Showing posts with label JDT. Show all posts
Showing posts with label JDT. Show all posts

Senarai Buffet Ramadhan Buka Puasa 2015 Di Johor Bahru

Senarai Lokasi Buffet Ramadhan Buka Puasa 2015 Di Johor Bahru. Keindahan dan suasana Bandaraya Johor Bahru atau JB kini tidak seperti dahulu lagi. JB kini mengalami pembangunan yang amat pesat sekali seiring dengan pembangunan di KL dan Penang terutama di kawasan persisir pantai sepanjang Selat Tebrau merangkumi Danga Bay hingga Stulang dan Senibong. 

Kepesatan JB juga mewujudkan hotel baru yang menarik dan tempat makanan/ restoran yang menawarkan makanan pelbagai jenis tidak terkecuali makan tradisional Johor seperti Mee Rebus, Laksa Johor, Mee Bandung dan sebagainya.
Buffet Ramadhan Buka Puasa 2015 Di Johor Bahru
Sempena bulan Ramadhan yang mulia, berikut disertakan Senarai Lokasi Buffet Ramadhan Berbuka Puasa 2015 Di Johor Bahru untuk panduan bagi mereka yang berhajat berbuka di luar bersama keluarga, rakan-rakan atau rakan perniagaan.





NOHotel / RestoranHarga Dewasa (RM)Harga Kanak-Kanak (RM)No TelLaman Web / Facebook
1Grand Paragon Hotel, Jalan Harimau Taman Century95 nett48 nett07-268 5222 ext 5326/ 5252Grand Paragon Hotel
2M-Suite Hotel, Jalan Skudai96 nett46 nett07-22 11 000M-Suite Hotel
3Mutiara Hotel Johor Bahru, Jalan Dato Sulaiman, Tam Century105 nett60 nett07- 330 0300Mutiara Hotel JB
4Silka Hotel, Jalan Masai Lama, JB663307-360 1000Silka Hotel
5KSL Hotel & Resort, Taman Century95 nett45 nett07 - 288 2688KSL Resorts
6Berjaya Waterfront Hotel, Stulang Laut, JB99 nett50 nett07- 221 9999Berjaya Waterfront Hotel
7Hotel Granada, Bukit Indah90 nett48 nett07- 231 8888Hotel Granada
8GoodHope Hotel, Taman Skudai Baru58 nett 38 nett07- 557 2828Good Hope Hotel Skudai
9Grand Bluewave Hotel, Jalan Meldrum, JB91 nett56 nett07-221 6666Bluewave Hotel
10Pulai Springs Resort, Skudai884407-521 2121Pulai Springs
11Restoran Kg Danga, Jalan Lurah Utama, Kempas5527.5Restoran Kg Danga
12Restoran Banafe Village, Jalan Abdullah Tahir, JB462207-3333 377Banafe Village
13Restoran Al-Hanin, Bukit Indah3818016 7474 898Restoran Al-Hanin
14Hotel New York, Jalan Abdullah Tahir804007-3311 588New York Hotel
15Hotel Selesa, Jalan Tebrau6532.507 332 399 ext 8811 / 8815 / 8813Hotel Selesa JB
16Villa Warisan J.A, Jalan Abdul Rahman Andak, JB49.90 nett07-2288 333Villa Warisan JA
17Horizon Hills Golf Terrace, Horizon Hills, JB75 nett45 nett07-2323 166Horizon Hills

Siaran Langsung JDT Vs Terengganu 23 Jun 2015

Live Streaming JDT Vs Terengganu 23 Jun 2015 Liga Super Malaysia. Juara bertahan Liga Super, JDT akan menanti kunjungan Terengganu di Larkin malam ini pada aksi Liga Super perlawanan ke 12 jam 1000 malam yang bakal disiarkan secara langsung di TV3. Selain itu ada lima lagi perlawanan akan berlangsung pada masa yang sama dengan tumpuan pastinya kepada perlawanan Selangor dan Felda United serta Pahang vs PDRM FA.

