Showing posts with label KERETA. Show all posts
Showing posts with label KERETA. Show all posts

Gambar Banjir Kilat Di IOI Mall Puchong 10 Jun 2015

Gambar Banjir Kilat Di IOI Mall Puchong 10 Jun 2015. Hujan lebat sekitar KL dan Selangor hari ini menyebabkan banjir kilat berlaku di beberapa kawasan. Antara kawasan yang dilanda banjir kilat ialah di IOI Shopping Mall, Puchong dan Lebuhraya LDP.

Keadaan banjir kilat pernah dilaporkan di sini pada tahun 2013. Pada kali ini banjir kilat menyebabkan ruangan kedai di komplek ini di naiki air. Berikut di antara gambar kejadian banjir kilat di hadapan IOI Mall, Puchong :-

Gambar Banjir Kilat Di IOI Mall Puchong 10 Jun 2015

Gambar Banjir Kilat Di IOI Mall Puchong 10 Jun 2015

Gambar Banjir Kilat Di IOI Mall Puchong 10 Jun 2015
Gambar Sumber FB Informasi Bencana
Gambar Banjir Kilat Di IOI Mall Puchong 10 Jun 2015

Gambar Banjir Kilat Di IOI Mall Puchong 10 Jun 2015

Harga Minyak Jun 2015 Petrol RON95 RON97 Dan Diesel

Harga Terkini Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Bermula 1 Jun 2015. Umum sedia maklum yang Harga runcit rasmi Petrol RON95 RON97 Diesel untuk bulan Jun 2015 akan diumumkan pada hari terakhir bulan Mei. Pengumuman akan di buat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) selepas pukul 800 malam pada Ahad, 31 Mei 2015.

Untuk makluman, harga minyak kekal tiada perubahan untuk tiga bulan berturut-turut dari bulan Mac hingga Mei 2015 selepas Malaysia melaksanakan sistem apungan terurus, subsidi bahan api untuk RON95 dan diesel bermula pada 1 Disember 2014. Di bawah sistem ini, purata bulanan harga minyak mentah dunia yang akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya.
Harga Minyak Jun 2015

Jadual Terkini Harga Minyak Petrol Dan Diesel Setiap Bulan.
* Berkuatkuasa pukul 12.01 minit pada 1 Jun 2015, harga runcit petrol dan diesel bagi bulan JUN 2015 adalah seperti berikut:

RON95 : RM 2.05/ liter (Naik 10 sen)
RON97 : RM 2.35/ liter (termasuk GST 6%) (Naik 10 sen)
DIESEL : RM 2.05/ liter (Naik 10 sen)
Bulan Harga Petrol RON95 (RM/liter) Harga Petrol RON97 (RM/liter) Harga Diesel (RM/liter)
Jun 2015

2.05 2.35
termasuk 6% GST
2.05
Mei 2015

1.95 2.25 *  termasuk 6% GST 1.95
April 2015 1.95 2.25 *  termasuk 6% GST 1.95
Mac 2015 1.95 2.25 1.95
Februari 2015 1.70 2.00 1.70
Januari 2015 1.91 2.11 1.93
Disember 2014 2.26 2.46 2.23



Gambar Kereta Perodua Sedan D636D Bakal Dilancarkan Tahun 2016

Gambar Model Kereta Perodua Sedan D636D Bakal Dilancarkan Tahun 2016. Ini mungkin berita yang ditunggu-tunggu kepada peminat kereta jenis Perodua apabila Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd (PERODUA) bakal melancarkan model kompak sedan baru Perodua yang pertama membabitkan penglibatan 100 peratus reka bentuk luaran oleh jurutera tempatan tahun depan 2016 seperti dipetik dari Utusan online.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model Perodua Sedan yang kini dalam peringkat prototaip itu telah diuji dan dinilai platform transmisi dan enjinnya. Beliau sehubungan itu berkata, model tersebut yang tidak akan dilancarkan pada tahun ini adalah merupakan sebuah kereta yang bagus dalam kelasnya.


