Showing posts with label INFO PENTING. Show all posts
Showing posts with label INFO PENTING. Show all posts

Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6 2015

Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6 2015. Dipetik dari KPMsemakan keputusan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah (Form 6) Sesi akademik 2015/ 2016 akan diumumkan mulai 23 Jun 2015 (Selasa). Murid yang berjaya dalam rayuan hendaklah melapor diri bermula 25 Jun  2015 dan selewat-lewatnya  dalam  tempoh 7 hari  bekerja.  Sekiranya  calon  tidak  melapor  diri  dalam  tempoh  yang  ditetapkan,  calon dianggap sebagai menolak tawaran.

* Keputusan rayuan Tingkatan 6
Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Keputusan Rayuan Murid Ke Tingkatan 6 Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2015 boleh disemak mulai 23 Jun 2015 jam 12 .01 pagi  sehingga 1 Julai 2015 jam 11.59 malam. Sebarang pertanyaan  sila layari laman sesawang www.moe.gov.my.
Klik applikasi semakan di https://sst6.moe.gov.my/keputusanrayuan2015/

Bagi mereka yang masih belum membuat rayuan, permohonan rayuan akan di buka sehingga 4 Jun 2015. Sila klik Borang Rayuan Tingkatan 6 untuk merayu.
Keputusan Rayuan Tingkatan 6 2015

Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi Tugasan Geografi PT3 2015

Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi Tugasan Geografi PT3 2015. Calon peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2015 kali ini dikehendaki membuat tugasan berkenaan Kegiatan Ekonomi. Objektif pertama kajian dalam membuat Tugasan Geografi PT3 tahun 2015 adalah mentakrifkan kegiatan ekonomi. Takrifan kegiatan ekonomi boleh dirujuk pada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) seperti di bawah.
kegiatan ekonomi
Takrifan Kegiatan Ekonomi (Mengenalpasti, menentukan atau menyatakan)
  • Menurut Buku Teks Tingkatan 3 muka surat 114, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu Telok Panglima Garang.  Antaranya adalah perniagaan, pertanian dan perindustrian. 
  • Rujukan : Abd Rahim Md Nor, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3. Selangor. Cerdik Publications Sdn Bhd.
  • Menurut BusinessDictionary.com, kegiatan ekonomi ditakrifkan sebagai aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengedaran dan penggunaan barangan, dan perkhidmatan di semua peringkat dalam masyarakat.
  • Rujukan : http://www.businessdictionary.com/

Contoh Lengkap Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi (5 Markah)

Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti individu yang boleh mendatangkan hasil pendapatan serta menjana sumber kewangan. Dalam erti kata lain, Kegiatan ekonomi boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia yang boleh mendatangkan nilai dan pendapatan (1 Markah). Kegiatan ekonomi utama di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga sektor antaranya adalah sektor Primer, Sekunder dan Sektor Tertier (1 Markah). Contoh Sektor sekunder meliputi aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan/ pembalakan dan perlombongan (1 Markah). Manakala sektor sekunder merangkumi perindustrian seperti aktiviti pengeluaran atau pengilangan (1 Markah). Sektor tertier pula merangkumi Pelancongan, Pendidikan, Perdagangan, Pengangkutan dan kewangan (1 Markah).

Contoh Borang soal selidik Kajian Ekonomi klik Tugasan PT3 

Konsep kegiatan ekonomi
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinasikan bahawa kegiatan ekonomi sebagai perkara-perkara atau aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat.    Terdapat banyak jenis-jenis kegiatan ekonomi,antara contoh-contoh kegiatan ekonomi ialah perniagaan,perikanan,penternakan dan lain-lain.