Setelah 11 perlawanan berlangsung, Pahang mendahului carta liga dengan 23 mata diikuti oleh JDT dengan 21 mata. Selangor, Perak, PDRM dan Felda United mengekori dengan masing-masing mengutip 18 mata.
keputusan JDT Vs Terengganu 23 Jun 2015
Berikut adalah jadual siaran langsung perlawanan malam ini beserta dengan keputusan perlawanan Liga Super Malaysia 23 Jun 2015 :-


NOHOME
AWAYSCORELIVE
1ATM FAVS LIONS XII1 - 1
2JOHOR DTVS TERENGGANU2 - 0TV3
3PAHANG VS PDRM FA1 - 0TV9
4PERAKVS SARAWAK FA3 - 1TV1
5SELANGORVSFELDA UNITED1 - 0
6SIME DARBYVS KELANTAN1 - 1


CARTA TERKINI KEDUDUKAN LIGA SUPER MALAYSIA

NO PASUKANPMSKJBKMATA
1PAHANG117221811723
2JOHOR DT11632148621
3SELANGOR115332416818
4PERAK115331813518
5PDRM FA116052623318
6FELDA115332017318
7LIONS XII114431617-116
8TERENGGANU114251720-314
9SARAWAK113441414-113
10KELANTAN103161016-610
11ATM FA112361219-79
12SIME DARBY10028822-142

Harga Tiket Online JDT Vs Borussia Dortmund 9 Julai 2015

Harga Dan Beli Tiket Online Perlawanan JDT Vs Borussia Dortmund 9 Julai 2015. Perlawanan bolasepak persahabatan di antara tuan rumah, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan kelab Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund akan berlangsung pada hari Khamis, 9 Julai 2015 bermula jam 915 malam di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos. Larkin, Johor. 
Jdt vs borussia dortmund

Pembelian tiket perlawanan JDT vs Borussia Dortmund boleh di buat secara online di Laman Web Ticketpro dan senarai kadar harga tiket adalah seperti berikut :-
  • Grandstand G1 - RM280
  • Grandstand G2 - RM280
  • Open Stand - RM180
  • Behind goal H & A - RM130
JDT Vs Borussia Dortmund 9 Julai 2015


Jadual Siaran Langsung Liga Super 20 Jun 2015

Jadual Siaran Langsung Liga Super 20 Jun 2015. Liga Super Malaysia 2015 bersambung kembali selepas rehat untuk memberikan peluang persiapan Harimau Malaya di Kelayakan Piala Dunia 2018. Berikut adalah Jadual perlawanan ke-11, Liga Super Malaysia, Sabtu ini (20 Jun 2015).

Live streaming Liga Super 20 Jun 2015 Terengganu vs JDT

Jadual Siaran Langsung Liga Super 20 Jun 2015
NOPERLAWANANKEPUTUSAN PENUHMASASTADIUMLIVE
1Lions XII lwn ATM830 malamStadium Jalan Besar, Singapura
2Sarawak lwn Perak945 malamStadium Negeri, Kuching
3Felda United FC lwn Selangor
1000 malamStadium MP Selayang TV9
4Terengganu lwn JDT
1000 malamStadium Sultan Mizan Zainal Abidin TV3
5PDRM lwn Pahang1000 malamStadium Shah Alam
6Kelantan lwn Sime Darby FCDitunda ke tarikh baharu
* Kelantan lwn Sime Darby FC
(Ditunda ke tarikh baharu yang akan diputuskan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM kerana Kerajaan Negeri Kelantan tidak membenarkan penggunaan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu bagi perlawanan sepanjang bulan Ramadhan)


Johor Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2015 1436H

Johor Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2015 1436H. Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi negeri Johor Darul Takzim Malaysia bagi Bulan Ramadhan tahun 2015/ 1436 Hijrah. Jadual ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM). 

