kebangsaan
•  Menyatakan kepentingan sukan untuk perpaduan
Aras 2
•  Menghuraikan kepentingan prinsip-prinsip Rukun Negara
•  Menjelaskan kepentingan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 

•  Menjelaskan peranan Bahasa Kebangsaan, Kebudayaan Kebangsaan dan sukan ke arah membentuk perpaduan 
•  Menghuraikan langkah-langkah ke arah memartabatkan Bahasa Melayu
Aras 3
•  Mengupas prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai ideologi ke arah perpaduan

Memahami usaha Malaysia menghadapi cabaran kontemporari dan masa depan ke arah negara maju
Aras 1
•   Menyatakan matlamat Waw asan 2020
•   Menyenaraikan sembilan cabaran Wawasan 2020
•   Menyatakan usaha-usaha untuk mencapai matlamat Wawasan 2020
Aras 2
•   Menghuraikan sembilan cabaran Wawasan 2020
•   Menjelaskan usaha-usaha yang diambil untuk mencapai matlamat
•   Wawasan 2020
Aras 3
•  Membincangkan strategi Malaysia dalam menghadapi cabaran masa kini
•  Membincangkan tanggungjawab murid dalam merealisasikan Waw asan 2020

SUMBER

No comments :