Tips Dan Panduan Lengkap Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi

Tips Dan Panduan Lengkap Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi. Berikut disertakan tips dan cara membuat Tugasan Geografi PT3 2015 - Kegiatan Ekonomi yang mempunyai 4 perkara utama berikut beserta dengan jumlah markah  mengikut perkara yang perlu dibuat :

1) Perancangan - Contoh Konsep dan Takrifan
2) Mengumpul maklumat - Contoh Borang soal selidik
3) Menghuraikan keputusan dan cadangan - contoh Tugasan geografi di Sample PT3
4) Penilaian umum  


Untuk contoh panduan jawapan tugasan sila klik Tugasan PT3 2015 Geografi - Kegiatan Ekonomi
Tips buat Kegiatan Ekonomi pt3 2015
Panduan Lengkap Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi
SKEMA PEMARKAHAN Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi

PERKARAHURAIAN
1- Jadual Kerja- Menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh
- Pengagihan Kerja
- Objektif Kajian
- Penentuan kaedah kajian
(10 markah)
2Mengumpul maklumat menggunakan kaedah yang sesuai. Memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber- Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan
- Borang Soal selidik- Keseluruhan data dan maklumat adalah relevan dan asli
- Data
- Cadangan
- Potensi
(20 markah)
3(a) Konsep (5 markah)- Menghuraikan konsep dengan tepat dan betul beserta contoh
(b) i. Jadual (8 markah)- Jadual mengikut susunan yang betul dan lengkap
- Data
- Tajuk
- Sumber
ii) Grafik (10 markah)- Graf dibina lengkap dan tepat besera tafsiran
- Tajuk
- Petunjuk
- Label Paksi
- Skala
- Plotan
- Tafsiran
c) Cadangan (20 markah)- Menghuraikan tiga atau lebih cadangan relevan dan tepat
- Fakta
- Huraian
- Contoh
d) Potensi (20 markah)- Memberikan pendapat secara kreatif dan kritis serta rasional
- Fakta
- Huraian
- Contoh
- Idea kreatif dan kritis
- Rasional
4Penilaian Umum (2 markah)- Kemas, tersusun dan penggunaan bahasa yang gramatis

Tarikh Dan Jumlah Pembayaran Bonus Hari Raya 2015 Kakitangan Awam

Tarikh Dan Jumlah Pembayaran Bonus Hari Raya 2015 Kakitangan Awam. Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke 14 (MAPPA XIV) 2015 sedang berlangsung pagi ini dan terdapat beberapa pengumuman penting yang akan di buat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang pasti ditunggu-tunggu oleh kakitangan awan terutamanya bonus Hari Raya 2015. Untuk makluman, Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA XIV) dengan tema "Mendepani Realiti Baharu Negara 2015 diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 17hb Jun 2015 (Rabu)
Masa : 8.30 hingga 11.30 pagi
Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) 

Amanat oleh : YAB Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Bonus Hari Raya 2015 Kakitangan Awam

Berikut di antara amanat dan butiran pengumuman penting yang telah di buat oleh PM pagi ini :-
  • Bantuan Khas Kewangan (Bonus) Hari Raya 2015 untuk Kakitangan Awam (Gred 54 dan ke bawah) sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan (penerima pencen)
  • Tarikh Bayaran 25 Jun 2015 
  • Kadar baharu terendah imbuhan tetap perumahan naik daripada RM180 ke RM300 sebulan untuk penjawat awam gred 41 ke bawah mulai 1 Nov 2015
  • Penjawat awam yang mendiami kuarters akan terima 25 peratus imbuhan tetap perumahan mengikut kelayakan


Jadual Gangguan Bekalan Air Wilayah Petaling 15 Jun Hingga 1 Julai 2015

Jadual Gangguan Bekalan Air Wilayah Petaling 15 Jun Hingga 1 Julai 2015. Dipetik dari mStar online, Beberapa kawasan di Wilayah Petaling akan mengalami gangguan air berjadual berikutan kerja menaik taraf sistem bekalan air bermula 15 Jun sehingga 1 Julai. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata gangguan bekalan air akan berlaku pada pukul 9 malam sehingga 3 pagi keesokan harinya.
Menurutnya gangguan pada Isnin (15) Jun berikutan kerja pemasangan Injap Altitude dan Fitting di Kolam Sedut Sungai Penchala dan TTDI A.