Jadual buka puasa dan Imsak seluruh negeri di Malaysia boleh layari di Buka Puasa. Selamat berpuasa

negeri Johor

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2015 Negeri Johor 
Johor semua zon
  • Zon 1 - Pulau Aur Dan Pulau Pemanggil
zon 1
  • Zon 2 - Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-Pulau Yang berdekatan dengannya
zon 2
  • Zon 3 Pontian Dan Kluang
zon 3
  • Zon 4 Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas
zon 4


Gambar Sekitar Perhimpunan Bangsa Johor Menjunjung Kasih DYMM Sultan Johor 16 Jun 2015

Gambar Sekitar Perhimpunan Bangsa Johor Menjunjung Kasih DYMM Sultan Johor 16 Jun 2015. Hari ini, Selasa 16 Jun 2015 berlangsung Himpunan Bangsa Johor Menjunjung Kasih dan Taat Setia ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor dan menzahirkan sokongan taat setia kepada DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ) di hadapan pintu utama Istana Bukit Serene.
 

Kira-kira 2,000 rakyat Johor mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul secara aman sebentar tadi bagi menunjukkan sokongan terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

TMJ

Tunku Ismail turut menzahirkan perasaan terharu dan terima kasih atas sokongan yang diberikan. Lebih 2,000 hadir pada perhimpunan berkenaan yang terdiri dari 400 NGO.
Bangsa Johor 7
Lima wakil NGO negeri Johor diberi perkenan mengadap DYMM Sultan Johor untuk menyerahkan memorandum sokongan terhadap Kesultanan Johor di Istana Bukit Serene, petang ini. NGO terlibat ialah dua wakil dari GABUNG Johor, PERKASA negeri Johor serta wakil NGO bagi masyarakat Cina dan India.
bangsa johor1
Selain itu, ia juga adalah sebagai simbolik rakyat yang mengecam Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz yang membuat teguran kurang manis kepada TMJ baru-baru ini.

Berikut di antara gambar Sekitar Perhimpunan Bangsa Johor Menjunjung Kasih DYMM Sultan Johor 16 Jun 2015 di perkarangan Istana Bukit Serene :-
bangsa johor2
bangsa johor3
bangsa johor4

bangsa johor 5
bangsa johor 6

Sumber gambar kredit to - FB Brotherhood Johor, FB Johor Times, FB Penyokong Setia Johor, FB TV Selatan, FB Harimau Selatan


Mesej TMJ Untuk Seluruh Rakyat Malaysia

Mesej TMJ Tunku Mahkota Johor Untuk Seluruh Rakyat Malaysia. Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari memberikan mesej yang mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia melalui status di Facebook Johor Southern Tigers yang mendapat hampir mempunyai 100k like dan 50k share setakat jam 600 petang hari ini.

Umum sedia maklum yang sebelum ini TMJ telah memuat status di FB JST yang mengkritik Perdana Menteri, Najib yang tidak hadir di forum "Nothing to Hide". Keadaan menjadi keruh apabila Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menegur TMJ agar tidak mencampuri hal politik di Malaysia. Dan semalam, beberapa ahli politik Johor telah membidas teguran Nazri Aziz terhadap TMJ yang dianggap biadap.
Mesej TMJ

Berikut adalah mesej TMJ yang ditujukan kepada seluruh rakyat Malaysia.

MESEJ UNTUK RAKYAT MALAYSIA
Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.
Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.

Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka. Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.

Akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang. Kita akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.

Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka. Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda.
Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka. Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri.

Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain. Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.

-DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
------
MESSAGE FOR MALAYSIANS
Of late, I just voiced out my opinion and a reminder that people who has been entrusted with the responsibility to not blame the people for losing trust and confidence in them, but think of why the people no longer have the confidence and trust in them. Apparently my gentle reminder has been met with a rather hostile response from a minister. If I got such a reply, then what chances does the rest of the rakyat have?

You are a minister, not a God from the heavens who lord above everybody. Do not think the people of this country exist to provide you with position and wealth, but the position exists for you to serve the people. When I voice out, I do it as the leader of my rakyat, on behalf of Johoreans and Malaysians. All I did is to remind the leaders of the country that they have a responsibility to serve the people, and for this, I am attacked.

In the new world order, I envision a future that every person has a right to voice their opinions. However, that is not the case in Malaysia today, where ministers think they are untouchable. I am willing to be cursed for standing up for what is right, rather than be loved for defending what is wrong.
I am not a politician. I am only answerable to Allah, my Sultan and the people of Johor. I do not do the bidding of some puppet-master who pulls the strings. Johor only has place for those who want to serve the people, not for those who want to garner votes for their own interests.