“Kita sedang berusaha untuk menjadikan kereta sedan kompak ini mendapat penarafan ANCAP lima bintang bagi membuktikan ia sebuah kereta yang selamat.

“Model ini tidak akan dilancarkan pa­da tahun ini, mungkin tahun de­pan dan berkemungkinan besar tahun 2017,” kata beliau dalam taklimat media sempena ulang tahun ke-10 Myvi di Langkawi pada 22 Mei 2015.
Turut hadir, Ke­tua Pegawai Operasi (COO) Perodua, Zahari Husin.

Mengulas lanjut, Aminar Rashid berkata, model sedan kompak itu tercetus daripada impian dan permintaan yang diajukan kepada Daihatsu selaku rakan teknikal Pero­dua.

“Akhirnya Daihatsu terima cadangan kita untuk terlibat dalam projek kereta sedan kompak,” jelas beliau.

Berikut di antara gambar-gambar model gambaran Perodua sedan baru 2016 yang dikongsikan dari laman sosial. Kita nantikan nanti model manakah yang bakal berada di jalan raya Malaysia pada tahun 2016 nanti :-


Gambar Kereta Perodua Sedan D636D Bakal Dilancarkan Tahun 2016 ?
perodua sedan baru

perodua sedan baru

perodua sedan baru

perodua sedan baru


Ops Warta Operasi Waran Tangkap Bermula 18 Mei 2015

Ops Warta Operasi Waran Tangkap Bermula 18 Mei 2015. Dipetik dari status rasmi FB PDRM, memaklumkan yang Cawangan Trafik Bukit Aman akan melancarkan operasi Waran Tangkap (Ops Warta) secara besar-besaran mulai 18 Mei hingga 31 Mei 2015 serentak di seluruh negara.


Sehubungan dengan itu, semua saman dengan status Waran Tangkap dikehendaki membuat pembayaran sebelum tarikh 18/5/2015 (sebelum mulanya Ops Warta). 

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

Ops Warta Operasi Waran Tangkap 2015

Kesemua saman berstatus Waran Tangkap selepas 18/5/2015 akan disekat pembayarannya sebagai proses bicara dan semua pesalah yang ditangkap akan dihadapkan terus ke mahkamah dan pembayaran denda adalah di mahkamah.

Semasa Ops Warta dijalankan, kenderaan dengan saman berstatus waran tangkap tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan pembayaran kompaun juga tidak dibenarkan lagi.

* Pesalah trafik boleh membuat semakan saman secara online atau SMS di semak saman.
 
Ops Warta dilancarkan bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai status waran tangkap yang belum diselesaikan dan jumlah 1.59 juta adalah baki daripada 1.8 juta saman seperti diumum Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Ops Selamat 5 yang dilancarkan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu

Senarai Harga Kereta BMW Di Malaysia Terkini

Senarai Harga Kereta BMW Di Malaysia Terkini 2015. Berikut adalah senarai harga terkini kereta dan kenderaan BMW di Malaysia terkini 2015 yang dipetik dari BMW Malaysia. Harga terkini (BMW Malaysia Price List) ini berkuatkuasa bermula 16 April 2015. Untuk maklumat lanjut mengenai kenderaan BMW di Malaysia termasuk harga terkini boleh layari laman web BMW Malaysia di BMW Malaysia

Senarai Harga Kereta BMW Di Malaysia Terkini
1) 1 Series
ModelAssemblyBody TypeHarga
116iCKDHatchRM 169,800.00
**
118iCKDHatchRM 189,800.00
**
Senarai Harga Kereta BMW Di Malaysia Terkini

2) 2 Series 


ModelAssemblyBody TypeHarga
220iCBUCoupeRM 257,800.00
The all-new BMW 218i Active TourerCBUActive TourerRM 218,800.00