Jadual Gangguan Bekalan Air Syabas
Berikut adalah di antara kawasan yang terlibat dengan Jadual Gangguan Bekalan Air Wilayah Petaling 15 Jun Hingga 1 Julai 2015 :-
  • Kampung Sungai Penchala
  • Pinggiran TTDI
  • Bukit Lanjan
  • Kampung Palimbayan
  • Keseluruhan Jalan Rahim Kajai
  • Keseluruhan Jalan Datuk Sulaiman
  • Keseluruhan Jalan Burhanuddin Helmi
  • Keseluruhan Jalan Abang Hj Openg
  • Keseluruhan Jalan Atinahapan
  • Keseluruhan Jalan Aminudin Baki
  • Keseluruhan Jalan Tun Mohd Fuad
  • Keseluruhan Jalan Wan Kadir
  • Keseluruhan Jalan Zaaba 
  • Keseluruhan persiaran Zaaba
Gangguan seterusnya pada 23 Jun dan kawasan yang terlibata dengan kerja Menaiktaraf Sistem Retikualasi Bekalan Air (pengaktifan Zon 'Air Scouring') untuk Program Peningkatan Kualiti Air di Seksyen 14 dan Seksyen 22, Petaling Jaya adalah seperti berikut :-
  • Jalan 51/227
  • Jalan 51/227A hingga jalan 51/227C
  • Jalan 14/47 hingga Jalan 14/462
  • Jalan 14/64
  • Jalan 22/34, 22/34A, 22/36, 22/38, 22/40, 22/42, 22/42A, 22/45, 22/47, 22/49, 22/51, 22/53, 22/55 dan 22/57

Gangguan pada 30 Jun bagi kerja Menaiktaraf Sistem Retikualasi Bekalan Air (pengaktifan Zon 'Air Scouring') untuk Program Peningkatan Kualiti Air akan dilakukan di SS 2, Petaling Jaya.

Kawasan yang terlibat ialah 
  • SS 2/2 hingga SS 2/8, SS 2/8A
  • SS 2/9 hingga SS 2/15, SS 2/15A
  • SS 2/16 hingga SS 2/21
  • SS 2/22A, SS 2/23, SS 2/25 dan SS 2/45

Untuk sebarang pertanyaan boleh layari laman web www.syabas.com.my dan talian bebas tol Pusat Perhubungan Syabas (PUSPEL) iaitu 1-800-88-5252 beroperasi seperti biasa.

Waktu Operasi JPN Di Pejabat UTC Sepanjang Ramadhan 2015

Waktu Operasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Di Pejabat UTC Sepanjang Ramadhan 2015. Dipetik dari makluman FB Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, berikut adalah Waktu Operasi JPN di Pejabat UTC sepanjang Bulan Ramadhan dan Syawal 1436 Hijrah. 

Untuk makluman, permulaan puasa Bulan Ramadhan di Malaysia adalah pada hari Khamis 18 Jun 2015 (bergantung kepada pengumuman rasmi). 

Waktu Operasi JPN Di Pejabat UTC Sepanjang Ramadhan 2015
Waktu Operasi JPN


Panduan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 SPA

Panduan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 SPA.  Dipetik dari FB Rasmi SPA, peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam untuk jawatan PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41 (Pengambilan di SPA JOHOR) akan diadakan pada tarikh 16 Jun 2015 (Selasa). Untuk maklumat lanjut sila layari laman web : SPA


Berikut disertakan Panduan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 SPA :-
Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 SPA
PANDUAN PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
Peperiksaan  ini  bertujuan  mengukur  daya  pemikiran  serta  kebolehan  calon  mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki  peperiksaan  adalah  dari  pelbagai  jurusan. Justeru soalan-soalan  yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Peperiksaan  ini  melibatkan tiga  (3) kertas berasingan. Calon-calon  perlu  menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu (1) kertas sahaja,  maka  prestasi keseluruhan  calon  kurang  memuaskan.  Namun,  jika  calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. 

Oleh  itu,  calon-calon  dinasihatkan  supaya  tidak  memfokuskan kepada
kertas tertentu sahaja. Kelulusan  peperiksaan  ini  merupakan  satu  daripada  syarat  lantikan  ke  skim tersebut. Calon-calon   yang   memenuhi   syarat-syarat   lain   yang   ditetapkan   oleh   Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ‘Assesment Centre’ akan di temuduga.

PANDUAN UMUM
1. Pada hari peperiksaan calon perlu membawa:
i) Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.
ii) Kad Pengenalan
iii) Alat  tulis;  pensel  2B,  pen,  pembaris,  pemadam dan  peralatan  lain  yang
difikirkan perlu.
2. Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas.
3. Calon  perlu  berada  di  tempat  duduk lima  belas (15) minit sebelum
peperiksaan dimulakan.
4. Calon  dilarang berkomunikasi dengan  calon-calon  lain.  Sila  angkat  tangan  jika  ada masalah atau pertanyaan.
5. Calon  hanya  boleh meninggalkan  pusat  peperiksaan tiga  puluh (30) minit
selepas peperiksaan dimulakan.

