Showing posts with label PT3. Show all posts
Showing posts with label PT3. Show all posts

Faktor-Faktor Dan Kesan Perjanjian Persekutuan 1895

Faktor-faktor Perjanjian Persekutuan 1895 dan kesan-kesannya. Berikut disertakan faktor-faktor termeterainya Perjanjian Persekutuan 1895 dan kesan-kesannya terhadap Negeri-negeri dan sultan. Diharap ianya dapat membantu pelajar dalam menyiapkan Tugasan PT3 2015 Sejarah.


Jawapan cadangan:

          Idea tentang pembentukan Persekutuan 1896 telah dicadangkan oleh Frank Swettenham. Persekutuan bermaksud satu sistem pemerintahan yang menggabungkan beberapa buah negeri bebas menjadi satu unit politik yang baru di bawah pentadbiran kerajaan pusat. Menurut Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani pada 1 Julai 1895, Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB). 
tugasan pt3 2015

Tidak dinafikan Sistem Residen telah membawa kemajuan politik, ekonomi, dan sosial di negeri-negeri Melayu. Namun, kemajuan yang dicapai tidak menyeluruh kerana corak pentadbiran yang berbeza. Dengan penubuhan Persekutuan, diharapkan masalah ini dapat diatasi. Hakikatnya, penubuhan Persekutuan 1895 merupakan helah British untuk mengurangkan kuasa raja-raja Melayu dan mengukuhkan kedudukannya ke atas negeri-negeri Melayu. Terdapat beberapa faktor utama yang mendorong British untuk menubuhkan Persekutuan 1896 dan penubuhan ini turut mengakibatkan beberapa kesan.



          Antara faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 ialah masalah kewangan Pahang. British telah campur tangan di Pahang kerana menyangka negeri itu mempunyai banyak hasil bumi seperti emas dan bijih timah. Setelah menduduki Pahang, barulah British sedar beberapa kelemahan Pahang iaitu kedudukan Pahang yang sukar dihubungi dari laut selama enam bulan, iaitu semasa musim tengkujuh (November hingga Mac). Selain itu, Pahang juga sukar dihubungi oleh jalan darat kerana terhalang oleh Banjaran Titiwangsa. Selain itu, Pahang tidak mempunyai hasil bijih timah yang banyak. British mendapati hasil emas sudah habis kerana telah sekian lama dilombong oleh orang Melayu, Cina, dan Siam. Tambahan pula, tidak banyak orang Cina yang menetap di Pahang. Jadi kerajaan British kurang mendapat hasil cukai daripada candu, judi, dan arak. 

               Kerajaan British mengalami masalah kewangan yang kritikal setelah menduduki Pahang kerana Pahang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, tambahan pula British terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membangunkan Pahang. Seterusnya, kerajaan British terpaksa meminjam wang daripada NNS bagi membiayai kos pentadbiran Pahang. Pada tahun 1892, hutang Pahang berjumlah $ 610 000. NNS sudah tidak mampu lagi untuk memberi pinjaman kepada British untuk membiayai Pahang kerana sedang mengalami zaman kemelesetan. NNS telah mencadangkan agar Pahang meminjam wang daripada Selangor dan Perak. Kewangan British di Pahang bertambah teruk apabila terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk mengatasi penentangan masyarakat tempatan yang diketuai oleh Dato’ Bahaman. Walaupun menghadapi masalah kewangan yang serius di Pahang, kerajaan British tidak mahu menarik diri dari Pahang kerana tidak mahu imejnya terjejas. British juga tidak mahu kuasa Barat seperti Jerman dan Perancis menduduki Pahang. Dengan pembentukan Persekutuan, diharap negeri-negeri Melayu yang kaya seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Perak boleh memberi bantuan kewangan kepada Pahang. Dengan cara ini, masalah kewangan Pahang dapat diatasi.



          Selain itu, faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 seperti kelemahan Sistem Residan. Kerajaan British menyedari  bahawa Sistem Residan mempunyai beberapa kelemahan. Ini dibuktikan oleh penentangan masyarakat tempatan yang berlaku di Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan. Selain itu, kemajuan setiap negeri di bawah Sistem Residen tidak seragam. Terdapat negeri yang berkembang pesat tetapi terdapat juga negeri yang masih mundur dan mengalami banyak masalah. Keadaan ini bergantung kepada kebolehan dan kecekapan seseorang residen itu. Selain itu, kerajaan British mahu mengurangkan kuasa Residen. 