3) 3 Series
ModelAssemblyBody TypeHarga
316iCKDSedanRM 208,800.00
320iCKDSedanRM 240,800.00
***
320i Sport EditionCKDSedanRM 257,800.00
320d M Sport CKDSedanRM 267,800.00
328i Luxury CKDSedanRM 292,800.00
328i M Sport CKDSedanRM 308,800.00
320d Gran Turismo CKDSedanRM 296,800.00
328i Gran TurismoCKDSedanRM 327,800.00
M3 Sedan CBUSedanRM 730,800.00

4) 4 Series
ModelAssemblyBody TypeHarga
420i CoupéCBUCoupeRM 297,800.00
428i Coupé SportCBUCoupeRM 356,800.00
435i Coupé M SportCBUCoupeRM 517,800.00
428i Gran CoupéCBUCoupeRM 387,800.00
428i ConvertibleCBUConvertibleRM 421,800.00
M4 CoupéCBUCoupeRM 740,800.00

5) 5 Series
ModelAssemblyBody TypeHarga
520d Sport CKDSedanRM 354,800.00
520i CKDSedanRM 367,800.00
528i M SportCKDSedanRM 417,800.00
M5CBUSedanRM 889,800.00

6) 6 Series, 7 Series, X1, X3, X4, X5, X6, Z4 & BMW i8

harga bmw malaysia
Right click untuk imej yang besar
NOTA
  • * Prices are for Personal Registration excluding Insurance. Inclusive of 6% GST.
  • ** Limited stock. Please refer to your BMW Dealer for details.
  • *** Available with Sport or Luxury Line.
  • Excludes PUSPAKOM CBU Inspection fee of RM 15 for Passenger Cars, and RM 40 for 4x4.
  • Above prices are based on manufacturer recommended retail on-the-road prices.
  • All retail prices are inclusive of BMW Service+Repair Inclusive 3 years / 60,000km  package, except 116i, M5 and M6.
  • BMW Malaysia reserves the right to change prices without any prior notice.
  • The above prices will remain valid until a written notice or new price list is issued by BMW Malaysia.

Cadangan Pasang Alat Pengehad Kelajuan Kereta Maksimum 110 KM/J Elak Kemalangan

Cadangan Pasang Alat Pengehad Kelajuan Kereta Maksimum 110 KM/J Elak Kemalangan. Dipetik dari BERNAMA pada 7 Mac 2015, sebagai langkah mengurangkan kemalangan jalan raya, kereta-kereta di Malaysia dicadangkan dipasang peranti yang mengehad kelajuan maksimum pada 110 km sejam. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, berkata cadangan itu sejajar dengan undang-undang di Malaysia yang menetapkan had kelajuan maksimum 110 km sejam. 

"Jika ini dapat dilaksanakan maka kita akan menjadi negara pertama di dunia mengehadkan kelajuan kereta berdasarkan had laju mengikut undang-undang negara," katanya selepas merasmikan program 'Creativity & Science 4U' anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Zon Selatan di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban. Katanya, alat mengehadkan kelajuan itu boleh didapati dengan mudah.
Alat Pengehad Kelajuan Kereta Maksimum 110 KM/J
"Ia adalah alat biasa berharga kurang daripada RM500, ..boleh mengehadkan kelajuan sesebuah kenderaan mengikut yang dikehendaki. "Alat ini boleh dipasang pada semua kenderaan termasuk motosikal, ...juga boleh dipasang pada kereta import," kata Abu Bakar. Katanya, kereta peronda polis, ambulans, bomba dan agensi penguatkuasa lain wajar dikecualikan peraturan berkenaan. 

Mengikut statistik kadar kemalangan jalan raya di negara ini setiap tahun adalah tinggi dan banyak mengorbankan nyawa. Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasinya termasuk memperhebatkan operasi penguatkuasaan, kemalangan jalan raya sukar dibendung. "Mengehadkan kelajuan semua kenderaan adalah kaedah sesuai untuk mengurangkan kemalangan jalan raya di negara ini," katanya. - BERNAMA

Video Rakaman CCTV Bukti Pemandu Myvi Seperti Berlumba

Video Rakaman CCTV Bukti Pemandu Myvi Seperti Berlumba. Nahas di Lebuhraya Duke pada awal pagi semalam yang mengorbankan sepasang suami isteri dan bayi mereka yang berusia 7 bulan telah menjadi viral di laman sosial. Walau bagaimanapun, dua pemandu kereta Myvi yang dilaporkan menjadi punca kemalangan itu hanya mengalami  cedera ringan selain seorang lagi rakan mereka yang tidak mengalami kecederaan.

