Showing posts with label MAKANAN. Show all posts
Showing posts with label MAKANAN. Show all posts

Senarai Buffet Ramadhan Buka Puasa 2015 Di Johor Bahru

Senarai Lokasi Buffet Ramadhan Buka Puasa 2015 Di Johor Bahru. Keindahan dan suasana Bandaraya Johor Bahru atau JB kini tidak seperti dahulu lagi. JB kini mengalami pembangunan yang amat pesat sekali seiring dengan pembangunan di KL dan Penang terutama di kawasan persisir pantai sepanjang Selat Tebrau merangkumi Danga Bay hingga Stulang dan Senibong. 

Kepesatan JB juga mewujudkan hotel baru yang menarik dan tempat makanan/ restoran yang menawarkan makanan pelbagai jenis tidak terkecuali makan tradisional Johor seperti Mee Rebus, Laksa Johor, Mee Bandung dan sebagainya.
Buffet Ramadhan Buka Puasa 2015 Di Johor Bahru
Sempena bulan Ramadhan yang mulia, berikut disertakan Senarai Lokasi Buffet Ramadhan Berbuka Puasa 2015 Di Johor Bahru untuk panduan bagi mereka yang berhajat berbuka di luar bersama keluarga, rakan-rakan atau rakan perniagaan.





NOHotel / RestoranHarga Dewasa (RM)Harga Kanak-Kanak (RM)No TelLaman Web / Facebook
1Grand Paragon Hotel, Jalan Harimau Taman Century95 nett48 nett07-268 5222 ext 5326/ 5252Grand Paragon Hotel
2M-Suite Hotel, Jalan Skudai96 nett46 nett07-22 11 000M-Suite Hotel
3Mutiara Hotel Johor Bahru, Jalan Dato Sulaiman, Tam Century105 nett60 nett07- 330 0300Mutiara Hotel JB
4Silka Hotel, Jalan Masai Lama, JB663307-360 1000Silka Hotel
5KSL Hotel & Resort, Taman Century95 nett45 nett07 - 288 2688KSL Resorts
6Berjaya Waterfront Hotel, Stulang Laut, JB99 nett50 nett07- 221 9999Berjaya Waterfront Hotel
7Hotel Granada, Bukit Indah90 nett48 nett07- 231 8888Hotel Granada
8GoodHope Hotel, Taman Skudai Baru58 nett 38 nett07- 557 2828Good Hope Hotel Skudai
9Grand Bluewave Hotel, Jalan Meldrum, JB91 nett56 nett07-221 6666Bluewave Hotel
10Pulai Springs Resort, Skudai884407-521 2121Pulai Springs
11Restoran Kg Danga, Jalan Lurah Utama, Kempas5527.5Restoran Kg Danga
12Restoran Banafe Village, Jalan Abdullah Tahir, JB462207-3333 377Banafe Village
13Restoran Al-Hanin, Bukit Indah3818016 7474 898Restoran Al-Hanin
14Hotel New York, Jalan Abdullah Tahir804007-3311 588New York Hotel
15Hotel Selesa, Jalan Tebrau6532.507 332 399 ext 8811 / 8815 / 8813Hotel Selesa JB
16Villa Warisan J.A, Jalan Abdul Rahman Andak, JB49.90 nett07-2288 333Villa Warisan JA
17Horizon Hills Golf Terrace, Horizon Hills, JB75 nett45 nett07-2323 166Horizon Hills

Senarai Bazar Ramadhan Paling Popular Di Lembah Kelang 2015

Senarai Bazar Ramadhan Paling Popular Di Lembah Kelang 2015. Bazar Ramadhan sinonim dengan bulan puasa dan ramai pembeli akan pergi ke lokasi bazar Ramadhan pilihan mereka bagi membeli makanan atau minuman untuk berbuka puasa. Dipetik dari Astro Awani, bazar Ramadan di Stadium Shah Alam, Seksyen 13 Shah Alam, mendapat pilihan tertinggi di kalangan pembaca dan ia menjadi  desitinasi paling trending/ popular bagi mendapat juadah untuk berbuka puasa bagi minggu ini.

Manakala pasar Ramadhan Putrajaya pula menjadi pilihan kedua tertinggi dan pasar Ramadhan Kampung Baru di tangga ketiga.