There will come a time, when the Johorean people must decide what is best for us and our future generations. Decide and unite we will, as Bangsa Johor, to forge our future. United we stand strong, divided we fall. I stand for my rakyat, not to joust for power, not to topple the government, but to ensure the well-being of my people.

I never told anybody to step down or resign, only to remind politicians of their roles and responsibilities. If you cannot deal with that, it just shows your arrogance to the people. Alhamdulillah, I have been blessed with a comfortable life, and I can just live my own life and be oblivious to the worries of my people, but here I am, standing firm by their side. So for those wanting to tarnish my image and make me public enemy number one, the people are smarter than that, and they can think for themselves.

Do not use me to divert the attention from national issues. This country needs politicians who are clean and transparent, who carry out their duties with sincerity and integrity.

-HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, The Crown Prince of Johor.

Senarai Lokasi Bazar Ramadhan 2015 Johor Bahru JB

Senarai Lokasi Bazar Ramadhan 2015 Johor Bahru JB. Puasa Ramadhan datang lagi dan pastinya Bazar Ramadhan adalah tempat yang dicari oleh orang ramai untuk mencari makanan dan minuman ketika berbuka puasa. Dengan adanya Bazar Ramadhan ianya dapat membantu mereka yang berkerjaya yang tidak sempat untuk memasak sendiri di rumah atau bagi mereka yang inginkan masakan pebagai citarasa semasa berbuka.

Berikut disertakan senarai lokasi Bazaar Ramadhan 2015 di Johor Bahru yang akan dikemaskini dari masa kesemasa untuk panduan semua.
Bazar Ramadhan Johor Bahru JB

LOKASI BAZAR RAMADAN JB 2015
  1. Taman Nusa Perintis 1, Gelang Patah
  2. Jalan Ara 9, Taman Sri Pulai
  3. Jalan Kemuliaan, Taman Universiti
  4. Jalan Emas 1, Taman Sri Skudai
  5. Jalan Layang 16, Taman Perling
  6. Perling Mall, Jalan Pesisiran Perling 1, Taman Perling
  7. Jalan Kebudayaan 16, Taman Universiti
  8. Jalan Perwira 19, Taman Ungku Tun Aminah
  9. Jalan Pi 11/1, Taman Pulai Indah
  10. Jalan Pulai Harmoni 1, Bandar Baru Kangkar Pulai
  11. Jalan Bayan, Pekan Masai
  12. Jalan Johar, Taman Desa Cemerlang
  13. Jalan Rambutan, Ulu Tiram
  14. Jalan Bunga Seroja, Plentong
  15. Jalan Badik 21, Taman Puteri Wangsa
  16. Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam
  17. Jalan Pinang 18 - Taman Daya
  18. Jalan Keris - Taman Sri Tebrau 
  19. Jalan Balau 3 - Taman Rinting
  20. Jalan Permas 10 - Bandar Baru Permas Jaya (Depan Kawasan lapang Berdekatan McDonalds)
  21. Taman Anggerik - Jalan Anggerik 2/4
  22. Taman Bukit Mewah - Jalan Mewah Ria 2/1
  23. Kota Puteri - Jalan Bayan 26 (Berhampiran Sekolah)
  24. Kg Skudai Kiri - Berdekatan Masjid
  25. Taman Istimewa, Pandan
  26. Taman Cempaka - Persiaran Teratai
  27. Balairaya Ulu Pandan
  28. Medan Selera BBU - Bandar Baru Uda 
  29. Bandar Baru Uda – Jln Padi Ria 43
  30. Jln Mata Kucing - Kg Pasir
  31. Taman Dahlia – Jln Persiaran Dahlia
  32. Taman Desa Harmoni – Tangki Air
  33. Taman Daya – Jln Nibong 17
  34. Taman Sri Setanggi - Tempat Letak Kereta
  35. Taman Adda Height – Jln Adda 3/1
  36. Kampung Melayu Majidee – Jln Sekolah
  37. Tmn Setia Tropika – Jln Setia Tropika 1/14
  38. Tmn Bayu Puteri, Bakar Batu – Jln Pantai (Hadapan Petronas)
  39. Tmn Bukit Kempas – Jln Arung
  40. Taman Johor Jaya – Jln Ros Merah 1/11 
  41. Surau Jalan Ros Merah, Taman Johor Jaya 10
  42. Bazar Bandar Senai      
  43. Bazar Taman Handal      
  44. Bazar Taman Senai Utama      
  45. Bazar Bandar Putra      
  46. Bazar Taman Mas      
  47. Bazar Taman Putri      
  48. Bazar Taman Manis