Punca kemalangan maut nahas membabitkan tiga buah kenderaan Myvi dan Pajero Sport di Km 6.2 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) kini sedang menunggu siasatan sepenuhnya daripada pihak polis.


“Menurut pihak polis seperti dilaporkan berita terkini di Astro Awani, siasatan awal berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan Setiawangsa jelas menunjukkan bahawa kereta-kereta Myvi tersebut dipandu dengan laju seperti sedang berlumba di lebuh raya tersebut,”
rakaman cctv kemalangan duke
Pihak polis telahpun menahan dua orang untuk membantu siasatan selain mendapatkan keterangan daripada lima orang saksi.

Video Rakaman CCTV Bukti Pemandu Myvi Seperti Berlumba








Jadual TTA Plus Sempena Hari Pekerja Dan Wesak 2015

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan TTA Plus Sempena Hari Pekerja Dan Wesak 2015. Sempena cuti umum yang panjang, Hari Pekerja dan Hari Wesak dari 30 April hingga 5 Mei ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan orang ramai yang bercadang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan supaya merancang perjalanan seperti dipetik dari BERNAMA.

"PLUS menjangkakan jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan akan meningkat berbanding hari-hari biasa dan PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan mengikut jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA)," katanya dalam kenyataan di sini.

TTA ialah jadual perjalanan berperingkat bagi destinasi tertentu di lebuh raya kendalian PLUS, bertujuan bagi mengelakkan orang ramai terperangkap dalam kesesakan di laluan utama, kawasan rehat dan plaza tol.

Di samping itu PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mendapatkan maklumat trafik di talian bebas tol PLUSLine 1800-88-0000, laman Twitter PLUSTrafik atau memuat turun aplikasi 'PLUS Mobile' menerusi telefon pintar.

tta plus wesak and labour day 2015
Right Klik dan Open link in a new tab untuk imej yang besar
Antara cadangan waktu perjalanan pada 30 April hingga 2 Mei, orang ramai dari Lembah Klang yang ingin menuju ke Perlis dan Kedah (Kangar dan Alor Setar) serta ke Johor Selatan (Johor Baharu dan Kota Tinggi) dinasihatkan memasuki lebuh raya antara 6 pagi hingga 8 pagi.

Dari Lembah Klang menuju ke Pulau Pinang (Kepala Batas, Butterworth, Georgetown dan Bayan Lepas) dan Johor Utara (Batu Pahat, Segamat dan Muar) dicadangkan memasuki lebuh raya antara waktu 8 pagi hingga 11 pagi.

Pengguna dari Lembah Klang menuju ke Perak Utara (Taiping, Kuala Kangsar dan Gerik) dan Melaka (Jasin dan Bandaraya Melaka) antara 11 pagi hingga 2 petang manakala pengguna dari Lembah Klang menghala ke Perak Tengah (Ipoh) dan Melaka (Alor Gajah) dari 2 petang hingga 6 petang.

Pengguna yang ingin memasuki lebuh raya dari Lembah Klang menghala ke Perak Selatan (Bidor, Tapah, Teluk Intan, Lumut dan Tanjung Malim) dan Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Port Dickson dan Seremban) dinasihatkan melakukan demikian selepas 6 petang.

Bagi perjalanan kembali ke Lembah Klang pada 3 Mei hingga 5 Mei, cadangan waktu bagi memasuki lebuh raya dari Perlis dan Kedah (Kangar dan Alor Setar) serta dari Johor Selatan (Johor Baharu dan Kota Tinggi) bermula dari 6 pagi hingga 8 pagi.