6. Jawapan hendaklah dibuat dalam:
i) Kertas OMR - bagi Seksyen A dan B
ii) Kertas Jawapan Esei - bagi Seksyen C
7. Nombor Kad Pengenalan pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.
8. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah tidak dibenarkan.
9. Calon mesti berpakaian kemas, sopan, dan tidak menjolok mata.
10. Penggunaan mesin kira adalah tidak dibenarkan.


Untuk panduan lebih lanjut sila rujuk panduan dalam PDF di bawah ini atau anda boleh download di Pegawai Teknologi Maklumat F41.



Apa Itu Virus MERS Simptom Wabak Middle East Respiratory Syndrom Coronavirus (MERS-CoV)

Apa Itu Virus Simptom Wabak Middle East Respiratory Syndrom Coronavirus (MERS-CoV) | Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula melaporkan mengenai kejadian jangkitan Virus Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) pada September 2012. Sehingga 4 November 2013, sejumlah 150 kes MERS-CoV yang disahkan melalui ujian makmal telah dilaporkan dari seluruh dunia, meliputi 64 kematian. 

Virus MERS-CoV adalah merupakan salah satu ahli keluarga (strain) dari kumpulan coronavirus. Ia merupakan kumpulan keluarga virus yang besar dan terdiri dari pelbagai strain yang boleh menjangkiti manusia dan juga haiwan. SARS yang pernah menggemparkan dunia pada 2003, merupakan salah satu dari strain coronavirus tersebut. Namun begitu, MERS-CoV dan SARS adalah dua strain coronavirus yang berbeza di antara satu dengan yang lain.
MERS

Gejala utama yang dikesan dalam kalangan kes MERS-CoV merupakan jangkitan 
respiratori yang berlaku secara akut dan serius, iaitu demam dan kesukaran untuk 
bernafas. Kebanyakan kes mengalami radang paru-paru dan terdapat juga 
sebahagian kes yang dikesan dengan gejala gastrointestinal seperti cirit birit. Bagi 
individu yang menghidapi penyakit kronik dan kurang daya tahan jangkitan 
(immunocompromised), gejala jangkitan mungkin berlaku dalam bentuk yang tidak 
lazim (atypical)

Punca jangkitan (source of infection) dan cara jangkitan (mode of transmission) bagi 
jangkitan MERS-CoV ini masih lagi belum dapat dikenalpasti. Pihak WHO juga 
menegaskan bahawa tahap penularan jangkitan tersebut secara keseluruhannya 
tidak diketahui dan tiada vaksin untuk MERS-CoV pada ketika ini. Buat masa ini, 
pihak WHO tidak mengeluarkan sebarang nasihat perjalananan (travel advisory) 
atau mengeluarkan sebarang larangan lawatan ke negara-negara yang terlibat - SUMBER : MOH





Borang Pendaftaran Expo Megaraya Putrajaya 2015

Borang Pendaftaran Expo Megaraya Putrajaya 2015. Dikongsikan dari FB Perbadanan Putrajaya, Expo Megaraya Putrajaya 2015 akan diadakan bermula dari 2 hingga 12 Julai 2015. Lokasi di Dataran Putrajaya, Hadapan Dataran Putrajaya & Istana Kehakiman, Persiaran Perdana (Boulevard) dan Presint 3. Karnival Megaraya 2015 di MAEPS Serdang juga akan diadakan bermula 4 hingga 12 Julai 2015. 

Tempahan Tapak Niaga sedang rancak berjalan dan peniaga yang berminat diminta membuat tempahan dengan segera.
Expo Megaraya Putrajaya 2015

Bagi mempermudahkan segala urusan pendaftaran anda dalam membuat tempahan tapak niaga, Pendaftaran boleh dibuat Secara ONLINE.
Urusetia Pendaftaran ; 0182644898/0182644188. Sila layari: www.megarayaevents.com

EXPO MEGA RAYA 2015
  • Largest Asian Muslim Raya Exhibition. 1Malaysia, 1Perpaduan, 1001CitaRasa
  • 2 – 12 Julai 2015 Boulevard Putrajaya
  • Expo Mega Raya Putrajaya 2015 ini akan diadakan di Boulevard Putrajaya iaitu berhadapan Dataran Putrajaya,  Kompleks Perbadanan Putrajaya dan Istana Kehakiman yang  berkeluasan melebihi 10,000 sqm, Sehingga mampu memuatkan sebanyak 300 lebih buah booth pameran & jualan.
KARNIVAL MEGA RAYA 2015
  • Largest Asian Muslim Raya Exhibition. 1Malaysia, 1Perpaduan, 1001CitaRasa
  • 4 – 12 Julai 2015 MAEPS Serdang
  • Karnival Mega Raya 2015 ini akan diadakan diDewan C, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) yang berkeluasan 5,000 sqm dan mampu memuatkan sebanyak 300 lebih buah booth pameran. Dewan ini juga sering digunakan oleh Kementerian Pertanian Industri & Asas Tani untuk
    mengadakan Pameran MAHA.
Borang Pendaftaran Expo Megaraya Putrajaya Dan Karnival Megaraya 2015 
Sila download borang sebelum membuat pendaftaran vendor.
Borang Karnival Mega Raya @ MAEPS Serdang –> Klik Disini Untuk Download
Borang EXPO Mega Raya @ dataran PUTRAJAYA –> Klik Disini Untuk Download

Sila ikuti langkah berikut :-
1) Isikan borang selepas download
2) Scan semula borang yang telah di isi.
3) Upload semula borang di “pendaftaran vendor” di petak pembayaran

Semakan Permohonan Pra Universiti Sekolah Sukan Malaysia 2015 Online

Semakan Keputusan Program PraUniversiti (PRA U) Sekolah Sukan Malaysia 2015. Dipetik dari makluman rasmi KPM, Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke Program PraUniversiti Sekolah Sukan Malaysia, KPM bagi Semester 1 Sesi 2015/2016 bermula 05 Jun 2015 hingga 30 Jun 2015.


Aplikasi Semakan Dalam Talian ini disediakan untuk para pelajar lepasan SPM bagi mengetahui status tawaran kemasukan ke Program PraUniversiti Sekolah Sukan Malaysia 2015/2016 
semakan pra u ssm 2015

Untuk semakan, Sila layari Laman Sesawang KPM: http://prau.moe.gov.my/semak.cfm
* Sila Masukkan No Kad Pengenalan & Angka Giliran seterusnya Klik Butang Semakan 

Pameran Hari Terbuka Perumahan Mampu Milik Negeri Johor 2015

Pameran Hari Terbuka Perumahan Mampu Milik Negeri Johor 2015. Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) akan menganjurkan Program Pameran Hari Terbuka Perumahan Mampu Milik Negeri Johor 2015 yang akan berlangsung bermula dari 5 hingga 7 Jun 2015 dari 10 pagi hingga 8 malam di Lobi Hotel dan Tingkat 7, KSL Hotel & Resort, Johor Bahru. Rakyat Johor dijemput hadir. 

Program pameran selama 3 hari ini akan disertai oleh semua 16 PBT dan sebanyak 35 pemaju perumahan yang terlibat dalam pembangunan di seluruh 10 daerah di negeri Johor. Tidak terkecuali juga beberapa buah syarikat perbankan yang pastinya akan membantu para pembeli dalam mendapatkan khidmat nasihat kewangan.
Perumahan Mampu Milik Negeri Johor 2015
Pameran Hari Terbuka Perumahan Mampu Milik Negeri Johor 2015
  • Memberi peluang kepada orang ramai terutamanya golongan bumiputera untuk mendapatkan maklumat tentang produk dan pemilikan rumah kos rendah dan mampu milik
  • Orang ramai juga boleh membuat pendaftaran rumah secara atas talian, pe­nerimaan dan semakan dokumen serta khidmat nasihat oleh Bahagian Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri 
  • Tiga kategori rumah yang ditawarkan adalah kediaman berharga RM42,000, RM80,000 dan RM150,000 dan pembeli mesti mempunyai gaji minimum RM3,000 ke bawah, RM5,000 ke bawah dan RM5,000 ke atas.
Oleh itu bagi mereka yang berminat dan layak, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan perumahan di negeri Johor.

Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi PSPM 2015 Online

Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi PSPM 2015 Online. Keputusan peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Semester II Sesi 2014/ 2015 bagi Program Satu Tahun Semester II dan Program Dua Tahun Semester II & IV akan diumumkan seperti butiran berikut :-


Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Keputusan Peperiksaan Program Matrikulasi Sesi 2014/2015 boleh disemak mulai 9 Jun 2015 jam 10 pagi sehingga 8 Julai 2015 jam 11.59 malam.  Sebarang pertanyaan  sila hubungi  Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau layari laman sesawang www.moe.gov.my.
 

TARIKH              :  9 JUN 2015
MASA                 :  Bermula jam 10.00 pagi

Cara Buat Semakan
Keputusan Peperiksaan Matrikulasi PSPM 2015
a) Semakan Online Melalui Laman Web

Semakan Keputusan PSPM Online
b) Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Taipkan
MOE MAK <no kad pengenalan> hantar ke 15888
Contoh : MOE MAK 890215025789 hantar ke 15888

c) Panggilan Telefon
i. Kolej masing-masing.
ii. Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03 88844021

Tarikh Semakan PSPM 2015 Online 

Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Semester II Sesi 2014/2015
**Keputusan PSPM II Sesi 2014/2015 akan diumumkan pada 11-06-2015 bermula jam 10.00 pagi** 
 

Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester II Sesi 2014/2015
**Keputusan PSPM II Sesi 2014/2015 akan diumumkan pada 11-06-2015 bermula jam 10.00 pagi**

Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester IV Sesi 2014/2015
**Keputusan PSPM II Sesi 2014/2015 akan diumumkan pada 11-06-2015  bermula jam 10.00 pagi**

Sumber : Unit Peperiksaan Matrikulasi Perak


Harga Minyak Jun 2015 Petrol RON95 RON97 Dan Diesel

Harga Terkini Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Bermula 1 Jun 2015. Umum sedia maklum yang Harga runcit rasmi Petrol RON95 RON97 Diesel untuk bulan Jun 2015 akan diumumkan pada hari terakhir bulan Mei. Pengumuman akan di buat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) selepas pukul 800 malam pada Ahad, 31 Mei 2015.

Untuk makluman, harga minyak kekal tiada perubahan untuk tiga bulan berturut-turut dari bulan Mac hingga Mei 2015 selepas Malaysia melaksanakan sistem apungan terurus, subsidi bahan api untuk RON95 dan diesel bermula pada 1 Disember 2014. Di bawah sistem ini, purata bulanan harga minyak mentah dunia yang akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya.
Harga Minyak Jun 2015

Jadual Terkini Harga Minyak Petrol Dan Diesel Setiap Bulan.
* Berkuatkuasa pukul 12.01 minit pada 1 Jun 2015, harga runcit petrol dan diesel bagi bulan JUN 2015 adalah seperti berikut:

RON95 : RM 2.05/ liter (Naik 10 sen)
RON97 : RM 2.35/ liter (termasuk GST 6%) (Naik 10 sen)
DIESEL : RM 2.05/ liter (Naik 10 sen)
Bulan Harga Petrol RON95 (RM/liter) Harga Petrol RON97 (RM/liter) Harga Diesel (RM/liter)
Jun 2015

2.05 2.35
termasuk 6% GST
2.05
Mei 2015

1.95 2.25 *  termasuk 6% GST 1.95
April 2015 1.95 2.25 *  termasuk 6% GST 1.95
Mac 2015 1.95 2.25 1.95
Februari 2015 1.70 2.00 1.70
Januari 2015 1.91 2.11 1.93
Disember 2014 2.26 2.46 2.23



Permohonan Dan Pendaftaran Jawatan Kosong SPAJ Online

Permohonan Dan Pendaftaran Jawatan Kosong SPAJ Melalui Borang SPAJ 01 Online. Dipetik dari FB Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ), memaklumkan yang terdapat beberapa jawatan kosong di SPAJ yang boleh di mohon secara online. Permohonan jawatan kosong SPAJ hanya diterima melalui Borang SPAJ.01-Online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan.

Berikut adalah kekosongan jawatan terkini yang diiklankan oleh SPAJ berdasarkan kelulusan :

Kelulusan Ijazah (Kumpulan Pengurusan Dan Profesional)
  • Pegawai Tadbir Negeri Johor Gred N41

Kelulusan Sijil/ STPM/ STAM/ Diploma (Kumpulan Sokongan)
  • Penghulu Gred  NP27

Permohonan Iklan Jawatan Kosong SPAJ 2015 Online
Permohonan Dan Pendaftaran Jawatan Kosong SPAJ Online
Kelulusan SPM (Kumpulan Sokongan)
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N17
  • Pembantu Setiausaha Pejabat/ Setiausaha Pejabat Gred N17
  • Pembantu Akauntan Gred W17
  • Pembantu Juruaudit Gred W17
  • Pembantu Syariah Gred LS17
  • Pembantu Makmal Gred C17
  • Juruteknik Komputer Gred FT17

Kelulusan PMR (Kumpulan Sokongan)
  • Pengawal Keselamatan Gred KP11

Semakan Jadual Air Pasang Surut Malaysia Secara Online

Semakan Jadual Air Pasang Surut Malaysia Secara Online. Jadual air pasang surut kini boleh disemak secara online dari masa kesemasa mengikut tarik terkini bagi memudahkan orang ramai amnya dan buat kaki pancing khasnya. Maklumat mengenai air pasang surut ada disediakan untuk 12 lokasi di Semenanjung Malaysia, 6 lokasi di Sabah dan 4 lokasi di Sarawak.

Semakan Jadual Air Pasang Surut di Malaysia boleh di semak secara online di Portal Rasmi JUPEM. Terdapat sebanyak 22 stesen di seluruh Malaysia di mana anda boleh membuat semakan air pasang secara terkini. Moga ianya bermanfaat.

Jadual Air Pasang Surut Malaysia Secara Online
Semakan Jadual Air Pasang Surut Malaysia Secara Online - Sumber JUPEM
  1. Pulau Langkawi, Kedah
  2. Pulau Pinang, Pulau Pinang
  3. Lumut, Perak
  4. Perlabuhan Kelang, Selangor
  5. Tanjung Keling, Melaka
  6. Kukup, Johor
  7. Johor Bahru, Johor
  8. Tanjung Sedili, Johor
  9. Pulau Tioman, Pahang
  10. Tanjung Gelang, Pahang
  11. Cendering, Terengganu
  12. Geting, Kelantan
  13. Pulau Lakei, Sarawak
  14. Sejingkat, Sarawak
  15. Bintulu, Sarawak
  16. Miri, Sarawak
  17. Kota Kinabalu, Sabah
  18. Kudat, Sabah
  19. Sandakan, Sabah
  20. Lahad Datu, Sabah
  21. Tawau, Sabah
  22. Labuan, W.P. Labuan


Semakan Keputusan Egtukar Guru Jun 2015 Online

Semakan Keputusan Egtukar Sesi Jun 2015 Secara Online. Bagi guru yang telah membuat permohonan Egtukar Sesi Jun 2015 baru-baru ini, pasti menunggu keputusan dengan debaran. Untuk makluman, permohonan sistem pertukaran guru secara online atau egtukar sesi Jun 2015 adalah melibatkan pertukaran di antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based). 
Berdasarkan kepada keputusan tahun 2014, semakan egtukar sesi Jun 2015 dijangka boleh dibuat pada minggu pertama Jun 2015.
egtukar


Semakan Keputusan Egtukar Guru Sesi Jun 2015 Online

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri dan Bahagian Sesi Jun 2015 akan diumumkan pada jam 12.00 tengahari, 30 Mei 2015. Permohonan pertukaran yang diluluskan tidak boleh dibatalkan.

Keputusan penempatan pertukaran guru yang telah lulus akan diumumkan pada 5 Jun 2015.

Pemohon yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan semakan semula dalam tempoh empat belas (14) hari selepas keputusan kelulusan pertukaran diumumkan. Pemohon boleh menghantar rayuan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) khidmat semasa atau PPD yang dimohon.

Sila layari untuk semakan http://epgo.moe.gov.my/

SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA PERTUKARAN YANG DILULUSKAN TIDAK BOLEH DIBATALKAN.