Reaksi Rakyat Johor Atas Kenyataan Nazri Aziz Terhadap TMJ

Reaksi Rakyat Johor Atas Kenyataan Nazri Aziz Terhadap TMJ. Kenyataan kontroversi Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang meminta TMJ tidak mencampuri urusan politik telah mengundang reaksi, kutukan dan kritikan pedas dari pelbagai lapisan masyarakat rakyat Johor amnya. Tidak terkecuali ahli politik Johor yang menganggap teguran Nazri Aziz sebagai kurang ajar dan tidak menghormati Institusi DiRaja.

TERKINI MESEJ TMJ KEPADA RAKYAT MALAYSIA KLIK MESEJ TMJ


Berikut adalah petikan dari respons dan reaksi ahli politik Johor atas kenyataan kontroversi Nazri Aziz yang dikongsikan dari FB Johor Southern Tigers :-
Nazri Aziz vs TMJ

1. KENYATAAN EN S.DEVA, KETUA PEMUDA MIC JOHOR MENGENAI KENYATAAN BIADAP DATUK SERI NAZRI AZIZ TERHADAP TMJ
PEMUDA MIC JOHOR mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan biadap Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz terhadap TUNKU MAHKOTA JOHOR, TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM.

Sebagai seorang pemimpin negara, Datuk Seri Nazri sepatutnya menunjukkan contoh ikutan yang baik kepada rakyat supaya menghormati INSTITUSI DIRAJA di negara kita dan bukannya bertindak seperti ketua kumpulan KONGSI GELAP dengan mengeluarkan kata-kata ugutan kepada TUNKU MAHKOTA JOHOR.

Untuk itu, PEMUDA MIC JOHOR mahu kepimpinan BARISAN NASIONAL PUSAT mengenakan TINDAKAN DISIPLIN kepada Datuk Seri Nazri.Ini selari dengan semangat BARISAN NASIONAL yang sentiasa mendokong prinsip RUKUN NEGARA yang salah satu daripadanya adalah KESETIAAN KEPADA RAJA dan NEGARA. 

PEMUDA MIC bimbang, sekiranya tiada tindakan diambil terhadap kebiadapan Datuk Seri Nazri ini, budaya MENGHINA dan BERSIKAP BIADAP terhadap INSTITUSI DIRAJA di MALAYSIA akan menular di kalangan para PEMIMPIN yang lain.

Selain itu, PEMUDA MIC JOHOR mendesak kepimpinan negara agar MEMECAT Datuk Seri Nazri Aziz daripada jawatan Menteri yang sedang disandangnya. Lagipun, ia bersesuaian dengan KEGAGALAN Kementerian Pelancongan dalam program Tahun Melawat Malaysia tahun lepas apabila ia hanya mampu mencatat kemasukan pelancong sebanyak 27.4 juta pelancong walhal sasarannya adalah sebanyak 28 juta pelancong. Ini pun sudah jelas membuktikan bahawa beliau gagal menguruskan kementeriannya dengan baik. Negara kita memerlukan pemimpin yang bijak serta mampu mengurustadbir dengan baik dan bukannya hanya tahu bercakap seperti nyaringnya ‘TIN KOSONG’.

Sebagai ANAK JATI JOHOR, PEMUDA MIC juga mahu Datuk Seri Nazri Aziz menarik balik kenyataan biadapnya itu dan membuat PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA kepada TUNKU MAHKOTA JOHOR dengan kadar SEGERA ! Janganlah kerana sikap biadap anda membuatkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus TERCALAR.

Akhir sekali, PERGERAKAN PEMUDA MIC JOHOR berikrar akan sentiasa BERDIRI TEGUH di belakang INSTITUSI DIRAJA JOHOR dan tidak akan membenarkannya dihina dan dicaci seperti apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Nazri Aziz pada hari ini. Kami semua adalah ANAK JOHOR dan ingatlah bahawa hanya JOHOR YANG MENGENALI JOHOR.

S.DEVA
KETUA PEMUDA MIC Johor
14 JUN 2015

-------------------------------------------------------------------------------------------
2. KENYATAAN KETUA UMNO BAHAGIAN PARIT SULONG BERHUBUNG KENYATAAN MENTERI TERHADAP DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Saya menyarankan agar menteri ini supaya muhasabah dan cermin diri sebelum mengatakan sesuatu perkara yang melibatkan institusi DiRaja. Jangan bermain api. Kita sudah cukup aman selama ini.

Rakyat Johor tidak pernah sesekali menderhaka dan kita akan menentang setiap anasir yang boleh merosakkan perpaduan antara rakyat Johor. Rakyat Johor akan mempertahankan kedaulatan negeri dan juga kedaulatan Bangsa Johor.

JANGAN UGUT DAN KURANG AJAR...
Jawatan sebagai menteri bukan lesen untuk bersikap kurang ajar kepada sesiapa.

Pendirian menteri ini tidak mewakili seluruh kepimpinan UMNO atau rakyat kerana beliau merupakan ahli MKT yang dilantik oleh presiden parti dan jawatannya atas lantikan Perdana Menteri.

JOHOR MESTI SENTIASA JADI JOHOR
Rakyat Johor sentiasa menghormati dan menyanjung tinggi kedaulatan institusi kesultanan. Orang luar yang tidak suka cara Johor tidak perlu mencerca atau menghina tetapi pintu sentiasa terbuka utk keluar mencari negeri lain.

Datuk Zulkurnain Kamisan
Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor

-----------------------------------------------------------------------------------------
3. KENYATAAN YB DATUK HJ. ABD LATIF BIN HJ. BANDI, PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN JOHOR
Setiap warganegara Malaysia yang prihatin berhak untuk menyalurkan pandangan khususnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan awam. Demikianlah juga bagi DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. 

Apatah lagi baginda seorang Putera Raja yang sangat prihatin terhadap rakyat baginda dan memiliki ramai peminat serta pengikut terutamanya di kalangan anak-anak muda, khasnya di Negeri Johor Darul Ta'zim.

Oleh hal yang demikian, adalah tidak wajar bagi sesiapapun untuk menafikan hak ini. Malah adalah agak keterlaluan bagi mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan yang berbaur ugutan dan boleh mencemarkan nama baik institusi DiRaja Johor khasnya.

Sebagai seorang pemimpin politik yang berpengalaman, YB Datuk Nazri Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan kasar dan buruk sedemikian rupa sehingga boleh mengundang perbalahan dan reaksi balas negatif rakyat Johor kepada beliau.

Ianya juga secara tidak langsung boleh memburukkan lagi imej kepimpinan politik dan diharapkan sikap dan perlakuan seperti ini tidak diikuti oleh pemimpin-pemimpin yang lain.

YB Datuk Hj Abd Latif Hj Bandi
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor

Respon TMJ Terhadap Kenyataan Kontroversi Nazri Aziz

Respon TMJ Terhadap Kenyataan Kontroversi Nazri Aziz. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz membuat kenyataan kontroversi yang meminta Tunku Ismail (TMJ) supaya tidak campur tangan dalam urusan politik negara atau beliau akan dikecam. Nazri berkata Tunku Ismail perlu menjauhkan diri daripada politik dan jika tidak, beliau akan  'dibelasah'.
“Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang. Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.

“Kamu memegang jawatan penting di negeri… kalau kerajaan “belasah” kamu balik, jangan marah,” katanya Nazri.
Isu TMJ vs Nazri Aziz

TERKINI MESEJ TMJ KEPADA RAKYAT MALAYSIA KLIK MESEJ TMJ

Respons TMJ Terhadap Kenyataan Kontroversi Nazri Aziz
Mungkin kata-kata tidak diperlukan untuk Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk beliau menyampaikan mesejnya. Dalam klip video dimuat naik pada akaun Facebook Johor Southern Tigers di sini petang tadi, anak Sultan Johor itu kelihatan sedang berehat di atas kerusi apabila kamera datang menghampirinya.