Orang ramai dari Pulau Pinang (Kepala Batas, Butterworth, Georgetown dan Bayan Lepas), Perak Tengah (Ipoh), Johor Utara (Batu Pahat, Segamat dan Muar) serta dari Melaka (Alor Gajah) dicadangkan memasuki lebuh raya antara waktu 10 pagi hingga 2 petang.

Pengguna dari Perak Utara (Taiping, Kuala Kangsar dan Gerik), Perak Selatan (Bidor, Tapah, Teluk Intan, Lumut dan Tanjung Malim) dari Melaka (Jasin dan Bandaraya Melaka) serta dari Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Port Dickson dan Seremban) dicadangkan memasuki Lebuh raya Utara-Selatan antara 6 petang hingga 12 tengah malam.

Namun jadual perjalanan yang tidak disenaraikan dan kenderaan komersial tidak tertakluk dengan cadangan tersebut, katanya.


Ops Warta Buru Pesalah Trafik Bermula Pertengahan Mei 2015

Ops Warta Buru Pesalah Trafik Bermula Pertengahan Mei 2015. Ops Warta bagi mengesan individu yang mempunyai 1.59 juta waran tangkap yang belum diselesaikan pada pertengahan Mei depan akan dilancarkan oleh Polis. Sehubungan itu, seperti dipetik dari BH Online, pesalah trafik diberi tempoh dua minggu mulai 5 Mei untuk menyemak dan menyelesaikan saman mereka. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff, berkata selepas tempoh dua minggu itu polis akan melakukan operasi sekatan jalan raya dan tangkapan terhadap individu di seluruh negara, termasuk pergi ke premis mereka bekerja. 
"Kita mempunyai senarai penuh nama dan alamat pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap, selain nama mereka juga sudah diserahkan kepada ketua trafik daerah seluruh negara bagi membantu mengesan mereka sebelum dibawa ke mahkamah," katanya pada sidang media mengenai Ops Warta di Bukit Aman, hari ini.
Ops Warta mei 2015
Fuad berkata, semua balai trafik di seluruh negara akan dibuka bagi memberi kemudahan kepada individu yang ingin menyemak atau menyelesaikan saman dengan masa operasi dilanjutkan sehingga 10 malam.


Saman juga boleh disemak secara online. klik Semakan Saman Trafik, JPJ & AES Online.

Gambar Kereta Honda Civic Generasi Baru Yang Sporty

Gambar Kereta Honda Civic Generasi Baru Ke 10 Yang Menarik Dan Sporty. Berita baik untuk peminat kereta Honda Civic yang menantikan apakah bentuk kereta Civic baru generasi ke sepuluh yang dijangka dijual pada tahun 2016 nanti? Siapa tidak kenal kereta popular Honda Civic dari Jepun. Civic adalah model kereta kompak yang mula dikeluarkan pada Julai 1972 sebagai model kereta 2 pintu, disusuli dengan varian hatchback 3 pintu dan model 4 pintu. Model terawal menggunakan enjin 1169 cc pacuan roda hadapan manakala model terkini generasi kelapan dan kesembilan mempunyai 2 pilihan enjin iaitu 1.8L dan 2.0L. Honda Civic terus mengalami evolusi tersendiri sehinggakan generasi yang lebih terkini menonjolkan ciri-ciri mewah.
Honda Civic Generasi Baru
Honda Civic adalah jenama kereta Jepun kedua paling lama bertahan di dalam pasaran selepas Toyota Corolla. Di Malaysia, model terkini Honda Civic dipasang di kilang Honda cawangan Malaysia di Alor Gajah, Melaka. Jika anda teringin sangat untuk mengetahui bagaimana bentuk atau rupa Honda Civic generasi seterusnya iaitu Generasi ke-10 Honda Civic, anda boleh lihat antara gambar-gambar menarik konsep Civic seperti di pameran kereta New York yang dikongsikan oleh Drebar.Astro Awani. Ianya memang kelihatan lebih menawan dan ‘sporty’, tetapi itu bukan perkara luar biasa bagi sebuah kereta konsep. Yang penting adalah Honda masih lagi mengekalkan intipati sebuah Civic – sebuah sedan segmen-C yang bergaya dan tidak kekok untuk membawa nama Type R ke hadapan.