Berikut disertakan 10 bazar Ramadan popular di Lembah Kelang :-
  1. Stadium Shah Alam, Seksyen 13 Shah Alam
  2. Bazar Ramadhan Putrajaya
  3. Bazar Ramadhan Kg Baru
  4. Taman Tun Dr Ismail  (TTDI)
  5. Melawati
  6. Wangsa Maju
  7. Kelana Jaya
  8. Keramat AU2
  9. Bangsar 
  10. Bukit Bintang

Senarai Buffet Ramadhan Di Melaka 2015 Yang Menarik

Senarai Buffet Ramadhan Di Melaka 2015 Yang Menarik. Negeri Melaka yang terkenal dengan produk pelancongannya pasti sangat menarik untuk dikunjungi, Melaka juga terkenal dengan makanannya, Sempena Ramadhan 2015, berikut disertakan senarai lokasi buffet Ramadhan Berbuka Puasa / Iftar 2015 sekitar Melaka meliputi Hotel dan Resort untuk kemudahan anda semua. Ingat pilihlah yang HALAL.
 Buffet Ramadhan 2015 Di Melaka

Senarai Buffet Ramadhan 2015 Di Melaka Yang Menarik
* Kredit Idea Berita

NOSenarai Hotel / RestoranHarga Dewasa (RM)Harga Kanak-Kanak (RM)No TelefonLaman Web / Facebook
1Bayou Coffee House, Bayou Lagoon Park Resort, Melaka482806-2330 888, 013 2868 750Bayou Lagoon Park Resort
2A Famosa Resort, Alor Gajah6855+6019 600 8508/ +6019 600 3517/ +606 522 0888FB A Famosa
3Hotel Equatorial8844+606 282 8333FB Hotel Equatorial
4Hotel Hatten7530+606 221 9448Hatten Hotel Melaka
5Holiday Inn Hotel8515+606 285 9000Holiday Inn Melaka
6Philea Resort & Spa, Ayer Keroh9055+606 232 8336Philea Resort & SPA, Ayer Keroh
7Puteri Resort, Ayer Keroh4528+606 232 3333Puteri Resort, Ayer Keroh
8Hotel Bayview Melaka5535+606 283 9888Bayview Hotel Melaka
9Casa Del Rio Melaka8844+606 289 6888Casa Del Rio
10Sunflower Hotel2820+616 282 1500Sunflower Hotel Melaka
11Ramada Plaza Melaka10060+6 06 284 8888Ramada Plaza Melaka
12Mahkota Hotel Melaka75.744.5(606) 281 2828Mahkota Hotel Melaka

Senarai Nama Hotel Dan Resort Di Perak Yang Mempunyai Sijil Halal JAKIM

Senarai Nama Hotel Dan Resort Di Perak Yang Mempunyai Sijil Halal JAKIM. Bulan Puasa Ramadhan yang mulia kini tiba lagi. Yang pasti banyak hotel dan resort yang menyediakan pakej berbuka puasa kepada umat Islam untuk berbuka bersama keluarga, rakan-rakan atau rakan perniagaan. 

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab pengguna Islam untuk memilih makanan yang halal dan pemilik premis makanan, termasuk hotel & resort dan restoran diingatkan supaya memastikan premis makanan mereka memiliki sijil halal sekiranya ingin menawarkan buffet Ramadan sepanjang bulan puasa ini.

Halal Perak Jakim
Dipetik dari FB Bahagian Penyelidikan JAIPK, berikut adalah senarai nama hotel & resort di Perak yang memegang status Pensijilan Halal Malaysia sehingga tahun 2017 sebagai panduan untuk kita bersama. Untuk membuat semakan status Halal setiap premis di seluruh Malaysia boleh layari di Semak Status HALAL.
Sijil Halal JAKIM Perak1
Sijil Halal JAKIM Perak2


Senarai Buffet Ramadhan 2015 Di Negeri Sembilan

Senarai Buffet Ramadhan Berbuka Puasa 2015 Di Negeri Sembilan Murah Dan Sedap. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal disambut oleh umat Islam di Malaysia pada Khamis, 18 Jun 2015 ini, berikut disertakan senarai Buffet Ramadhan Berbuka Puasa Di Negeri Sembilan 2015 untuk panduan umat Islam semua.
Selamat Memilih dan Berbuka Puasa....Ingat membazir itu adalah amalan syaitan dan adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mencari makanan yang halal.