Ketika kamera berada di kiri Tunku Ismail, beliau menoleh dan mengangkat tangan kirinya sebelum membuat isyarat "marilah" sambil bersandar di kerusi.

Klip sepanjang 17 saat itu juga bermula dan berakhir dengan bunyi ngauman harimau.

Hanya beberapa jam selepas ditegur Datuk Seri Nazri Aziz, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim muncul dalam klip pendek sambil membuat aksi mencabar - Malaysiakini.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga nampaknya menyokong TMJ, seperti dipetik dari  mStar online menegaskan yang Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga mempunyai hak kebebasan bersuara.

"Selagi kerajaan mengamalkan kebebasan bersuara, Tengku Mahkota Johor itu juga mempunyai hak untuk bersuara... melainkan ada undang-undang yang melarang baginda untuk bebas bersuara," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ceramah Dangerous Ideas di sini, Sabtu.

Berikut adalah berita yang dipetik dari The Star online mengenai kenyataan Nazri Aziz ini :-



The Crown Prince of Johor has been told to stay out of politics if he wishes to remain above the law.

"He should keep out of politics because otherwise, he will be subject to the same rule and we will whack him," said Datuk Seri Nazri Aziz.

The Tourism and Culture minister was referring to a scathing remark by Tunku Ismail Sultan Ibrahim last week against Datuk Seri Najib Tun Razak for not attending a tell-all public forum.

"Rulers and royal families are above the law. If you want to be a politician then say so, so we can hit you back for what you say.

"But if you hold an important post, as a royalty in a state and start saying things, if we hit you back, don't get angry," he told reporters after officiating an event in Universiti Malaya, Saturday.

Nazri added that the royalty should keep out of politics because "we are the ones protecting the royalty".

On June 5, Tunku Ismail posted on Johor Southern Tigers Facebook page, saying:

"How can you have a dialogue called Nothing2Hide featuring a person who has everything to hide? obviously he won't show up".

The remarks were aimed at Najib for not showing up at the Nothing2Hide dialogue at Putra World Trade Centre last week.

The event was called off by Inspector General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar citing "security and safety reasons."
Video Kenyataan Kontroversi Nazri Aziz Terhadap TMJ

Pameran Hari Terbuka Perumahan Mampu Milik Negeri Johor 2015

Pameran Hari Terbuka Perumahan Mampu Milik Negeri Johor 2015. Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) akan menganjurkan Program Pameran Hari Terbuka Perumahan Mampu Milik Negeri Johor 2015 yang akan berlangsung bermula dari 5 hingga 7 Jun 2015 dari 10 pagi hingga 8 malam di Lobi Hotel dan Tingkat 7, KSL Hotel & Resort, Johor Bahru. Rakyat Johor dijemput hadir. 

Program pameran selama 3 hari ini akan disertai oleh semua 16 PBT dan sebanyak 35 pemaju perumahan yang terlibat dalam pembangunan di seluruh 10 daerah di negeri Johor. Tidak terkecuali juga beberapa buah syarikat perbankan yang pastinya akan membantu para pembeli dalam mendapatkan khidmat nasihat kewangan.
Perumahan Mampu Milik Negeri Johor 2015
Pameran Hari Terbuka Perumahan Mampu Milik Negeri Johor 2015
  • Memberi peluang kepada orang ramai terutamanya golongan bumiputera untuk mendapatkan maklumat tentang produk dan pemilikan rumah kos rendah dan mampu milik
  • Orang ramai juga boleh membuat pendaftaran rumah secara atas talian, pe­nerimaan dan semakan dokumen serta khidmat nasihat oleh Bahagian Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri 
  • Tiga kategori rumah yang ditawarkan adalah kediaman berharga RM42,000, RM80,000 dan RM150,000 dan pembeli mesti mempunyai gaji minimum RM3,000 ke bawah, RM5,000 ke bawah dan RM5,000 ke atas.
Oleh itu bagi mereka yang berminat dan layak, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan perumahan di negeri Johor.