Generasi ke-10 Honda Civic yang bakal mendatang ini juga adalah yang pertama bagi pasaran Amerika Syarikat yang akan menerima enjin VTEC turbo menggunakan teknologi Earth Dreams. Bagi mereka yang tertanya-tanya, ini adalah kali pertama model Civic varian sedan dan coupe dibangunkan sepenuhnya oleh pasukan R&D yang berpengkalan di Amerika. Namun, harus diingat bahawa Honda/Acura NSX baharu juga diusahakan oleh pasukan jurutera (kebanyakannya) dari Amerika utara.

Dan kita tidak perlu tunggu terlalu lama sebelum Civic baharu ini muncul kerana siaran akhbar yang sama menyatakan bahawa ia akan dilancarkan di Amerika pada musim luruh nanti (pertengahan September hingga pertengahan November). Seperti yang dilihat dengan imej-imej rasmi awal dan gambar daripada pameran kereta New York,konsep Civic ini mempunyai tapak roda (wheelbase) yang panjang dan penambahan lebar.


Gambar Kereta Honda Civic Generasi Baru Yang Sporty  

Honda Civic Generasi Baru

Honda Civic Generasi Baru

Honda Civic Generasi Baru

Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Bulan Mei 2015

Harga Terkini Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Bermula 1 Mei 2015. Menjelang bermulanya bulan baru, harga runcit rasmi Petrol RON95 RON97 Diesel untuk bulan Mei 2015 akan diumumkan. Kebiasaannya, pengumuman akan di buat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada hari terakhir setiap bulan iaitu selepas pukul 800 malam pada 30 April 2015. Untuk makluman, Malaysia telah melaksanakan sistem apungan terurus, subsidi bahan api untuk RON95 dan diesel bermula pada 1 Disember 2014. Di bawah sistem ini, purata bulanan harga minyak mentah dunia yang akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya.

Untuk Mei 2015, harga RON 95, RON 97 dan Diesel dijangka akan naik seiring dengan peningkatan sedikit harga minyak mentah dunia di pasaran sekarang.
Harga Minyak terkini Mei 2015

Jadual Terkini Harga Minyak Petrol Dan Diesel Setiap Bulan.
Harga bulan Mei 2015 kekal pada paras semasa dan tidak berubah seperti diumumkan oleh KPDNKK pada 30 April 2015. Dan untuk bulan ketiga berturut-turut harga petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter. Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Mei 2015
Bulan Harga Petrol RON95 (RM/liter) Harga Petrol RON97 (RM/liter) Harga Diesel (RM/liter)
Mei 2015

1.95 2.25 *  termasuk 6% GST 1.95
April 2015 1.95 2.25 *  termasuk 6% GST 1.95
Mac 2015 1.95 2.25 1.95
Februari 2015 1.70 2.00 1.70
Januari 2015 1.91 2.11 1.93
Disember 2014 2.26 2.46 2.23

Gambar Punca Kesesakan Lalu Lintas Teruk Di JB 21 April 2015

Gambar Punca Kesesakan Lalu Lintas Teruk Di JB 21 April 2015. Kemalangan membabitkan sebuah treler di Kilometer 8.5 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Bandar Baru Uda di sini mengakibatkan kesesakan lalu lintas teruk sejauh hampir 10 kilometer. Dalam kejadian, sebuah lori kontena terbalik dan melanggar papan tanda gantri di Persimpangan Teluk Danga di Lebuhraya Skudai FT1 dari Skudai menghala ke Johor Bahru, menyebabkan gantri roboh dan menyekat kesemua lorong trafik arah pusat bandar raya. Kejadian berlaku seawal 5.30pagi. 