Sumber : Idea Berita & FB Tourism Malaysia Negeri Sembilan
Buffet Negeri Sembilan
Sila klik link untuk melihat harga tawaran dan menu yang disediakan :-

  1. BUFFET RAMADHAN @ GLORY BEACH RESORT PD
  2. RAMADHAN PACKAGE 2015 @THE GRAND BEACH RESORT, PORT DICKSON
  3. KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON
    Buffet Ramadhan dari 20hb jun 2015 hingga 14 Julai 2015/1436
  4. CORUS PARADISE RESORT PORT DICKSON -  iFTAR RAMADHAN
    Selero "Warigh"San Nogori RM58 (dewasa)
     
  5. Ratusan Resepi istimewa
    @The Royale Bintang Resort & Spa Seremban
  6. Corus Paradise resort Port Dickson - Selero "Warigh"San Nogori 
  7. RAMADHAN PACKAGE 2015 @AVILLION ADMIRAL COVE, PORT DICKSON
  8. RAMADAN PACKAGE 2015 @PNB ILHAM RESORT, PORT DICKSON  
  9. RAMADHAN PACKAGE 2015 @PALM SEREMBAN HOTEL
  10. RAMADHAN PACKAGE 2015 @KLANA RESORT SEREMBAN
  11. RAMADHAN PACKAGE 2015 @PALM SEREMBAN HOTEL
  12. BUFFET RAMADHAN @ SERI MALAYSIA SEREMBAN HOTEL
  13. RAMADHAN PACKAGES 2015 @NILAI SPRINGS RESORT HOTEL
  14. BUFFET RAMADHAN @ RESTORAN CILI API, SENAWANG
  15. RAMADHAN PACKAGES 2015 @RESTORAN WADI AR-RAUDHAH, SEREMBAN 
  16. BUFFET RAMADHAN @ RESTORAN B'DER, SENAWANG
  17. BUFFET RAMADHAN @ RAPID EXHIBITION HALL
  18. BUFFET RAMADHAN @ STARFRESH AGRO PARK
  19. RESTORAN SELERA NOGORI
  20. RAMADHAN PACKAGES 2015 @GRAND LEXIS PORT DICKSON
  21. AYAM PENYET AP ERA SQUARE MALL
  22. Ramadan Buffet Promotion at Rymba Haven, Nilai, Negeri Sembilan
  23. RAMADHAN PACKAGES 2015 @AVILLION PORT DICKSON 

Senarai Lokasi Bazar Ramadhan 2015 Johor Bahru JB

Senarai Lokasi Bazar Ramadhan 2015 Johor Bahru JB. Puasa Ramadhan datang lagi dan pastinya Bazar Ramadhan adalah tempat yang dicari oleh orang ramai untuk mencari makanan dan minuman ketika berbuka puasa. Dengan adanya Bazar Ramadhan ianya dapat membantu mereka yang berkerjaya yang tidak sempat untuk memasak sendiri di rumah atau bagi mereka yang inginkan masakan pebagai citarasa semasa berbuka.

Berikut disertakan senarai lokasi Bazaar Ramadhan 2015 di Johor Bahru yang akan dikemaskini dari masa kesemasa untuk panduan semua.
Bazar Ramadhan Johor Bahru JB

LOKASI BAZAR RAMADAN JB 2015
  1. Taman Nusa Perintis 1, Gelang Patah
  2. Jalan Ara 9, Taman Sri Pulai
  3. Jalan Kemuliaan, Taman Universiti
  4. Jalan Emas 1, Taman Sri Skudai
  5. Jalan Layang 16, Taman Perling
  6. Perling Mall, Jalan Pesisiran Perling 1, Taman Perling
  7. Jalan Kebudayaan 16, Taman Universiti
  8. Jalan Perwira 19, Taman Ungku Tun Aminah
  9. Jalan Pi 11/1, Taman Pulai Indah
  10. Jalan Pulai Harmoni 1, Bandar Baru Kangkar Pulai
  11. Jalan Bayan, Pekan Masai
  12. Jalan Johar, Taman Desa Cemerlang
  13. Jalan Rambutan, Ulu Tiram
  14. Jalan Bunga Seroja, Plentong
  15. Jalan Badik 21, Taman Puteri Wangsa
  16. Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam
  17. Jalan Pinang 18 - Taman Daya
  18. Jalan Keris - Taman Sri Tebrau 
  19. Jalan Balau 3 - Taman Rinting
  20. Jalan Permas 10 - Bandar Baru Permas Jaya (Depan Kawasan lapang Berdekatan McDonalds)
  21. Taman Anggerik - Jalan Anggerik 2/4
  22. Taman Bukit Mewah - Jalan Mewah Ria 2/1
  23. Kota Puteri - Jalan Bayan 26 (Berhampiran Sekolah)
  24. Kg Skudai Kiri - Berdekatan Masjid
  25. Taman Istimewa, Pandan
  26. Taman Cempaka - Persiaran Teratai
  27. Balairaya Ulu Pandan
  28. Medan Selera BBU - Bandar Baru Uda 
  29. Bandar Baru Uda – Jln Padi Ria 43
  30. Jln Mata Kucing - Kg Pasir
  31. Taman Dahlia – Jln Persiaran Dahlia
  32. Taman Desa Harmoni – Tangki Air
  33. Taman Daya – Jln Nibong 17
  34. Taman Sri Setanggi - Tempat Letak Kereta
  35. Taman Adda Height – Jln Adda 3/1
  36. Kampung Melayu Majidee – Jln Sekolah
  37. Tmn Setia Tropika – Jln Setia Tropika 1/14
  38. Tmn Bayu Puteri, Bakar Batu – Jln Pantai (Hadapan Petronas)
  39. Tmn Bukit Kempas – Jln Arung
  40. Taman Johor Jaya – Jln Ros Merah 1/11 
  41. Surau Jalan Ros Merah, Taman Johor Jaya 10
  42. Bazar Bandar Senai      
  43. Bazar Taman Handal      
  44. Bazar Taman Senai Utama      
  45. Bazar Bandar Putra      
  46. Bazar Taman Mas      
  47. Bazar Taman Putri      
  48. Bazar Taman Manis


Status Halal Coklat Letto Pepero Dari Korea

Status Halal Coklat Letto Pepero Dari Korea. Coklat dan Langkawi tidak dapat dipisahkan. Jika anda bercuti di sana pasti anda akan memborong pelbagai jenis coklat yang harganya amat murah berbanding di tempat tinggal anda. Yang pastinya antara coklat yang popular adalah Coklat yang berasal dari Korea iaitu Coklat Letto Pepero.


Namun disebalik harga yang murah, ramai yang meragui status halal Coklat Pepero ini. Berikut disertakan beberapa jawapan atas kemusykilan samada Coklat Pepro ini Halal atau Tidak? Semakan status Halal JAKIM boleh di semak secara online di SINI
status halal pepero

1. KEMUSYKILAN ISLAM GRID
Assalamualaikum w.b.t, Saudara / Saudari yang dirahmati Allah, Merujuk kepada soalan anda, premis Starbuck dan produknya mendapat pengiktirafan Halal dari JAKIM. Manakala jenama coklat yang dikemukakan oleh anda tiada dalam senarai Halal JAKIM. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Halal: http://www.halal.gov.my/v3/ Wallahua'lam - Islam Grid

2. FACEBOOK SAHABAT HALAL

Banyak soalan diajukan berkenaan status halal coklat pepero dari Korea ini.

1. Didapati coklat pepero ini tiada status halal dari mana-mana Badan Pensijilan Halal.
2. Pada kandungan produk ini mengandungi beberapa ramuan yang diragui (syubhah) antaranya WHEY POWDER, GLYCERIN, SODIUM PHOSPHATE & SHORTENING.
3. Apabila sesuatu produk mengandungi ramuan yang syubhah dan tiada pula status halal, maka wajar dielakkan produk sebegini.

*Menjauhi Yang Syubhah Adalah Lebih Baik* - FB Sahabat Halal

3. HALAL JAKIM

Pengguna yang dihormati sekalian, Sejak kebelakangan ini, Jakim menerima banyak aduan dan pertanyaan berhubung status halal Coklat jenama Peppero keluaran negara Korea. Untuk makluman para pengguna sekalian, produk tersebut adalah BUKAN pemegang sijil halal Malaysia ataupun mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf. 

Disediakan oleh:-Unit Perhubungan Awam (PRO):03 8892 5048 (Nadia Zammil Md Nasir)03-8892 5047 (Puan Nurul Asma binti Mat Isa). Sumber: Halal JAKIM

KESIMPULAN - Pepero tiada status halal. Maka apabila sesuatu produk mengandungi ramuan yang syubhah dan tiada pula status halal, maka wajar dielakkan dan tidak dimakan produk sebegini

Status Halal Secret Recipe Ditarik Balik Oleh JAKIM

Berita Terkini Status Halal Secret Recipe Ditarik Balik Oleh JAKIM. Dipetik dari FB Bahagian Hab Halal JAKIM memaklumkan yang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada semalam, 26 Mei 2015 telah menarik balik sijil pengesahan halal syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd disebabkan pelanggaran prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan amalan pengilangan (GMP) yang serius.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff melalui satu kenyataan yang disiarkan melalui Facebook rasmi mereka, penarikan sijil yang berkuatkuasa pada 7 Mei lalu itu walau bagaimanapun bukan disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk itu.

Status Halal Secret Recipe
“Penarikan sijil halal tersebut tidaklah menghalang syarikat berkenaan untuk memohon semula Sijil Halal setelah tindakan pembetulan telah dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia,"
Berikut adalah penjelasan JAKIM berhubung Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat Secret Recipe yang ditarik balik. 
Status Halal Secret Recipe
Status Halal Secret Recipe


Resepi Kuih Koci Yang Sedap Dan Lazat

Resepi Kuih Koci Yang Sedap Dan Lazat. Siapa tidak kenal kuih koci. Kuih koci merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Kuih ini diperbuat dari tepung pulut dan mempunyai inti kelapa manis di dalamnya. Berikut disertakan cara-cara membuat kuih koci yang sedap dan lazat iaitu kuih koci biasa dan kuih koci labu. Selamat mencuba.

KUIH KOCI
Bahan-bahan:
Untuk inti:

1) 1 biji kelapa parut
2) ½ cawan gula kabung
3) 1 cawan gula pasir
4) 2 helai daun pandan
5) ½ cawan air 

kuih koci
Untuk kuih:
1) 1 bungkus tepung pulut
2) 2 mangkuk santan (½ mangkuk santan di masak hingga pecah minyak)
3) ½ sudu teh garam
4) Daun pisang yang telah di layur secukupnya
 

Cara membuat kuih koci:
Untuk inti:
1) Gaulkan semua bahan-bahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
2) Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.
Untuk kuih:
1) Gaul rata tepung pulut dan santan bersama garam. Uli adunan ini hingga menjadi satu doh yang lembut dan boleh di bentuk.
2) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Bulat-bulatkan dan celup ke dalam santan masak.
3)Bungkus adunan itu dengan daun pisang. Buat sehingga selesai.
4)Panaskan kukusan.
Masukkan bungkusan-bungkusan tadi ke dalam kukusan. Kukus selama 20­ hingga 30 minit (sehingga masak). Kuih koci siap untuk dihidangkan.


KOCI LABU
Bahan-bahan:
Untuk inti:

1) 1 biji kelapa parut
2) ½cawan gula kabung
3) 1 cawan gula pasir
4) 2 helai daun pandan
5) ½ cawan air
Untuk kuih:
1) 1 biji labu (rebus dan lecek)
2) ½ sudu teh garam
3) Tepung pulut secukupnya
4) Daun pisang yang telah dilayur secukupnya
5) 1 cawan minyak masak

Cara :
Untuk inti:
1) Gaulkan semua bahan-bahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
2) Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.

Untuk kuih:
1) Masukkan labu yang telah dilecek ke dalam mangkuk. Masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
2) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Bulat-bulatkan dan celup ke dalam minyak.
3) Bungkus adunan itu dengan daun pisang. Buat sehingga selesai.
4) Panaskan kukusan. Masukkan bungkusan-bungkusan tadi ke dalam kukusan.
Kukus selama 20­ hingga 30minit (sehingga masak).


Resepi Kerabu Mangga Dan Jantung Pisang Yang Sedap

Resepi Kerabu Mangga Dan Jantung Pisang Yang Sedap. Kerabu adalah makanan sampingan yang disediakan sebagai pelengkap atau penyedap kepada menu utama. Ianya juga boleh di makan begitu sahaja. Terdapat pelbagai jenis kerabu yang sedap di Malaysia termasuk Kerabu Mangga, sotong, rampai, taugeh, kerang dan banyak lagi. Untuk kali ini, resepi yang akan dikongsikan adalah resepi kerabu mangga dan kerabu jantung pisang.

RESEPI KERABU MANGGA
Bahan-bahan
Bahan dihiris :

  • 1 kilo mangga muda
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 biji tomato
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 20 biji cili padi
  • 2 batang serai
  • 2 sudu besar sos ikan
  • sedikit belacan
  • 125 ml santan
  • garam & gula pasir

Resepi Kerabu Mangga Dan Jantung Pisang Yang Sedap
Cara membuatnya
1. Satukan mangga dan bahan-bahan yang dihiris
2. Masukkan sos ikan, garam, gula pasir dan belacan, gaulkan hingga bercampur rata


RESEPI JANTUNG PISANG
Bahan-bahan
  • 300 gm jantung pisang - dibuang kelopak luar yang keras
  • 1 sudu besar kerisik
  • 3 biji cili merah - dihiris
  • 2 sudu kecil air limau nipis
  • garam & gula pasir
  • bahan dikisar :
  • 3 sudu besar udang kering
  • 3 ulas bawang merah
Cara membuatnya
1. Jantung pisang direbus hingga agak lembut dan dihiris halus. Masukkan jantung pisang dalam sebuah bekas. Bubuhkan bahan-bahan yang lain. 

2. Gaulkan hingga rata