Setelah Sistem Residen dilaksanakan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan, residen merupakan individu yang berkuasa menentukan politik dan ekonomi di negeri masing-masing. Walaupun residen dikehendaki selalu merujuk kepada gabenor mengenai pentadbiran negeri masing-masing, tetapi gabenor tidak dapat mengawal tindakan residen. Pada tahun 1890-an, keempat-empat negeri tersebut terpisah dengan sendirinya di bawah residen. Walaupun ditubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri, tetapi Majlis Mesyuarat Negeri tidak berkuasa menyekat kehendak dan kuasa residen. Penubuhan Persekutuan 1896 diharap dapat mengurangkan kuasa mutlak residen.



          Faktor pembentukan Persekutuan 1896 lain pula adalah menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran. Sistem Residen menunjukkan bahawa setiap residen mentadbir negeri dengan cara berbeza. Hal ini disebabkan kerajaan British tidak menyediakan garis panduan tentang bidang kuasa residen. Maka, wujudlah ketidakseimbangan dalam pentadbiran. Akibatnya, ada negeri-negeri yang kaya dan ada negeri yang miskin. Kemajuan atau kemunduran sesebuah negeri bergantung kepada inisiatif dan sikap residen. Kerajaan British cuba mewujudkan keseragaman dalam perundangan, sistem pungutan cukai, pertanian, perhubungan, perlombongan, dan kesihatan di negeri-negeri Melayu. 

Dengan penubuhan Persekutuan, diharapkan dapat mewujudkan satu sistem pentadbiran yang selaras di bawah kawalan residen jeneral. Penyeragaman bidang pentadbiran akan mempercepat pembangunan ekonomi dan menjimatkan perbelanjaan. Sistem perhubungan seperti jalan raya dan jalan kereta api tidak berkembang maju di negeri-negeri Melayu. Melalui Persekutuan, diharapkan sistem pengangkutan dapat dimajukan. British akan mendapat faedah apabila terdapat sistem jalan raya dan jalan kerata api menghubungkan antara negeri-negeri Melayu yang terlibat. Sistem pengangkutan yang baik antara negeri dapat memudahkan dan mempercepat proses penghantaran hasil bumi ke pelabuhan untuk dieksport.



          Selain daripada itu, faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 juga memperlihatkan pertahanan dan keselamatan. Kerajaan British mahu mewujudkan satu pasukan keselamatan yang bertujuan untuk mempertahankan negeri-negeri Melayu daripada ancaman di dalam dan di luar negeri. Semasa berlaku penentangan masyarakat tempatan di Pahang dan Perak, British terpaksa meminta bantuan tentera daripada Singapura, Hong kong, dan India. Oleh itu, British terpaksa mengeluarkan wang untuk mengupah tentera tersebut. Kewujudan pasukan tentera Persekutuan British telah memudahkan pentadbiran British kerana tentera ini dapat mempertahankan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan negeri-negeri lain sekiranya berlaku penentangan dan peperangan.



          Pembentukan Persekutuan turut memberikan beberapa kesan. Antara kesan-kesan pembentukan Persekutuan 1896 ialah pemusatan kuasa residen jeneral. Dalam Sistem Persekutuan, residen jeneral merupakan ketua kerajaan pusat yang mempunyai kuasa penuh dalam bidang pentadbiran di NNMB. Residen jeneral akan membuat semua keputusan-keputusan penting terutamanya dalam soal kewangan. Sultan-sultan dan residen-residen diarahkan supaya meminta nasihat residen jeneral dan mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan terutamanya yang berkaitan soal pentadbiran. Residen jeneral telah menubuhkan beberapa buah jabatan kerajaan untuk menyelaraskan pentadbiran. Residen jeneral telah melantik pengawai-pengawai British untuk berkhidmat dalam Jabatan Persekutuan. Sistem Persekutuan ini tidak berjaya untuk membahagikan kuasa di antara kerajaan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Negeri kerana residen jeneral mempunyai kuasa penuh.



          Kesan-kesan lain seperti kemerosotan kuasa sultan, residen, dan Majlis Mesyuarat Negeri. Pemusatan kuasa di tangan residen jeneral menyebabkan kuasa raja-raja Melayu di NNMB semakin berkurangan. Pada mulanya, sultan-sultan bersetuju menandatangani Perjanjian Persekutuan 1896 kerana mereka berharap kuasa mereka yang diambil oleh residen akan dikembalikan. Namun, selepas beberapa tahun Persekutuan dilaksanakan, barulah sultan-sultan sedar bahawa kuasa mereka semakin kurang kerana berlaku pemusatan kuasa di tangan residen jeneral pula. Sultan mesti menerima semua nasihat residen dalam hal ehwal pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan adat resam dan agama Islam. Sultan tidak mempunyai hak dalam pentadbiran. Sultan hanya berperanan menandatangani rang undang-undang yang telah dipersetujui oleh residen jeneral sahaja. Residen British juga kehilangan kuasa kerana terpaksa menerima semua arahan daripada residen jeneral, tugas-tugas residen telah diagihkan kepada Jabatan Persekutuan yang ditubuhkan. Majlis Mesyuarat Negeri juga tidak berfungsi sepenuhnya kerana hanya meluluskan undang-undang yang telah ditetapkan oleh residen di Kuala Lumpur.



          Seterusnya, pemusatan dan penyelarasan pentadbiran melalui Persekutuan 1896 telah menunjukkan kejayaan dalam bidang pentadbiran dan pembangunan ekonomi. Kemajuan ekonomi dapat dicapai dengan adanya sistem cukai yang seragam dan sistem perhubungan yang baik. Keadaan ini telah menarik lebih ramai pelabur-pelabur menanam modal dalam perusahaan bijih timah dan getah.



          Kesimpulannya, pembentukan persekutuan 1896 sememangnya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul seperti masalah kewangan Pahang, masalah kelemahan sistem residen, masalah dalam pentadbiran dan juga untuk mengatasi masalah pertahanan dan keselamatan. Pembentukan Persekutuan 1896 turut memberi beberapa kesan seperti kuasa para residen British, sultan, dan pembesar Melayu dikurangkan.

SUMBER - SCRibd

Berikut disertakan bahan rujukan untuk panduan pelajar semua :-

Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 2 Bab 2
Nota Sejarah Tingkatan 2 - Bab 2 by Zulkifle Mohamed


Kerja Kursus Sejarah PT3 2015 Perjanjian Persekutuan 1895

Kerja Kursus Sejarah PT3 2015 Perjanjian Persekutuan 1895. Berikut disertakan bahan-bahan rujukan yang bersesuaian dalam membantu pelajar untuk membuat tugasan kerja kursus Sejarah PT3 2015 - Perjanjian Persekutuan 1895.

Untuk tugasan PT3 Sejarah 2015 kali ini, pelajar dikehendaki untuk membuat kajian dan menghasilkan laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan berdasarkan petikan yang diberi.
Perjanjian Persekutuan 1895

Soalan Tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2015
Tajuk kajian tidak disediakan, Sila gunakan kreativiti anda untuk mengolah berdasarkan petikan dokumen Persetiaan Persekutuan 1895, sila buat kajian dan hasilkan laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.
 

Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek-aspek utama berikut:

(a) Tajuk rencana

(b) Nama penulis - Nama Kita

(c) Isi kandungan -
bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki

  • 1) Pengenalan - Latar belakang Persetiaan Persekutuan 1895 (Kenapa dan bagaimana perjanjian ini di buat)
  • 2) Faktor Pemeterian - Sila nyatakan 4 faktor punca atau sebab berlakunya Persetiaan Persekutuan 1895
  • 3) Kesan - Sila nyatakan 4 kesan persetiaan Persekutuan terhadap Ngeri-Negeri Melayu
  • 4) Hubung kait pembentukan persekutuan dan Kedaulatan Malaysia
(d) Menyenaraikan sumber rujukan - buku/ internet/ akhbar/ majalah


Berikut disertakan bahan rujukan untuk panduan pelajar semua :-




Faktor Terjadinya Perjanjian Persekutuan 1895

Faktor Terjadinya Perjanjian Persekutuan 1895. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) telah dibentuk melalui Perjanjian Persekutuan 1895 tetapi dikuatkuasakan pada tahun 1896. 4 buah negeri iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) di mana pusat pentadbiran terletak di Kuala Lumpur.

Perjanjian Persekutuan 1895
Berikut adalah diantara faktor-faktor terjadinya Perjanjian Persekutuan 1895 :-
(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen
  • Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas
  • Residen menjadi terlalu berkuasa
  • Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang- undang sendiri
  • Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen
(ii) Krisis Kewangan Pahang
  • Perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British
  • Jika pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor masalah dapat diringankan
(iii) Perkongsian Perkhidmatan Pakar
  • Menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor
(iv) Sistem Perhubungan
  • Sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan
(v) Faktor Keselamatan
  • Mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan


Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895

Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895. Satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan 1895 telah ditandatangani di antara Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith bagi pihak Kerajaan British dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris, Perak; Sultan Suleiman, Selangor; Sultan Mahmud, Pahang; dan Yam Tuan Besar Sri Menanti, Dato Bandar Sungai Ujong, Undang Johol, Undang Rembau dan Tengku Dewa Tampin. 
PANDUAN CARA BUAT KAEDAH KAJIAN TUGASAN KERJA KURSUS SEJARAH PT3 2015 KLIK Perjanjian Persekutuan 1895

Menurut Perjanjian Persekutuan 1895 ini, Raja-Raja yang berkenaan bersetuju menempatkan diri mereka dan negeri-negeri mereka di bawah lindungan Kerajaan British dan menjadikan negeri-negeri mereka satu persekutuan yang akan dikenali sebagai Protected Malay States yang akan ditadbirkan dengan nasihat dari Kerajaan British.  Faktor-faktor termeterai Perjanjian Persekutuan 1895 ini ada diterangkan di Terjadinya Perjanjian Persekutuan 1895.

Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895
Latar Belakang Perjanjian Persekutuan 1895
Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. 

Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan. 

Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat. 4 buah negeri iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) di mana pusat pentadbiran terletak di Kuala Lumpur. NNMB diketuai oleh Residen Jeneral di mana Jawatan Residen masih kekal di negeri masing-masing. Frank Swettenham adalah Residen Jeneral Pertama NNMB dari tahun 1896 hingga 1900.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah sebuah sistem persekutuan untuk empat negeri Semenanjung Tanah Melayu iaitu Pahang, Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Sistem ini dilaksanakan oleh pihak British pada tahun 1895 dan ia bertahan sehingga tahun 1946, apabila ia bersama-sama dengan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan bagi membentuk Malayan Union. 

Dua tahun kemudian, Malayan Union dibatalkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. Akhirnya pada tahun 1963, Malaysia diasaskan dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura.
 
Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895:


1.         Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan digabungkan sebagai persekutuan yang dikenali sebagai “Ngeri-negeri Melayu Bersekutu”. Persekutuan menjadi negeri lindungan British di mana hal ehwalnya dikuasai oleh British.

2.         Perjanjian ini mengesahkan semua perjanjian yang ditandatangani di antara keempat-empat negeri itu.

3.         Kuasa Sultan hanya terhad ke atas negeri tersebut. Sultan tidak boleh mengadakan hubungan dengan kuasa lain tanpa kebenaran British.

4.         Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral.

5.         Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan.

6.         Residen akan menjalankan pentadbiran mengikut arahan kerajaan pusat.

7.         Beberapa jabatan persekutuan akan ditubuhkan.

8.         Kuala Lumpur menjadi ibu negeri.

9.         Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menubuhkan pasukan tentera untuk menjaga keamanan persekutuan dan Negeri-negeri Selat jika diperlukan.

10.     Kerjasama antara negeri akan dijalankan dalam politik, ekonomi dan sosial.

11.     Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi digubal oleh pegawai persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang.

12.     Majlis Mesyuarat Raja-raja akan ditubuhkan.

13.     Majlis Mesyuarat Persekutuan yang menjadi badan pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan ditubuhkan.

14.     Tiada syarat dalam perjanjian ini yang bertujuan mengurangkan kekuasaan dan kewibawaan Sultan.


Struktur Pentadbiran Persekutuan 1896 (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu)
Pesuruhjaya Tinggi British
(Gabenor Negeri-Negeri Selat (NNS) di Singapura)

Residen Jeneral
(berpusat di Kuala Lumpur dan tinggal di Carcosa tahun 1898)

Residen
Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1896Kesan-kesan

1.         Politik

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan. Keamanan dan peraturan yang stabil dan menyeluruh berjaya diwujudkan di seluruh persekutuan. Perkara yang berkaitan dengan persekutuan seperti sistem pentadbiran, cukai, keadilan, Undang-undang Tanah dapat disatu dan diselaraskan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat, khususnya arahan Residen Jeneral yang mengenai persekutan. Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan, polism kastam, perhutanan, hal-ehwal orang Cina, kerja raya, keretapi ditubuhkan. Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral pertama pada 1 Julai 1896. Negeri-negeri Melayu Bersekutu bukan merupakan sebuah persekutuan dalam erti kata sebenarnya lebih merupakan kesatuan politik. Semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat khususnya Residen Jeneral yang berkuasa penuh dalam semua hal-ehwal termasuk kewangan. Punca utama hasil (duti eksport) juga dibawah kawalan kerajaan pusat. Tiada pembahagian antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kerajaan negeri hanya mengikut arahan pusat dalam menjalankan pentadbiran. Penubuhan Jabatan Persekutuan menyebabkan tumpuan besar ke atas kerajaan pusat. Jabatan negeri mengikut arahan jabatan pusat.

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan Residen Jeneral muncul sebagai orang paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahannya. Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal kuasanya. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran negeri. Gabenor Negeri-negeri Selat yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan juga tidak dapat mengawal kuasa Residen Jeneral kerana beliau berada di Singapura untuk mentadbir Negeri-negeri Selat. Selain itu, sudah menjadi kecenderungan Residen Jeneral menjalankan pentadbiran tanpa merujuk kepada Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang diharap mengawal kuasa Residen Jeneral tidak ditubuhkan sehingga tahun 1909.

Penubuhan persekutuan juga menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran. Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal agama Islam dan adat resam Melayu. Residen tidak lagi bebas menjalankan pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi undang-undang digubal oleh Pegawai Persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang. Majlis Mesyuarat Negeri tiada kuasa pembatal dan terpaksa meluluskan undang-undang yang dipersetujui. Penubuhan Jabatan Persekutuan telah menyebabkan lebih ramai Pegawai British yang diambil tugas. Keadaan ini menunjukkan seolah-olah Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditadbir secara langsung oleh British. Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan, contohnya, dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja Kedua di Kuala Lumpur pada tahun 1903, Sultan Idris (Perak) telah mengecam hebat pemusatan kuasa dan mendesak diambil langkah melaksanakan desentralisasi (pengagihan kuasa) bagi mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan Idris juga mendesak lebih ramai orang Melayu dilantik dalam jabatan persekutuan. Penubuhan persekutuan membolehkan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bertemu dan berbincang bersama-sama kepentingan bersama dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja sejak tahun 1897 dan Majlis Mesyuarat Persekutuan sejak 1909.

2.         Ekonomi
Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan kestabilan politik telah membawa kepada kestabilan ekonomi. Keseragaman dan kecekapan, keamanan dan keaturan serta pentadbiran yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil persekutuan dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya. Keadaan politik dan peluang-peluang ekonomi telah menggalakkan pelabur-pelabur dari Negeri-negeri Melayu atau Seberang Laut untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi, khususnya bijih timah dan getah. Kedatangan mereka telah menyebabkan berlakunya pertambahan hasil di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, contohnya hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1896 berjumlah $8.5 juta telah meningkat kepada $24 juta pada tahun 1909. Pembinaan sistem jalan raya dan jalan keretapi terutamanya yang menghubungkan negeri telah memajukan lagi kegiatan ekonomi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1904, sudah terdapat jalan raya sepanjang 2400 km dan jalan keratapi sepanjang 340 batu. Pada tahun 1903, terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan disambungkan ke Johor Bahru pada tahun 1909.

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan bijih timah dan getah. Buktinya pada tahun 1889 eksport bijih timah Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan berjumlah 20000 tan. Pada tahun 1904, eksport bijih timah persekutuan ialah 70000 tan. Selepas penubuhan persekutuan, orang-orang Eropah mula mengambil alih penguasaan ke atas perlombongan-perlombongan bijih timah yang dikuasai oleh orang-orang Cina. Begitu juga dengan perusahaan getah yang semakin berkembang selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar, 1905 – 50 ribu ekar dan 1909 meningkat kepada 200 ribu ekar yang ditanami getah.

3.         Sosial
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya mewujudkan keamanan dan peraturan. Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi undang-undang telah menggalakkan imigran Cina dan India, lebih-lebih lagi terdapat peluang dalam perkhidmatan persekutuan dan perkembangan bijih timah. Kedatangan imigran telah menyebabkan pertambahan penduduk di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Selain itu, kedatangan imigran juga mewujudkan masyarakat majmuk. Orang-orang Cina dan India adalah masyarakat yang berasingan dan tidak dapat mengasimilasikan diri dalam masyarakat Melayu. Penubuhan pesekutuan menyebabkan perutmbuhan dan perkembangan bandar-bandar seperti Taiping, Kuala Lumpur, Kelang dan lain-lain lagi.

Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan, kesihatan, pelajaran dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kemudahan sosial itu mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia disediakan di kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi. Pada tahun 1909, terdapat 52 buah klinik di persekutuan dan 1904 kemudahan perhubungan diadakan (2400 km jalan raya dan 340 batu jalan keretapi). Dalam bidang pelajaran, banyak sekolah-sekolah didirikan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1907, terdapat 266 buah sekolah Melayu, 1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911, 50 buah sekolah Cina. Selain itu, terdapat sekolah Inggeris yang didirikan oleh kerajaan dan mubaligh. Pada tahun 1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar dibina khas untuk anak-anak golongan bangsawan. Pada tahun itu, kerajaan membina maktab teknik di Kuala Lumpur untuk menyediakan tenaga mahir bagi Jabatan Kerja Raya dan keretapi.


Kesan-Kesan Akibat Kuasa Sultan Dikurangkan
  • Sultan-sultan NNMB tidak puas hati. Tahun 1897 British bersetuju menubuhkan DURBAR iaitu Persidangan Raja-Raja Melayu bagi mengatasi masalah
  • Ahli-ahli Durbar ialah;
  1. Pesuruhjaya Tinggi
  2. Raja-Raja Melayu
  3. Residen Jeneral
  4. 4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)
  •  Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak
  •  Durbar kedua didakan pada tahun 1903 di Kuala Lumpur
BAHAN RUJUKAN
Berikut disertakan bahan rujukan untuk panduan pelajar semua :-



Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi Tugasan Geografi PT3 2015

Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi Tugasan Geografi PT3 2015. Calon peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2015 kali ini dikehendaki membuat tugasan berkenaan Kegiatan Ekonomi. Objektif pertama kajian dalam membuat Tugasan Geografi PT3 tahun 2015 adalah mentakrifkan kegiatan ekonomi. Takrifan kegiatan ekonomi boleh dirujuk pada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) seperti di bawah.
kegiatan ekonomi
Takrifan Kegiatan Ekonomi (Mengenalpasti, menentukan atau menyatakan)
  • Menurut Buku Teks Tingkatan 3 muka surat 114, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu Telok Panglima Garang.  Antaranya adalah perniagaan, pertanian dan perindustrian. 
  • Rujukan : Abd Rahim Md Nor, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3. Selangor. Cerdik Publications Sdn Bhd.
  • Menurut BusinessDictionary.com, kegiatan ekonomi ditakrifkan sebagai aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengedaran dan penggunaan barangan, dan perkhidmatan di semua peringkat dalam masyarakat.
  • Rujukan : http://www.businessdictionary.com/

Contoh Lengkap Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi (5 Markah)

Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti individu yang boleh mendatangkan hasil pendapatan serta menjana sumber kewangan. Dalam erti kata lain, Kegiatan ekonomi boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia yang boleh mendatangkan nilai dan pendapatan (1 Markah). Kegiatan ekonomi utama di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga sektor antaranya adalah sektor Primer, Sekunder dan Sektor Tertier (1 Markah). Contoh Sektor sekunder meliputi aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan/ pembalakan dan perlombongan (1 Markah). Manakala sektor sekunder merangkumi perindustrian seperti aktiviti pengeluaran atau pengilangan (1 Markah). Sektor tertier pula merangkumi Pelancongan, Pendidikan, Perdagangan, Pengangkutan dan kewangan (1 Markah).

Contoh Borang soal selidik Kajian Ekonomi klik Tugasan PT3 

Konsep kegiatan ekonomi
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinasikan bahawa kegiatan ekonomi sebagai perkara-perkara atau aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat.    Terdapat banyak jenis-jenis kegiatan ekonomi,antara contoh-contoh kegiatan ekonomi ialah perniagaan,perikanan,penternakan dan lain-lain.

Tips Dan Panduan Lengkap Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi

Tips Dan Panduan Lengkap Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi. Berikut disertakan tips dan cara membuat Tugasan Geografi PT3 2015 - Kegiatan Ekonomi yang mempunyai 4 perkara utama berikut beserta dengan jumlah markah  mengikut perkara yang perlu dibuat :

1) Perancangan - Contoh Konsep dan Takrifan
2) Mengumpul maklumat - Contoh Borang soal selidik
3) Menghuraikan keputusan dan cadangan - contoh Tugasan geografi di Sample PT3
4) Penilaian umum  


Untuk contoh panduan jawapan tugasan sila klik Tugasan PT3 2015 Geografi - Kegiatan Ekonomi
Tips buat Kegiatan Ekonomi pt3 2015
Panduan Lengkap Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi
SKEMA PEMARKAHAN Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi

PERKARAHURAIAN
1- Jadual Kerja- Menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh
- Pengagihan Kerja
- Objektif Kajian
- Penentuan kaedah kajian
(10 markah)
2Mengumpul maklumat menggunakan kaedah yang sesuai. Memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber- Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan
- Borang Soal selidik- Keseluruhan data dan maklumat adalah relevan dan asli
- Data
- Cadangan
- Potensi
(20 markah)
3(a) Konsep (5 markah)- Menghuraikan konsep dengan tepat dan betul beserta contoh
(b) i. Jadual (8 markah)- Jadual mengikut susunan yang betul dan lengkap
- Data
- Tajuk
- Sumber
ii) Grafik (10 markah)- Graf dibina lengkap dan tepat besera tafsiran
- Tajuk
- Petunjuk
- Label Paksi
- Skala
- Plotan
- Tafsiran
c) Cadangan (20 markah)- Menghuraikan tiga atau lebih cadangan relevan dan tepat
- Fakta
- Huraian
- Contoh
d) Potensi (20 markah)- Memberikan pendapat secara kreatif dan kritis serta rasional
- Fakta
- Huraian
- Contoh
- Idea kreatif dan kritis
- Rasional
4Penilaian Umum (2 markah)- Kemas, tersusun dan penggunaan bahasa yang gramatis

Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi

Tugasan Geografi PT3 2015 Kajian Lapangan Kegiatan Ekonomi. Untuk tugasan Geografi PT3 tahun 2015, pelajar PT3 adalah dikehendaki untuk menjalankan kajian lapangan berkenaan dengan pekerjaan penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomi di sekitar kawasan tempat tinggal atau sekolah pelajar.

Tempoh pelaksanaan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi adalah bermula dari 21 Jun hingga 3 Julai 2015.  Kajian lapangan pelajar hendaklah merangkumi perkara berikut:
  • a) Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.
  • b) Latar belakang kegiatan ekonomi di kawasan tersebut dan persembahan  grafik yang sesuai tentang pekerjaan penduduk di  kawasan kajian tersebut.
  • c) Cadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut.
  • d) Kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan kajian anda dan alasannya.
Kegiatan Ekonomi
Berikut disertakan senarai Contoh Panduan Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi

    SKEMA PEMARKAHAN TUGASAN GEOGRAFI PT3 2015 KEGIATAN EKONOMI
    perkara penting tugasan geografi pt3 2015

    Contoh Borang Soal Selidik Tugasan Geografi PT3 2015

    Contoh Borang Soal Selidik Tugasan PT3 Geografi 2015. Untuk tugasan Geografi PT3 tahun 2015, pelajar PT3 dikehendaki menjalankan kajian lapangan tentang pekerjaan penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomi  di  sekitar tempat  tinggal / sekolah calon.

    Kajian lapangan "Kegiatan Ekonomi" Tugasan Geografi PT3 2015 tersebut haruslah merangkumi perkara berikut:

    a) Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.
    b) Latar belakang kegiatan ekonomi di kawasan tersebut dan persembahan grafik yang sesuai tentang pekerjaan penduduk di  kawasan kajian tersebut.
    c) Cadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk  di kawasan tersebut.
    d) Kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan kajian  anda dan alasannya.

    Tugasan PT3 Geografi 2015
    CONTOH Borang Soal Selidik Tugasan PT3 2015 Geografi
    CONTOH 1SMK (nama sekolah)
    PT3 Geografi 2015
    Borang Soal Selidik

    NAMA                :          ________________________________________
    UMUR                :          _______________________________________
    NO. KP              :          ________________________________________
    ALAMAT             :          _________________________________________

    1.          Nyatakan pekerjaan anda.
                 ..................................................................................................................

    2.          Cadangkan  usaha untuk menambah pendapatan penduduk di kawasan kajian (peluang sedia ada yang boleh diusahakan oleh penduduk)
    a)     ........................................................................................................
    b)     ........................................................................................................
     

    3.          Nyatakan potensi kegiatan ekonomi yang boleh dimajukan di kawasan kajian  (peluang yang belum wujud lagi, tapi ada potensi menyediakan peluang pekerjaan)
    a)     ........................................................................................................
    b)     ........................................................................................................
    c)     ........................................................................................................
     

    4.            Mengapa anda kata sedemikian? (alasan bagi soalan 4)
    a)       ......................................................................................................
    b)       ......................................................................................................
    c)       ......................................................................................................


    Kredit Geografi PT3 dan SPM

    CONTOH 2
    Borang Kaji Selidik
    Tugasan Geografi Tingkatan 3

    Tajuk : Kegiatan Ekonomi di (Masukkan tempat kajian anda)

    ARAHAN: TANDAKAN (/) MANA YANG BERKENAAN

    BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN


    1. NAMA PENUH   : _______________
    2. JANTINA          : [  ] LELAKI  [ ]WANITA
    3. UMUR              : _______
    4. BANGSA          : [ ] MELAYU
                                [  ] CINA
                                [  ] INDIA
                                [  ] LAIN-LAIN, NYATAKAN: _______
    5. PEKERJAAN: ____________

    BAHAGIAN B: KEGIATAN EKONOMI

    1. Pada pendapat anda, apakah kegiatan ekonomi utama di kawasan anda?
    [  ] Pertanian
    [  ] Perlombongan
    [  ] Pendidikan
    [  ] Pelancongan
    [  ] Pembalakan

    BAHAGIAN C: SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI

    1. Pada pendapat anda, apakah sumbangan kegiatan ekonomi di tempat anda?
    [  ] Peluang kerja
    [  ] Peningkatan taraf hidup
    [  ] Pendapatan
    [  ] Meningkatkan taraf sosial masyarakat

    BAHAGIAN D: KESAN KEGIATAN EKONOMI

    1. Pada pendapat anda, apakah kesan kegiatan ekonomi di tempat anda?
    [  ] Pencemaran
    [  ] Kepupusan sumber mentah
    [  ] Peningkatan populasi mendadak
    [  ] Perubahan landskap

    BAHAGIAN E: CARA MENGATASI KESAN KEGIATAN EKONOMI

    1. Pada pendapat anda, apakah cara mengatasi kesan kegiatan ekonomi?
    [  ] Kempen
    [  ] Kuat kuasa undang-undang
    [  ] kitar semula

    Nama responden : ____________        Tandatangan : __________________
    Tarikh: ______________


    Borang soal selidik boleh di muat turun di Borang Soal Selidik Geografi PT3 2015


    CONTOH 3

    Contoh Borang Soal Selidik Tugasan Geografi PT3 2015

    CONTOH 4

    Contoh Borang Soal Selidik Tugasan Geografi PT3 2015