Sila gunakan laluan Altenatif iaitu memilih jalan EDL dan Jln Tampoi untuk ke bandaraya JB. Berhati-hati semasa memandu, patuhi arahan lalulintas. Kerja pengalihan dan pembersihan sedang dilakukan oleh pihak berkuasa. 
Gambar Punca Kesesakan Lalu Lintas Teruk Di JB 21 April 2015
Kepada pengguna jalan raya yang hendak ke pusat bandar raya Johor Bahru, sila elakkan daripada menggunakan Lebuhraya Skudai FT1. 

1.) Bagi pengguna jalan raya dari arah Skudai, sila gunakan Jalan Kempas Lama J192 dan seterusnya Jalan Kempas Baru / Jalan Datin Halimah J3.
2.) Bagi pengguna jalan raya dari arah Tampoi, sila gunakan Jalan Tampoi FT3374 diikuti Jalan Datin Halimah J3.
3.) Bagi pengguna jalan raya dari arah Senai, sila gunakan Lebuhraya Utara-Selatan E2 diikuti Lebuhraya EDL E14.
SUMBER FB JKR Johor
Gambar Punca Kesesakan Lalu Lintas Teruk Di JB 21 April 2015

Gambar Punca Kesesakan Lalu Lintas Teruk Di JB 21 April 2015

Gambar Punca Kesesakan Lalu Lintas Teruk Di JB 21 April 2015

Gambar Punca Kesesakan Lalu Lintas Teruk Di JB 21 April 2015
 

Harga Lesen Memandu Terkini 2015 Selepas GST

Harga Lesen Memandu Terkini 2015 Selepas GST. Selepas pelaksanaan GST bermula 1 April 2015 yang lalu banyak barangan dan perkhidmatan yang naik harga. Tidak terkecuali yang turun harga dan ada juga yang kekal dengan harga lama. Berikut adalah Harga Terkini kadar bayaran bagi Lesen memandu Kenderaan yang dipetik dari Portal JPJ. Kadar terkini ini tiada kenaikan selepas GST.


Kadar Bayaran Bagi Pelesenan Pemandu
Jadual kadar bayaran yang ditetapkan bagi urusan yang melibatkan perlesenan pemandu. Sumber JPJ

JENIS LESEN KADAR BAYARAN (RM) TEMPOH
LESEN L (BARU) LDL

Kelas B2 (tanpa memiliki apa-apa kelas lesen memandu) 2.00 3 bulan
Kelas B2 (tanpa memiliki apa-apa kelas lesen memandu) 4.00 6 bulan
Kelas B (penuh) 20.00  3 bulan
Kelas B (penuh) 40.00 6 bulan
Kelas D dan lain-lain 30.00 3 bulan
Kelas D dan lain-lain 60.00 6 bulan
LESEN PERCUBAAN (PDL)

Kelas B2 (tanpa memiliki apa-apa kelas lesen memandu) 2.00 2 tahun
Kelas B (penuh) 40.00 2 tahun
Kelas D dan lain-lain kelas 60.00 2 tahun
LESEN MEMANDU KOMPETEN(CDL)

Kelas B2 (tunggal) 20.00 1 tahun
Kelas B (penuh) 20.00 1 tahun
Kelas D dan lain-lain kelas 30.00 1 tahun
Lesen Kenderaan Barang-barang (GDL) 20.00 1 tahun
Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) 20.00 1 tahun
Permohonan Maklumat Lesen Memandu 10.00
Lesen Memandu Antarabangsa (IDP) 150.00 1 tahun
SALINAN LESEN MEMANDU

Lesen LDL 20.00
Lesen Percubaan (PDL) 20.00
Lesen Memandu Malaysia (CDL) 20.00
Lesen GDL/PSV 5.00
Gantian Lesen Memandu (LDL/PDL/CDL)
(untuk kes ragut sahaja)
PERCUMA
Harga Lesen Memandu Terkini Selepas GST
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI